CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2012|Reply: 0

Empat langkah untuk memerangi kehilangan pendengaran: Epidemik senyap

[Copy link]
Post time 8-2-2013 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Dianggarkan 275juta orang di seluruh dunia tidak dapat mendengar dengan jelas semua bunyi yangmereka suka. Mereka mengalami kehilangan pendengaran, di mana PertubuhanKesihatan Sedunia menyenaraikannya sebagai kecacatan deria nombor satu didunia.
Sesetengahorang tidak mempunyai deria pendengaran, kerana mereka telah dilahirkan pekak,tetapi majoritinya mengalami sesuatu kejadian yang berlaku sepanjang perjalananhidup mereka dan ia menyebabkan mereka kehilangan pendengaran. Penyakitberjangkit seperti meningitis, campak, beguk dan jangkitan kronik telinga,serta kecederaan kepala dan telinga, dan penuaan boleh menyumbang kepadakehilangan pendengaran.
Namun kemungkinannyapunca yang paling biasa adalah daripada bunyi bising yang berlebihan,sama ada pendedahansekali sahaja kepada bunyi yang sangat kuat,  bunyi tembakan, atau pendedahan secara berulangankepada bunyi yang kuat dari semasa ke semasa, seperti bunyi jentera di tempatkerja, bunyi yang berpotensi menyebabkan kehilangan pendengaran.
Kesankehilangan pendengaran menjangkau keperluan untuk menguatkan bunyi televisyen.Ia mengganggu keupayaan seseorang untuk memahami perbualan, dan ini bolehmenimbulkan masalah dan salah faham di tempat kerja dan di rumah. Kehilanganpendengaran juga membawa kepada pengasingan daripada keluarga, rakan-rakan danpersekitaran.
"Beritabaik adalah kehilangan pendengaran akibat daripada kebisingan bolehdicegah," kata Dr. Laurie Wells, pakar audiologi dari perniagaanperlindungan pendengaran 3M. "Jadi orang ramai boleh menghindarkandaripada kehilangan pendengaran sekiranya mereka mengambil beberapa langkah yangmudah sahaja."
Langkah 1: Memakai pelindung pendengaran
Langkah yangpaling penting untuk mencegah kehilangan pendengaran adalah memakai pelindungpendengaran.
"Terdapatbanyak pilihan yang baik untuk pelindung pendengaran, tetapi kadang-kala membericabaran untuk tahu mana satu pelindung pendengaran untuk dipilih sertabagaimana dan bila untuk memakainya dengan cara yang betul," kata Wells."Pelindung pendengaran yang boleh didapati kini adalah selesa dipakai,muat dengan baik, dan mempunyai pilihan untuk meningkatkan komunikasi - sepertimikrofon dan rangkaian radio dua hala bagi orang yang memerlukannya"
Letupan bungaapi di kawasan perumahan adalah begitu biasa semasa perayaan CNY dan ia membawakemudaratan kesihatan yang ketara terhadap kesihatan pendengaran orang ramai dikawasan terdekat, seperti ahli keluarga dan jiran. Pendedahan yang berpanjangankepada bunyi bising berbahaya ini adalah salah satu punca kerosakan pendengaranyang tidak dapat dipulihkan. Bunga api telah direkodkan melebihi 120 dB padajarak sehingga 150m. Yang lebih membimbangkan adalah mercun yang diletupkansemasa perayaan Tahun Baru Cina. Mercun telah direkodkan pada tahap yang melebihi170dB pada jarak ½ meter.
Mengambil kirarisiko kesihatan, orang ramai masih boleh menikmati pertunjukan bunga apimelainkan langkah berjaga-jaga telah diambil, misalnya menggunakan penyumbattelinga pakai buang. Untuk bunyi sehingga 100dB, pendedahan yang berpanjanganselama lebih daripada 15 minit sudah boleh menyebabkan kerosakan yangberkekalan. Kesan deringan atau sensasi sayu selepas bunga api atau mercunboleh diatasi dengan berehat dan mengelakkan bunyi kuat untuksekurang-kurangnya 24 jam. Walau bagaimanapun, sekiranya gejala berterusan,adalah disyorkan untuk menjalani pemeriksaan perubatan oleh pakarotolaringologi dan diikuti oleh penilaian pendengaran oleh ahli audiologi.
Semasamusim perayaan, adalah biasa untuk melihat penari singa di pusat membeli-belah,pejabat atau di kediaman persendirian. Muzik kuat daripada gendang dan simbal yangmengiringi penari singa semasa mereka melalui rutin mereka. Pendedahanberterusan kepada simbal dan gendang boleh membawa kepada sensasi deringanlemah di telinga yang juga dikenali sebagai tinnitus.Dalam beberapa kes-kes tinnitus,orang ramai juga boleh menghidapi aneurisme otak atau tumor otak yang jugadikenali sebagai tumor akustik. Seperti kes pertunjukan bunga api, adalah dinasihatkansupaya penonton boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai penyumbattelinga guna pakai semasa tarian singa. [ii]
Langkah 2: Berhati-hati sepanjang masa
Bunyi yanglebih kuat daripada 85 desibel (dBA) adalah lebih lazim daripada orang mungkinfikirkan. Pendedahan yang berpanjangan kepada bunyi kuat ini boleh merosakkanpendengaran anda secara kekal, menyebabkan deringan dalam telinga, bersamadengan gejala-gejala lain. Kebanyakan orang tidak membawa meter desibel, jadiia adalah baik untuk mereka mengetahui di mana tahap bunyi boleh berlaku.Beberapa contoh termasuk:
·      Menghadiri permainan bola sepak (100-120 dBA)
·      Menggunakan peniup daun atau gergaji rantai(95-120 dBA)
·      Menunggang motosikal (80-110 dBA)
·      Menggunakan pemotong rumput (82-103 dBA)
·      Menghadiri konsert rock (90-120 dBA)
·      Mendengar kepada pemain muzik peribadi (75-114dBA)
·      Menonton filem di pawagam (72-104 dBA)
Mendengar bunyiini sekali-sekala dan untuk masa yang singkat tidak menjadi ancaman utamakepada pendengaran. Tetapi pendedahan berulang kepada bunyi yang kuat bolehmenyebabkan kerosakan pendengaran sepanjang masa. Ramai orang seperti pekerjalombong, pegawai polis, pekerja pembinaan, petani dan lain-lain bekerja dalamkebisingan bunyi 85 dBA atau lebih tinggi setiap hari di tempat kerja. Jadi,kehilangan pendengaran akibat kebisingan adalah salah satu penyakit pekerjaanyang paling biasa dan penyakit pekerjaan kedua tinggi yang dilaporkan sendiri,menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan.
