CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4451|Reply: 13

indon amik import untuk AFF Suzuki

[Copy link]
Post time 30-10-2012 07:32 AM | Show all posts |Read mode
270 juta penduduk? mau ambil import?

PETALING JAYA - Tidak perlu takut atau gentar dengan tindakan skuad bola sepak Indonesia yang menyenaraikan empat pemain kelahiran Belanda bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2012.
Malahan, tindakan Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) itu belum pasti dapat menghadirkan kejayaan sekelip mata buat Indonesia yang belum pernah menjuarai kejohanan AFF sejak 1996.


Itu peringatan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal yang tidak mahu mengambil serius akan perkara itu sebaliknya yakin dengan 100 peratus kudrat anak-anak tempatan mampu mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF tahun ini.
"Itu hak mereka (Indonesia) untuk menyenaraikan pemain luar yang diberi kerakyatan kerana mungkin disebabkan tidak pernah muncul juara, situasi itu memberikan impak kepada Indonesia untuk bertindak sedemikian.
"Tindakan kita menggunakan semua anak-anak tempatan, bagi saya lebih patriotik di samping memberikan kelebihan kerana faktor budaya dan bahasa yang tidak jauh berbeza membuatkan mereka mudah mengenali antara satu sama lain apabila beraksi.
"Cuma saya tidak rasa menggunakan khidmat pemain luar boleh memberikan jaminan untuk berjaya dan kami telah buktikan dua tahun lalu


"Adakah keputusan mereka itu akan memberikan kebaikan pada jangka pendek atau panjang, perkara itu juga kena difikirkan, " katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, semalam.
Skuad kebangsaan Indonesia baru-baru ini menyenaraikan tiga pemain dari Belanda, Jhonny Van Beukering, Raphael Guillermo Eduardo Maitimo dan Tonnie Cusell Lilipaly, yang diberikan kerakyatan Indonesia selain Diego Michiels yang mewakili skuad Sukan SEA tahun lalu.


Jhonny, yang merupakan penyerang Pelita Jaya, pernah beraksi bersama kelab terkemuka Liga Belanda, Feyenoord pada musim 2010/11 sementara Raphael beraksi di bahagian tengah dan mewakili Bali De Vata FC dalam saingan Liga Premier Indonesia (IPL).
Seorang lagi pemain, Tonnie Cusell beraksi bersama kelab Divisyen Tiga Belanda dengan kelab GVVV.
Sebelum ini, skuad Garuda pernah menggunakan seorang pemain kelahiran Uruguay, Christian Gonzales dan Irfan Bachdim dari Belanda tetapi mempunyai pertalian darah Indonesia dari sebelah bapanya, Noval Bachdim yang juga bekas pemain bola sepak Indonesia.
Selain itu, Rajagobal tidak merasakan masalah dalaman induk bola sepak Indonesia akan mengganggu persiapan skuad kebangsaan yang kini dikendalikan Nil Maizar.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121030/su_01/Usah-gentar-4-import-Garuda#ixzz2AjZQSwFN
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2012 01:04 PM | Show all posts
Malaysia tak perlu bergantung kpd pemain2 luar yg samada tak bagus mana or yg dah nak pencen

Menang kalah, jatuh bangun biarlah dgn pemain2 kelahiran sini....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 12:26 PM | Show all posts
sayang nazmi x dapat join.............
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 04:04 PM | Show all posts
Huhu..tk sabo mnunggu AFF nih..
Kira mcm euro pringkat asean nih.haha..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 10:33 PM | Show all posts
takde kat sini untuk the first 2 matches
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 02:14 PM | Show all posts
asal DKR x panggil nazmi
dahla lawan bangla pun seri jer
pakai alasan bau yg melampau plak2.
biar betol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2012 02:56 PM | Show all posts
Indonesia pakai player import..???
penakut lopek betul.. gunelah player tempatan..
kan ni negara lawan negara.. bukan club2 yg nk pakai player import...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2012 12:10 AM | Show all posts
tu sah je aku rasa, even oziel tu asal turkey kan, lepas tu jadi germany citizen. tak ada yang salah, dia orang amik pemain import pun ada keturunan langsung indo-dutch, aku tengok pun tak banyak pemain import. tak cam philipine laa..semua pemain omputeh.

CONGRATULATIONS FOR SINGAPORE.. 3-0 Hebat laa pemain import singapore ni. 40.000 audience msia kat bukit jalil silent semua.  world class player for tinny country like spore.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2012 11:19 AM | Show all posts
audreyhepburn posted on 26-11-2012 12:10 AM
tu sah je aku rasa, even oziel tu asal turkey kan, lepas tu jadi germany citizen. tak ada yang salah ...

CONGRATE SPORE....
PEMENANG UTAMA KAD MERAH.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 11:28 PM | Show all posts
walaupun IndOn amiik player impOrt,Harimau Malaya telah membuktikan mampu mematahkan Sayap Garuda...2-0!
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 04:27 PM | Show all posts
amik import pun balik awal gak
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 06:40 PM | Show all posts
malaysia pun amik import gak.. khabarnya safee sali dan mahali jasuli berasal dari sweeden.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 01:26 PM | Show all posts
Indon bangang buat hal di Bukit Jalil

http://www.youtube.com/watch?v=Ogaomwhocbo&feature=youtu.be
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2012 04:25 PM | Show all posts
AbangSidi posted on 2-12-2012 06:40 PM
malaysia pun amik import gak.. khabarnya safee sali dan mahali jasuli berasal dari sweeden.



hi hi dari sweeden ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.430021 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list