CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5720|Reply: 12

Kempen Oral Health Month (Colgate) - FT (Supporting Celebrity)

[Copy link]
Post time 4-4-2012 12:46 PM | Show all posts |Read mode
daripada fanpage FT

Sempena Oral Health Month yg dianjurkan oleh Colgate dan Malaysian Dental Association, FT telah terpilih menjadi Supporting Celebrity utk kempen ini bersama dgn anak2nya. Sempena pelancaran kempen Oral Health Month ini FT akan berada di New Wing 1 Utama, Ground Floor jam 2:30 ptg ini. Sama2 kita menyokong kempen ini bersama FT!! -ADMIN-


Hye everyone.. Guess what? I will be the Colgate Oral Health Month celebrity for this year!! Want to find out more? Come check out www.oralhealthmonth.com.my -FT-






comelnya mik dan iman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2012 02:37 PM | Show all posts
sesuweiiii sgt dia jdk duta colgate niee aarrrrrr.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2012 05:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 5-4-2012 18:03













gambar2 lain kt page MedikTV

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.381343088566683.94223.188884101145917&type=1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2012 12:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2012 01:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2012 05:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 15-4-2012 17:44

Manja anakOleh HELLINIE SINA





hmetro 15/4/12

TERCAPAI sudah impian Faizal Tahir untuk menyampaikan lagu Mahakarya Cinta di majlis berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Arena Of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu.

Walaupun tewas kepada Hafiz dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular, Faizal mengakui berpuas hati dengan persembahannya dan gembira dapat menyanyikan lagu itu di pentas yang sama besarnya dengan majlis Anugerah Juara Lagu (AJL).

Pemilik nama sebenar, Ahmad Faizal Mohammad Tahir ini memilih lagu yang membawa kejayaan kepadanya ketika program realiti One In A Million (OIAM), lima tahun lalu tetapi tidak dapat menyampaikannya sendiri apabila lagu itu berjaya ke AJL22 kerana menjalani hukuman disiplin.

Selain sibuk menghasilkan lagu, penyanyi yang mengejutkan peminat dengan pengumuman bahawa AJL26 sebagai terakhir buatnya, kini sibuk dengan tugas barunya sebagai jurucakap bulan kesihatan mulut bersama dengan tiga anaknya.

Agak mengejutkan juga apabila Faizal, 34, menampilkan anak kerana selama ini memegang prinsip tidak mahu mendedahkan isteri, Raihanim Noran dan empat anaknya, Ahmad Mikael Zidane, 7, Siti Raudhah Nur Iman, 5, Ahmad Rifa’ie Zidane, 3, dan Siti Rawdha Nur Jannah, 1, kepada umum.

Alasan Faizal, tidak mahu keluarganya terpalit sama dengan kontroversi hingga menggoyahkan keharmonian rumahtangganya.
Katanya, bukan melanggar prinsip, tetapi ada baiknya juga dia dan anak dipilih menjadi jurucakap kempen penjagaan mulut kerana ia dapat menggalakkan dan mendidik mereka menjaga kebersihan mulut sebelum menjadi contoh kepada kanak-kanak lain.

“Sebelum ini memang susah untuk saya menunjukkan mereka kepada umum kerana anak masih kecil untuk berdepan dunia hiburan. Saya tidak mahu mereka terpalit kontroversi atau gosip yang melanda saya.
“Bagaimanapun, saya rasa mereka sudah besar untuk didedahkan kepada dunia luar, apatah lagi kempen ini tidak berkaitan dengan kerjaya saya sebagai penyanyi.

“Namun saya masih berpegang pada prinsip, jika sesuatu perkara itu tidak perlu membabitkan mereka, lebih baik saya tidak mendedahkan mereka kepada dunia seni. Biar mereka menjalani hidup seperti orang biasa,” katanya ketika ditemui di Tropicana City Mall, Petaling Jaya, Selasa lalu.

Kata Faizal, jika satu hari nanti mereka memilih untuk menjadikan bidang seni sebagai kerjaya mereka, sebagai ayah, dia tidak menghalang, tetapi dia akan pastikan ketika itu permata hatinya cukup kuat dan bersedia dengan segala cabaran sebagai anak seni.

“Orang mungkin mengatakan saya sebagai ayah yang ‘rock’ berdasarkan penampilan dan genre lagu yang saya bawa. Namun di sebalik karakter itu, saya mementingkan keluarga terlebih dulu sebelum diri sendiri.