Menurut kajianyang dilakukan oleh Institut Kesihatan Negara Amerika Syarikat, sesi karaokeakan mempunyai kesan yang buruk kepada kesihatan pendengaran individu. Nyanyiankeras dan kekuatan suara penyanyi itu terhadap muzik latar yang kuat akanmembawa kepada kerosakan suara dan kehilangan pendengaran yang disebabkankebisingan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa selepas 2 jam sesi karaokepada paras bunyi melebihi 95dB, subjek ujian menunjukkan kehilangan pendengaransehingga 8dB. [iii]
Salah satu carauntuk mengurangkan kesan sesi karaoke berlanjutan adalah dengan kerap berehat,meninggalkan bilik atau kawasan di mana sesi karaoke mengambil tempat dan pergike tempat yang aman dan tenang untuk beberapa minit.
Selepas menghabiskansehari suntuk untuk sambutan pelbagai perayaan, orang ramai mungkin inginmenuju ke malam keriangan di kelab malam atau bar. Untuk orang biasa, apa-apasahaja bunyi melebihi 85 dB adalah dianggapkan berbahaya kepada telinga. Walaubagaimanapun, beberapa kelab telah mencatatkan tahap puncak antara 118dB hingga133 dB, bersamaan dengan bunyi perlepasan enjin jet. Pada tahap bunyi bising yangtinggi ini, pendedahan selama 3 hingga 4 minit sudah mencukupi untukmenyebabkan kerosakan jangka panjang kepada pengunjung kelab. Pengunjung kelabboleh mengurangkan kerosakan yang berlaku kepada pendengaran mereka denganmenghadkan lawatan ke kelab malam tidak lebih daripada sekali sebulan dengansetiap lawatan tidak melebihi 4 jam. [iv]
Langkah 3: MengurangkanVolum atau Menjauhkan Jarak
Bunyi bisingyang disebabkan oleh persekitaran pekerjaan mungkin tidak dapat dielakkan,tetapi, anda boleh mengawal bunyi di sekeliling anda. Jika boleh, memilih vakumyang lebih senyap, gergaji rantai, peralatan berkuasa, dan lain-lain. Sementaraitu, berjaga-jaga dengan kawalan kelantangan bunyi pada peranti hiburan mudahalih yang boleh melebihi 110 dB - tahap yang berbahaya jika anda mendengaruntuk berjam-jam sehari. Mengurangkan volum dan menghadkan berapa lama andamendengarnya. Jika anda tidak dapat mengurangkan bunyi kuat yang dihadapi, cubaelakkan dari sumber bunyi yang kuat itu. Jarak beberapa kaki antara anda danbunyi yang kuat boleh menurunkan tahap desibel yang dihadapi.
Sepanjangperjalanan pulang ke kampung halaman, ramai orang menggunakan iPod ataulain-lain pemain muzik mudah alih untuk memastikan diri mereka terhibur, kemungkinanakhirnya boleh menyebabkan tekanan yang boleh dielakkan pada telinga mereka.Walaupun kesan-kesan mungkin tidak akan menunjuk dengan segera, namun kesanjangka panjang pada pendengaran pendengar boleh membawa kepada masalah sepertimembezakan konsonan dan memahami pertuturan. [v]
Beberapa langkah yang boleh diambil untukmengurangkan kesan-kesan ini, pertamanya mendengar muzik pada 60% daripadavolum maksimum selama 60 minit dan kemudiannya berehat. Membiarkan telingauntuk berehat akan mengurangkan kemungkinan kerosakan yang kekal. Kedua, menggunakanfon kepala dan bukannya palam telinga. Palam telinga adalah lebih cenderunguntuk merosakkan pendengaran berbanding dengan fon kepala dan telah terbuktisekurang-kurangnya 9dB lebih kuat. [vi]
Langkah 4: AmbilKomitment Perlindungan Pendengaran
Memberikomitmen untuk memakai pelindung pendengaran supaya anda boleh terus menikmatisemua bunyi yang anda suka. 3M telah melancarkan Hearing Pledge. Melayari www.hearingpledge.com dan memakaiperlindungan pendengaran anda.
Padatahun 2012, 3M meraikan 40 tahun kepimpinan keselamatan – pengiktirafan kepadapenyelesaian masalah pernafasan dan perlindungan pendengaran yang diperkenalkanpada tahun 1972.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 1.668344 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list