CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13948|Reply: 6

malique(too phat) mana menghilang

[Copy link]
Post time 27-1-2012 05:01 PM | Show all posts |Read mode
hello...saya cuma nak tau kenapa malique ni dah lama x muncul kat tv????sedangkan semua muzik yang die buat banyak yang sedap-sedap spt mentera beradu,senyum,cerita kedai kopi and etc....

and muzik die pon banyak maksud tersirat berkenaan isi semasa...terpesona gak dengar muzik die...
kepada forumer boleh la letak link3 youtube kat cini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2012 10:41 AM | Show all posts
dia main sembunyi2 kot..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 10:48 AM | Show all posts



lirik superb weh
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 06:32 PM | Show all posts
lagu baru dia best
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2012 02:57 AM | Show all posts
xde wartawan yang nk gi cari dia ke? tanya nape dia x keluar buat show? aisehh.. rindu kot dgn dia.. ni asyik joe je.. dah laa joe tu terlebih poyo..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 10:09 AM | Show all posts
ye lah... tak exposed dah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2012 02:14 PM | Show all posts
Sorry up balik thread ni.
Semalam TERFIKIR kenama Malique ni tak tunjuk diri tapi lagu2 dia ada je. Penah dengar kata lagu2 dia berdasarkan kisah dia sendiri. Kalau di teliti lirik2 lagu2 dia, something sangat. Malique ni sakit ke? Lagu Black tu lirik dia sangat touching.

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

***
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

[Ulang ***]

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri


Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.043425 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list