“Sudah ada tanda bakat seni itu mengalir pada mereka. Bagaimanapun, saya tidak mahu mendedahkan mereka dengan muzik pada peringkat awal. Saya mahu mereka utamakan akademik terlebih dulu sebelum menjadikan muzik sebagai pilihan utama.
  
“Saya tidak mahu anak melihat bidang ini sebagai impian masa depan. Bagaimanapun, saya tidak akan menghalang jika ingin mengikut jejak langkah saya. Cuma, biar pelajaran diutamakan sebelum memilih muzik sebagai punca rezeki utama,” katanya.



Selepas kelahiran anak keempatnya, Siti Rawdha Nur Jannah yang baru berusia setahun lebih, Faizal membuat perubahan dengan meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga kerana mereka harta terbesar yang tiada diganti.
Mengakui memanjakan anaknya dengan membelikan mainan yang mereka kehendaki, Faizal turut menerapkan rasa bersyukur dalam diri mereka.
  
Kata Faizal, dia sangat terharu kerana apabila dibelikan mainan baru, mereka meminta mainan lama yang masih elok disedekahkan pada anak yatim.

Faizal ingin memberikan sepenuhnya perhatian pada keluarganya dan membawa mereka bercuti sebelum sibuk dengan pelancaran dan promosi album baru yang dijangka dilancarkan pada Mei depan.

Album ketiga yang memuatkan 20 lagu itu akan dipromosikan sehabis baik dan jika segala dirancang berjalan lancar, dia memberi sasaran untuk mengadakan konsert solo buat kali pertama hujung tahun ini.

“Tahun ini sungguh mencabar buat saya kerana harus menyiapkan strategi promosi dan penjualan album supaya semuanya berjalan lancar. Saya turut membuat persediaan untuk segala kemungkinan yang akan berlaku.
  
“Insya-Allah, jika ada rezeki lebih tahun ini, saya bakal mengadakan konsert sulung pada penghujung tahun, namun itu semua terpulang pada maklum balas peminat.

“Saya ingin mencabar diri sejauh mana kemampuan sebagai penghibur,” katanya yang turut menjadi mentor untuk program Mentor 6.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-4-2012 05:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 15-4-2012 17:51

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 06:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2012 05:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 06:19 PM | Show all posts
Sabtu April 21, 2012
Faizal Tahir Tidak Abai Jaga Kebersihan Gigi

Faizal Tahir

PETALING JAYA: Faizal Tahir tidak pernah mengabaikan soal penjagaan gigi yang dikira amat penting walaupun sibuk dengan kerjaya hariannya sebagai artis.

Faizal berkata, tiada alasan untuk seseorang itu mengabaikan kebersihan gigi dan sebagai seorang ayah, tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dalam menerapkan penjagaan gigi yang betul amat penting.

"Sukar saya mencuri masa untuk berjumpa dengan doktor gigi kerana jadual yang padat, tetapi seboleh-bolehnya saya akan mencuri masa sedikit dengan memeriksa gigi sendiri untuk memastikan tiada kerosakan yang berlaku.

"Begitu juga dengan anak-anak, walaupun sering pulang lewat ke rumah, saya pasti akan memeriksa gigi mereka sebelum mereka masuk tidur jika ada kelapangan,” katanya yang kini merupakan duta jenama ubat gigi Colgate.

Faizal turut menyuarakan sokongan usaha pihak Colgate yang bekerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) serta Bahagian Kesihatan Mulut Kementerian Kesihatan yang menekankan pendidikan seawal mungkin mengenai penjagaan kesihatan gigi yang tepat dan amalan teknik-teknik penjagaan gigi yang betul.

“Inisiatif yang dijalankan oleh Colgate dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) menunjukkan bahawa mereka berusaha keras untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kesihatan gigi.

"Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya membabitkan diri dalam program ini kerana melaluinya saya boleh berkongsi pengalaman ini dengan anak-anak.

"Harap-harap ia bukan sekadar memberi peringatan kepada orang ramai, tetapi juga buat diri sendiri," ujarnya.

-mstaronline

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 06:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 24-4-2012 18:12

4 April 2012
Be that role modelBy Nadia Badarudin | [email protected]


Singer-songwriter Faizal Tahir tells Nadia Badarudin that the best way to teach kids oral hygiene is by setting a good example



Faizal and his children at the launch of Oral Health Month on April 4 by Deputy Health Minister Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (second from left). Also present at the event were Malaysian Dental Association president Dr Mohd Muzafar Hamiruddin (left) and Colgate-Palmolive Marketing general manager John Hazlin (right)



JUGGLING a busy schedule may hinder some parents from ensuring their children practise good oral hygiene. But not for singer-songwriter Faizal Tahir.


