CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4078|Reply: 6

Haron din nafi bawa jin guna bas

[Copy link]
Post time 6-4-2012 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Seingat penulis, kisah Ustaz Datuk Dr. Haron Din memindahkan jin menggunakan bas ini seolah-olah sinonim dan sebati dengan segelintir masyarakat Melayu di negara ini. Kononnya ia berlaku sewaktu proses pembinaan sebuah kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) suatu ketika dulu. Dikatakan segalanya bermula apabila sekumpulan jin ‘menganggu’ penuntut di situ sehingga Dr. Haron dan rakan-rakannya terpaksa dipanggil untuk mengusir makhluk berkenaan.

Dr. Haron kemudiannya didakwa telah memindahkan jin-jin ini dengan menggunakan beberapa buah bas. Kisah Dr. Haron Din memindahkan jin menggunakan bas ini dikatakan tersebar setelah salah seorang pemandu yang ditugaskan membawa bas itu menceritakannya peristiwa itu kepada orang ramai. Ternyata kisah ini kemudiannya tersebar dengan begitu meluas, apatah lagi bila mengenangkan yang Dr. Haron memang pakar dalam hal menangani masalah melibatkan jin dan makhluk halus ini.

Persoalannya, adakah peristiwa tersebut benar-benar berlaku? Penulis yang sebelum ini ‘macam nak percaya’ dengan cerita itu lega apabila mendapat tahu yang ia CUMA DONGENG DAN PENIPUAN semata-mata! Lebih melegakan lagi kerana penafian itu datang dari mulut Dr. Haron sendiri sepertimana yang tersiar dalam laman Youtube tidak lama dulu. “Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja yang macam itu,” tegasnya.

Beliau bagaimanapun mengaku sering diminta untuk membantu kerja-kerja menghalau makhluk halus ini. Namun begitu, katanya, ia dibuat melalui doa, zikir, tahlil serta bersembahyang hajat dan tidak lebih dari itu. Dalam erti kata lain, katanya, penggunaan bas untuk memindahkan jin seperti yang didakwa itu tidak wujud sama sekali. ” Tujuan kita hanyalah untuk meminta kepada Allah agar diberi kekuatan, diberi dengan kaedah rawatan supaya mereka (jin) itu boleh berpindah dengan sendiri.

” Tak payah pakai bas, mereka tak tau pun yang bas itu ada kerana mereka boleh jalan sendiri…boleh terbang sendiri dengan laju kerana mereka dibuat daripada api, api ada kelajuan sendiri,” kata Dr. Harun. Beliau kemudiannya meminta masyarakat agar jangan mudah terpedaya dengan cerita ‘temberang’ tersebut. Dr. Haron mengakhiri klip video berkenaan dengan meminta semua pihak agar menerima penjelasan beliau dan tidak mempercayai kisah yang tersebar sejak sekian lama itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2012 09:25 AM | Show all posts
alamak. da ade pulak thread ni. sory mod. tutup thread ni mod.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 11:47 AM | Show all posts
tinggal ketapi ke +1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2012 11:51 AM | Show all posts
tinggal ketapi ke +1
alzan Post at 6-4-2012 11:47



    nmpk nye begitu lah
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 12:00 PM | Show all posts
nmpk nye begitu lah
Jacktongeng Post at 6-4-2012 11:51



   dlm utube dh ada pun kan... tgk thread yg penah dibuka ni ha...
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=613168&highlight=haron%2Bdin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2012 12:08 PM | Show all posts
tula. sory. lpas bukak thread baru pasan, sory2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2013 04:29 PM | Show all posts
alamak. da ade pulak thread ni. sory mod. tutup thread ni mod.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.052080 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list