CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1298|Reply: 0

Ancaman kanser payu dara

[Copy link]
Post time 30-10-2012 02:15 AM | Show all posts |Read mode


BERBANDING negara maju, wanita di negara-negara kurang membangun seperti India atau Bangladesh, kurang berisiko terhadap kanser tersebut.

Ini diakui sendiri pakar perunding pembedahan Hospital Pantai Klang, Dr. Shalizan Torman bahawa semakin maju sesebuah negara, risiko pertambahan jumlah pesakit kanser payu dara juga turut meningkat.

Kebanyakan negara maju dan membangun telah mencatat peratusan tinggi bagi penghidap kanser ini.

“Ini mungkin berpunca daripada corak diet dan gaya hidup. Faktor pengambilan makanan yang tidak seimbang seperti berlebihan dalam mengambil makanan ringan dan pengamalan gaya hidup yang tidak sihat adalah penyumbang terbesar kepada kanser ini," katanya.

Dr. Shalizan berkata, walaupun kesedaran tentang bahaya kanser semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia, sebahagiannya masih malu untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan awal.

Katanya, kebanyakan wanita terutama di luar bandar masih malu untuk membuat pemeriksaan di klinik lebih-lebih lagi apabila melibatkan doktor lelaki.

“Hakikatnya penyakit ini boleh dicegah jika setiap wanita mengambil langkah melakukan pengesanan pada peringkat awal," ujarnya ditemui di Klang, baru-baru ini.

Menurut Dr. Shalizan lagi, kanser payu dara boleh dikesan pada peringkat awal melalui beberapa cara yang dilakukan secara sendiri mahupun berjumpa dengan doktor.

“Amalkan pemeriksaan bahagian payu dara dengan doktor secara berkala. Biasanya mereka yang berumur lebih daripada 35 tahun digalakkan membuat pemeriksaan ini.

“Untuk mendiagnosis kanser payu dara pada peringkat awal, pemerhatian dibuat melalui mamogram. Melalui cara ini , bukan semua wanita boleh mengesan menggunakan kaedah mamogram kerana kosnya yang tinggi. Tambahan hanya mereka yang mempunyai risiko lebih tinggi digalakkan untuk membuat rawatan tersebut.

“Ujian mamogram juga hanya mampu mengesan, bukan mencegah kanser payu dara. Ini kerana ujian mamogram mampu mengesan ketulan yang lebih kecil berbanding melalui pemeriksaan. Juga ia mampu mengesan sel kanser yang tidak dapat dirasa dengan tangan," katanya.

Katanya, golongan wanita yang mencapai umur 35 tahun lebih berisiko untuk mendapat kanser payu dara berbanding golongan muda.

Namun, hanya 10 peratus sahaja penghidap kanser payu dara disebabkan oleh sejarah keluarga. Selebihnya kanser payu dara terjadi secara sendiri.

“Mereka yang pernah menghidap kanser ini juga berisiko menghidap kembali jika tiada langkah pencegahan awal dilakukan," katanya.

Menurut Dr. Shalizan, wanita yang mengandung pada usia lewat, mereka yang tidak pernah melahirkan anak dan datang darah haid pada umur yang lebih awal lebih berisiko menghidap kanser tersebut.

Ujarnya, kajian mendapati tempoh tamat haid sewaktu mengandung dan menyusu badan dapat mengurangkan risiko wanita mendapat kanser.

Maklumat ini turut disertakan dengan data yang mencadangkan bahawa menopaus awal mengurangkan faktor risiko mendapat kanser payu dara bagi seorang wanita.


Sumber



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.042965 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list