Despite his packed diary, the 34-year-old father will slot in time in the morning to brush his teeth together with his children — Ahmad Mikaeel Zidane, 7, Siti Raudhah Nur Iman, 5, and Ahmad Rifa’ie Zidane, 3. “It has become a family routine to brush our teeth together, every morning.


“Usually we’ll be making the ‘eee...’, ‘ahhh...’ or any funny sound while checking each other’s teeth when we’re done,” says Faizal, who has another daughter, Siti Rawdha Nur Jannah, 1.

Faizal says his children will also brush their teeth before bedtime and will ask him or his wife, Siti Raihanim Noran, 29, to check.
“When I’m away, I call, and asking my kids about their oral care routine is one of my priorities,” he said.

Faizal is the supporting celebrity for this year’s Oral Health Month campaign hosted by Colgate and the Malaysian Dental Association. The crooner is the first celebrity appointed to help in the annual campaign, which has entered its ninth year and is aimed at improving oral health through awareness, education and community services.


The entertainer said that instilling good dental habits among his children was not an easy task. “It’s not as easy as telling them, ‘Brush your teeth or else...’. It won’t work that way when it comes to children.

“To instil good habits, parents should engage them in the process from the beginning, in an interesting and fun way.
“It’s important to show them that we really care,” he says.

He says refraining his children from enjoying sugary food or sweetened drinks is also a challenge.


Thus, it’s crucial to educate them to practise moderation when consuming chocolates, sweets and such.


“I try to make my children understand the effects of such food to their teeth and gums.


“I also remind them to eat in moderation and to brush their teeth afterwards,” he said.

FACEBOOK AND TWITTER CAMPAIGN


Faizal says his role as the Oral Health Month’s supporting celebrity is to increase awareness on the importance of oral health care in line with the campaign motto, “Our Mission: Zero Cavities”.

“During the month-long campaign, my family and I will appear at roadshows to promote good oral hygiene practices as well as encourage regular dental visits among families,” he said.

He would also spread tips on dental care, reminders on the campaign’s roadshows or free dental check-ups via his Twitter and Facebook accounts.

“So far, the response has been positive and overwhelming, and I have been receiving morning greetings from my fans with snapshots of them flashing their clean, beautiful teeth,” he said.

SPARKLING SMILE


Faizal himself has healthy, bright teeth and a dazzling smile. The singer said apart from diligently brushing his teeth at least twice a day, he also flosses and gargles with mouthwash especially before he performs.

“I always clean my teeth before I sing or appear at any function. It has become a habit.

“Sometimes I brush my teeth up to four times a day, especially after I drink coffee or if I eat too much.


“It may be a hassle to some people, but for me, it’s important. Clean teeth and presentable appearance help my self-confidence,” he said.


Start them young


•Tooth decay in children is avoidable. Experts say parents can prevent that from happening, from as early as when the child’s first tooth appears.
•Besides inculcating good oral hygiene practices in children, providing the right choice in food, which include dairy products as well as fruits, fibres and vegetables, is also essential in maintaining oral health.
•The following are tips to prevent tooth decay in children:

1. Limit sweets and other sugary treats as too much will lead to quicker tooth decay.
2. Limit the number of snacks and meals to six a day. Letting your child eat all day is harmful as the food will sit on the teeth and causes decay.  
3. Let your child drink lots of water as it increases saliva production, and saliva helps to wash away the sugars left on teeth after a meal.        
4. Make sure that your child brushes his or her teeth before bedtime as that is the best time to remove all the food and sugars on the teeth from the day.
5. Visits to the dentist regularly.

Source: Adapted from www.ehow.com — “How to Prevent Tooth Decay In Children”




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 03:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 25-4-2012 15:08

Jaga gigi sekeluarga

Oleh Hamizah Badiran
[email protected]





PENJAGAAN kesihatan mulut meliputi gigi, gusi dan lidah adalah tanggungjawab semua orang tanpa mengira apa jua status yang dimiliki.

Tidak kiralah sama ada anda pekerja profesional mahupun tidak, kenyataan ini sesuatu yang perlu diketahui setiap individu. Memiliki gigi yang sihat dan nafas segar bukan saja menjadi daya penarik pada seseorang, malah boleh meningkatkan keyakinan diri untuk terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan.

