Ni review Zello aku buat kat blog Oh! Geekz
![](http://ohgeekz.com/wp-content/uploads/Zello01.png)
Radio Amatur atau juga dikenali sebagai Ham Radio merupakan satu cara berkomunikasi tanpa wayar dengan menggunakan isyarat radio yang efektif. Seseorang yang ingin mengendalikan Radio Amatur perlu menduduki peperiksaan Radio Amatur atau RAE dan membayar yuran bagi memiliki lesen tersebut. Walau bagaimanapun menggunakan radio walkie-talkie internet adalah percuma dan tidak memerlukan lesen. Zello merupakan salah satu daripada aplikasi yang menyediakan kemudahan ini secara percuma kepada pengguna iOS, Android, Blackberry dan PC.
Zello boleh digunakan samada dengan sambungan wifi mahupun data internet seperti 3G. Ia memberi paparan muka yang mudah untuk digunakan. Bagi pengguna baru, anda hanya perlu mendaftar dengan menggunakan email sebagaimana kebanyakan aplikasi-aplikasi yang lain. Setelah mendaftar dan login, anda boleh menambah rakan melalui kontek di telefon pintar, menggunakan Zello user ID atau email. Setelah rakan menerima permintaan daripada anda, anda dan rakan boleh berbual ala-ala walkie-talkie.
![](http://ohgeekz.com/wp-content/uploads/Zello03.png)
Selain itu, Zello juga menyediakan ruang atau channel untuk anda berbual dengan pengguna lain. Anda boleh memasuki channel yang sedang trending, memasuki channel yang anda tahu namanya atau mencipta sendiri channel baru dan menjemput rakan untuk memasukinya. Untuk berbual di channel, anda hanya perlu menekan butang bulat yang disediakan (rujuk gambar). Di channel yang ramai pengguna, anda perlu menunggu giliran untuk bercakap mengikut konsep “siapa cepat tekan, dia dapat”.
![](http://ohgeekz.com/wp-content/uploads/Zello05.png)
Zello boleh dikatakan aplikasi yang menarik untuk digunakan. Bagi pembaca Oh! Media, anda dijemput untuk memasuki channel Oh! Media untuk bersama mencuba dan berbual dengan menggunakan aplikasi ini. Diharapkan dengan aplikasi ini, anda boleh menambah kenalan dan berkongsi sesuatu yang baru.
![](http://ohgeekz.com/wp-content/uploads/Zello07.png)
Zello boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, BlackBerry dan PC. Jadi bagi pengguna yang telah menggunakan aplikasi ini, apakah pandangan anda? Adakah ia mengembalikan kenangan semasa kecil ketika bermain “polis sentri, want to jaga” ? Kongsikan pendapat anda di bawah. Last edited by bacteria82 on 3-10-2012 10:09 AM
|