Punya la payah nak cari gambar dalam filem yang boleh diletakkan sebagai penyeri untuk membuat review ini. Ok, ni bukan komen filem ni, cuma luahan perasaan. Marketing department publisher cerita ni tak buat keje ke? Kurang jugak publisiti yeah? Orait, agak panjang komennya :
1. Kami sentuh pada genre filem ini terlebih dahulu. Adalah ditulis bahawa genre utama filem ini adalah komedi. Seriusly, kami hanya gelak yang betul-betul ikhlas ada la dalam 2,3 kali je. Walaupun duduk sebelah brader sorang ni yang memang penggelak terbaik (semua benda dia nak gelak), namun tahap lawak yang ditonjolkan dalam filem ini amat-amatlah mendukacitakan. Memang tak lawa sangat la cerita ni.
2. Dari segi barisan pelakon, memang dah pelakon-pelakon famous dah, cuma nampak memang ada benda yang tak kena dengan lakonan diorang dari awal hingga ke akhir filem ini. Admin baru sahaja tengok ‘Lawak ke der?’ pada minggu lepas, sangat-sangat lah berbeza. Dalam lawak ke der, boleh kami gelak sepuas-puasnya walaupun tengok berkali-kali. Namun, dalam filem ni, lawak tak menjadi langsung. Watak zizan sebagai hero bernama 13 ni pula, bila diperhatikan lebih kepada mengikuti Apek Senario punya cara berlakon. C’mon bro, nampak sangat kot gaya apek. Penampilan istimewa Angah dan Jambu Raja Lawak tidak menyumbang kepada tahap komedi filem ini.
cerita ni nmpk sgt dh shooting lame kan ? sbb johan mase ni kurus lagi , rambot pon tak berawan nano lagi . soo mcm xde rase nk tengok sbb jozan ni sejak johan mengembang rambot baru lawak mnjadi2 ..
aku da tengok- cite tersgt la bangang punye bangang punye bangang punyelaaa bangang ohoiiiiii-- aku gelak pon bukan sebb klaka tp sebab cite ni bangang- ada scene terbang boleh kantoi pkai tali- ape punye editing la weii- naik darah aku tgk smlm- korang xyah la tgk wayang bli dvd je- astro 1st pon xpayah.. mmg bangang
Cerita ni memang hampeh , semalam bawa anak2 aku pergi tengok , untuk 15 minit pertama aku dah rasa teramatlah boring , rasa nak keluar sangat dari panggung, tp aku sabar aje hingga 1 jam dah habih aku dah tak boleh tahan , boring tahap gaban, kebetulan aku pun x sembahyang lagi , apa lagi aku pun keluar tanpa habis cerita. NOT RECOMMEN AT ALL PADA SAPA YG BARU RASA NAK PI TENGOK BUAT HABIS DUIT , BAIK KAU ORG BUAT KE LAIN DUIT TU LAGI BAGUS. aku setuju dgn pendapat Takeshi anwar cerita ni mcm ada yg x kena.