Kini, kesedaran mengenai kepentingan penjagaan gigi di negara kita sudah boleh dikategorikan berada pada tahap membanggakan dan ramai ibu bapa semakin tegas dalam soal kesihatan gigi anak mereka.

Salah seorang daripadanya adalah penyanyi terkenal negara, Faizal Tahir. Walaupun terikat dengan jadual undangan persembahan nyanyian yang padat serta masa kerja yang tidak menentu, beliau tetap tidak mengabaikan soal penjagaan gigi yang dikira amat penting dalam kerjayanya sebagai seorang artis.

Masakan tidak, sewaktu sesi penggambaran mahupun sesi bergambar bersama peminat, senyuman yang manis dan menarik pastinya menjadi aset penting dalam menyerlahkan kekuatan gambar berkenaan.

Meskipun sibuk dengan kerja, selebriti soko�ngan bagi Kempen Bulan Kesihatan Mulut 2012 ini juga tetap tidak melupakan keluarga dan anak-anak yang berada di rumah.

Bagi beliau, sebagai seorang bapa, tanggungjawab untuk mendidik anak-anak, Ahmad Mikael Zidane, 7; Siti Raudhah Nur Iman, 5; Ahmad Rifa’ie Zidane, 3, dan Siti Rawdha Nur Jannah, 1, dalam menerapkan penjagaan gigi yang betul datang secara semula jadi.

Faizal menggunakan pendekatan yang lembut dalam soal mengajar anak-anak tentang penjagaan gigi.

“Sungguhpun saya selalu pulang lewat malam, namun apabila berkesempatan, saya pasti akan memeriksa gigi mereka sebelum masuk tidur.


“Semua kanak-kanak termasuklah anak saya sukakan makanan manis. Namun saya tidak menghalang mereka menikmati makanan berkenaan asalkan mereka tidak lupa untuk memberus gigi selepas makan.

“Di samping itu, saya juga akan tegaskan bahawa pengambilan makanan manis seperti coklat dan gula-gula dengan kerap tidak elok untuk gigi,” katanya yang menggunakan pendekatan lembut dalam soal mengajar anak-anak mengenai penjagaan gigi,” katanya.
Beliau turut bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri, Siti Raihanim Noran yang sentiasa membantunya memantau aktiviti dan penjagaan gigi anak-anak.
Faizal juga mengakui, anak-anaknya juga seperti kanak-kanak lain yang mengalami masalah kerosakan gigi kerana keinginan mereka mencuba pelbagai jenis makanan terutama makanan kegemaran yang manis.
Justeru, melalui kempen Bulan Kesihatan Mulut tahun ini dengan tema ‘Misi Kami; Kaviti Sifar’, anak-anaknya mendapat pendedahan lebih menyeluruh mengenai teknik penjagaan gigi yang betul.
Matlamat kesihatan mulut Organisasi Kesihatan Sedunia iaitu Mulakan Awal, Mulut Sihat, Hidup Lebih Sihat turut diselarikan dengan tema kempen yang sudahpun memasuki tahun kesembilan ini.
“Melalui laman sosial seperti facebook dan twitter, saya cuba menyebarkan kepada orang ramai mengenai peluang mereka untuk mendapatkan pemeriksaan gigi secara percuma melalui klinik di bawah naungan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA).
“Saya sedar betapa pentingnya pemeriksaan gigi dalam memastikan mulut saya dan anak-anak dalam keadaan yang baik. Sukar untuk saya mencuri masa berjumpa doktor gigi kerana jadual yang ketat dan kerana itulah saya gembira apabila diberikan peluang ini, bukan sekadar memberi peringatan kepada orang ramai tetapi juga kepada diri sendiri,” katanya.
Faizal juga menyokong usaha Colgate yang bekerjasama dengan MDA dan Bahagian Kesihatan Mulut Kementerian Kesihatan ini. Ia bertujuan menekankan pendidikan seawal mungkin mengenai teknik penjagaan gigi yang betul.
“Inisiatif yang dijalankan Colgate dan MDA menunjukkan mereka berusaha keras meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesihatan gigi.
“Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk terbabit dalam program ini kerana melaluinya, saya boleh berkongsi pengalaman berharga dengan anak-anak,” katanya.
Melalui pameran bergerak di seluruh negara, lebih 500,000 penduduk disasarkan menyertai kempen ini khususnya untuk terbabit dalam pelbagai aktiviti dan mendapatkan pemeriksaan gigi percuma di 772 klinik pergigian ahli MDA sepanjang April ini.
Sejajar dengan tema ini, penggiat kempen akan memacu program bagi menggalakkan pe�meriksaan pergigian kanak-kanak pada awal usia untuk menerapkan tabiat kebersihan mulut yang baik dan mendidik ibu bapa mengenai kepentingan kesihatan mulut sepanjang hayat.
Pengunjung khemah pameran akan mendapat pemeriksaan pergigian percuma, nasihat pakar, sampel produk dan menikmati modul pendidikan kesihatan interaktif dan menyeronokkan bagi seisi keluarga.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 03:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 25-4-2012 15:23

