View: 4887|Reply: 10
|
Riadah cara Salih Yaacob
[Copy link]
|
|
MASA terluang akan digunakan untuk mengeratkan hubungan dengan isteri dan anak-anak.
JIKA difikirkan, bukan mudah bagi lelaki ini untuk membahagikan masa bersama isteri-isterinya apatah lagi dengan anak-anak. Namun bagi salah seorang tunggak utama segmen Sinar Pagi di Sinar FM bersama Kak Engku dan Khairil Rashid ini, keluarga adalah keutamaannya.
Tidak mahu menjadikan ‘tidak cukup masa’ sebagai alasan, Salih tetap memastikan mempunyai kelapangan untuk bersama-sama anak-anak mahupun empat isteri.
Baru-baru ini, S3 berpeluang mengikuti Salih Yaacob bersama dua orang isteri dan lima orang anaknya beriadah di Tasik Ampang, Kuala Lumpur.
Menurut penghibur yang sudah menceburi bidang seni seawal tahun 80-an ini, meluangkan masa bersama keluarga adalah sesuatu yang sangat bermakna bagi dirinya.
“Tidak dinafikan, kadang-kadang saya memang sibuk tetapi kalau ada masa terluang, memang saya akan ajak anak-anak dan isteri untuk keluar bersama.
“Bukan apa, walau sesibuk mana pun kita bekerja, dalam masa yang sama juga kita harus memberi perhatian dan tumpuan kepada keluarga.
“Lebih-lebih lagi keluarga saya pun memang jenis yang suka keluar berjalan-jalan, jadi memang meriahlah kalau keluar ramai-ramai,” katanya lagi.
Selain itu, Salih juga mengakui aktiviti riadah bersama keluarga yang selalu dilakukannya itu dapat membantu untuk mengurangkan tekanan.
Meskipun sekadar berjalan-jalan untuk mengambil angin, ia dapat melegakan perasaan, terutamanya selepas aktiviti seni yang padat.
“Apabila bersama keluarga, hilang jugalah segala masalah yang ada di kepala.
“Malah dalam masa yang sama, ia sebenarnya turut memberi peluang kepada anak-anak saya untuk lebih mengenali antara satu sama lain kerana mereka berlainan ibu.
“Aktiviti riadah sebegini turut dapat merapatkan hubungan mereka adik beradik.
“Contohnya hari ini, saya bawa empat orang anak saya dengan isteri kedua iaitu Effa Madiha, 19, Effa Nageeha, 15, Effa Fateha, 9 tahun dan Mohd Ehsan, 11 tahun.
“Sementara Farah Aqeesya, 3 tahun adalah anak bersama isteri saya yang ketiga. Jadi memang perkara sebegini dapat membuatkan mereka lebih bersatu,” ujar bapa kepada 11 orang anak ini lagi.
Selain bersiar-siar di lokasi berdekatan kediaman, Salih juga meletakkan hasrat untuk membawa keluarga besarnya melancong ke luar negara apabila berkesempatan.
Jika tahun lalu, dia telah membawa seluruh isi keluarganya melancong ke China, tahun ini dia merancang untuk mengadakan rombongan ke Singapura pula.
“Percutian di luar negara juga adalah salah satu cara saya meraikan ahli keluarga yang sangat memahami kesibukan saya selama ini.
“Walaupun hanya sesekali apabila ada peluang, kesempatan itu menjadi sangat bermakna kerana seluruh keluarga akan turut serta dan di sinilah peluang untuk lebih mesra dan berkasih sayang antara isteri-isteri dan anak-anak yang lain,” katanya sambil tersenyum lebar. |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya tgk keluarga besar Salih Yacob ni. |
|
|
|
|
|
|
|
bang salih pakai fairlady tuuuuuuuuuuuuuuue |
|
|
|
|
|
|
|
suka ngn salih yaakob nie... gembira je tgk dia ngn kuarga dia yang besar tu... x suka mereka yg sengaja mencetuskan kontrovesi coz heols kawin 4... |
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe, dia ni pandai cari duit... Dulu kompeni lama iolls penah ar terfikir nak jadikan dia duta produk... Tapi dia demand rm500k utk setahun kontrak... hahaha, terus kompeni iolls tak jadi amik dia... hahahaha, tak dinafikan ar, dia ni pengaruh kuat utk market2 melayu kat area kampung2...
Tapi mmg respect ar coz dia mampu buat isteri2 dia berdamai... Tinggi btol ilmu dia ni ek? hehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Adeh, lupa lak nak add.... Cantik gak anak dara dia yg 2 org tu ek? huhuhu, agak2 ada chance tak kalau aku ngorat? hehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pula kalau boleh nak minta ilmu berbini 4 dari dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe, dia ni pandai cari duit... Dulu kompeni lama iolls penah ar terfikir nak jadikan dia duta pr ...
budakgraphic Post at 27-2-2012 14:43
Mak aihhhhh, RM500K, setahun kontrak.. Demand lebih sangat..
last2 apa pun tak dapat.....
Hari ini dia berada di atas, semua dok banggakan dia..
Esok2 kalau dia dah jatuh seperti suatu ketika dulu.... Apalah akan jadi ekk.
Bukan doakan yg tidak baik untuk dia, tapi itu semua tidak mustahil kan... |
|
|
|
|
|
|
|
rezeki dia..... keras keras.... insyallah... |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aihhhhh, RM500K, setahun kontrak.. Demand lebih sangat..
last2 apa pun tak dapat.....
Ha ...
huszua Post at 19-4-2012 11:56
Hehehe, rezeki masing2... Tapi dia ni mmg top kalau untuk market orang2 area kampung... Sebab tu dia berani demand tinggi2... Mayb sebab dah bakat dia kot... hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
betul ker abg jem pakai keta fairlady ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|