Faizal Tahir Sudah Terbuka Dedahkan Keluarga

Teks oleh Syafiqah Jalal


PETALING JAYA, 24 APRIL 2012: Jika sebelum ini penyanyi, Faizal Tahir sangat berkeras untuk tidak mendedahkan keluarganya tetapi kini tidak lagi selepas dia dan anak-anaknya muncul dalam sebuah kempen.


Kempen itu adalah kempen kesihatan mulut yang berlangsung sepanjang bulan April ini.


Bukan sengaja mahu melanggar prinsipnya sebelum ini, tetapi Faizal Tahir berkata dia bersetuju untuk mendedahkan keluarganya ke dalam kempen itu atas sebab yang kuat.


"Sebenarnya saya dan anak sahaja diambil sebagai model untuk mempromosikan kempen bulan kesihatan mulut.

"Saya menerima tawaran ini kerana bagi saya ianya sesuatu aktiviti dan amalan yang baik untuk anak saya dan masyarakat.

"Memang sebelum ini saya tidak akan membenarkan atau bersetuju untuk anak saya dikenali selain hanya saya sahaja sebagai penyanyi.

"Namun, kali ini berbeza kerana anak saya dikenali untuk menjayakan sesebuah kempen yang berfaedah begini.

"Walaubagaimanapun jika untuk tujuan publisiti kepada keluarga saya, mungkin ia tidak akan berlaku.


"Terus-terang saya akan menolak jika media mahu keluarga saya terlibat dalam penggambaran gambar untuk mana-mana surat khabar atau majalah," katanya yang ditemui selepas sidang media Dutch Lady dan dia sebagai penyanyi lagu tema produk tersebut.

Anak-anak Faizal Tahir yang terlibat adalah Ahmad Mikael Zidane, 7, Siti Raudhah Nur Iman, 5, Ahmad Rifa'ie Zidane, 3, dan Siti Rawdha Nur Jannah, setahun.


Buat pertama kalinya tahun ke-9 kempen kesihatan mulut anjuran ubat gigi Colgate itu menampilkan selebriti sebagai strategi promosi.

Meksipun melibatkan hampir kesemua keluarganya, namun Faizal Tahir masih lagi tidak mahu mendedahkan isterinya dari dikenali umum seperti sebelum ini.


"Dalam kempen ini saya dan anak saya sahaja menjalankan penggambaran video promosi sebelum menjelangnya bulan kempen iaitu April.

"Isteri saya sahaja tidak terlibat dalam promosi kempen ini dan saya rasa sampai bila-bila pun tidak mungkin dia akan tampil ke depan.

"Lagipun, ini permintaan isteri saya juga yang tidak mahu dikenali dan terkenal sama seperti saya untuk menjaga privasi," luahnya lagi.


Dalam perkembangan lain, Faizal yang akan muncul dalam perayaan Hari Susu Sedunia anjuran Dutch Lady pada 27 May ini bakal menyanyikan lagu khas ciptaanya dan Audi Mok berjudul Go Malaysia, Go! pada hari tersebut.


Selain itu, dia yang masih dalam proses menyiapkan album terbaru bakal muncul dengan album tersebut dalam dua bahagian atau volume. Album volume pertama dijangka akan muncul pada Jun ini


"Dalam perancangan setiap volume akan keluar dengan 10 buah lagu.

"Saya kini baru selesai merakamkan 7 buah lagu untuk volume 1.

"Apa yang pasti album yang mengambil masa lebih dua tahun untuk dihasilkan ini akan menampilkan sesuatu yang sangat berbeza daripada diri saya sebelum ini,"tambahnya lagi yang dijangka muncul dengan album volume 2 pada penghujung tahun ini juga.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.080787 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list