CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11566|Reply: 11

Punca sakit belakang

[Copy link]
Post time 22-2-2013 03:23 PM | Show all posts |Read mode


APABILA mengangkat barang, ramai yang melakukannya secara membongkokkan badan, padahal mereka sepatutnya membengkokkan kaki bagi gerak mengusung yang diperlukan. Pekerja pejabat duduk di meja dan menghadap komputer berjam-jam tanpa regangan. Setelah penat bekerja dan pulang ke rumah ada yang terlena di atas sofa ketika menonton televisyen. Adakah senario itu menyamai rutin harian kehidupan anda? Semua itu adalah bukti bahawa insiden sakit belakang semakin meningkat.

Sakit otot dan penuaan

Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik Tulang Belakang Pusat Perubatan Pakar Sri Kota Klang, Dr. John Ooi Tzen Chuong memberitahu, terdapat enam punca utama sakit tulang belakang kronik.

Katanya, 90 peratus sakit tulang belakang berpunca daripada kecederaan pada otot rangka yang kronik disebabkan tabiat posisi, ergonomik dan biomekanik.

Kebiasaannya, sakit otot berpunca daripada postur duduk atau mengangkat barang dengan cara yang tidak betul. ??Akibatnya, otot pada bahagian belakang berasa sakit disebabkan tekanan. Selalunya kesakitan akan bertambah baik dengan rawatan konservatif seperti fisioterapi, rehat dan ubat? katanya.

Selain itu, sakit sendi disebabkan oleh proses penuaan spondylosis pada tulang belakang juga menjadi punca.

Kebanyakan pesakit warga emas sering mengalami masalah ini.

Disk tergelincir

Sebahagian golongan ini juga mengalami saraf terhimpit atau diska tergelincir (slipped disc).

?Diska tergelincir adalah satu masalah kecederaan pada tulang lembut atau diska yang juga dikenali sebagai diska intervertebral. Masalah ini kerap berlaku pada peringkat umur 30 hingga 50 tahun. Mereka yang memandu lama ( bekerja sebagai pemandu), merokok dan obesiti merupakan golongan yang berisiko,? jelas Dr. John.

Tambah beliau, bengkak pada diska akan menekan urat saraf di belakangnya. Keadaan menjadi lebih serius apabila ia pecah menyebabkan isinya atau nucleus polposus keluar dan menekan urat saraf.

Ini menyebabkan sakit belakang teramat sangat dan akan turun ke kaki. Pesakit juga akan berasa kebas dan lemah kaki.

Rawatan untuk diska tergelincir pula bergantung kepada tahap kecederaannya seperti rehat sepenuhnya dengan berbaring untuk mengurangkan tekanan pada diska intervertebral.

Lain-lain termasuklah ubat-ubatan dan fisioterapi serta pembedahan untuk kes-kes yang teruk ataupun tidak pulih selepas dirawat.

Dr. John menambah, Pembedahan Invasif Minimum (MIS) adalah kaedah yang baru diperkenalkan bagi merawat sakit tulang belakang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2013 06:18 PM | Show all posts
salam nak tanya saya ada masalah sakit belakang sampai ke peha...punca hari tuu tido kat hotel masa bercuti terkena tilap nipis...lps tuu duk angkat kotak lak....smp skr nak tunduk pun susah terutama ketika bgn pagi...blh sy tahu mcm mana nak selesai kan masalah ini...sb dah cuba urut tapi sekejap je,lps tuu sakit balik...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 08:10 PM | Show all posts
najwa88 posted on 22-2-2013 06:18 PM
salam nak tanya saya ada masalah sakit belakang sampai ke peha...punca hari tuu tido kat hotel masa  ...

try buat mri dulu
if selalu rasa kebas, saraf awak terhimit, pnyakit ni dipangil sciatica yg awak rasa kebas2 tu

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 11:01 PM | Show all posts
AHMADVW posted on 22-2-2013 08:10 PM
try buat mri dulu
if selalu rasa kebas, saraf awak terhimit, pnyakit ni dipangil sciatica yg awak ...

Macam saya juga rasa sengal bahagian belakang belah kanan. Adakah disebabkan saraf terhimpit juga. Saya pernah menerima hentakan yang kuat dibahagian itu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 11:02 PM | Show all posts
AHMADVW posted on 22-2-2013 08:10 PM
try buat mri dulu
if selalu rasa kebas, saraf awak terhimit, pnyakit ni dipangil sciatica yg awak ...

apa patut saya lakukan untuk mengatasi masalah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 01:30 AM | Show all posts
nicomeet posted on 22-2-2013 11:02 PM
apa patut saya lakukan untuk mengatasi masalah ini.

buat MRI dulu
tgk apa yg kena



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2013 02:25 PM | Show all posts
AHMADVW posted on 23-2-2013 01:30 AM
buat MRI dulu
tgk apa yg kena

mcm mana nk buat MRI n blh x bg tahu hospital mana
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 10:13 AM | Show all posts
Terdapat banyak jenis masalah berkaitan dengan tulang belakang. Keadaan posisi tulang belakang banyak mempengaruhi kesihatan badan secara umumnya. Adakala pesakit merasa tidak sihat walaupun pemeriksaan kesihatannya menunjukkan tiada masalah serius. Ini adalah kerana kedudukan tulang belakang yang tidak normal akan menjadikan pergerakan tenaga dalam urat saraf tidak normal dan ini boleh mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang itu.

Masalah biasa dalam rawatan tulang belakang ialah:-

         1.     Slipped disc atau cakera beralih dari kedudukan asal
         2.     Spondylisis iaitu kemampatan cakera pada leher
         3.     Scoliosis iaitu keadaan tulang belakang yang abnormal

         Walaupun hanya masalah tulang belakang, pesakit akan merasa kebas pada kaki atau tangan dan badan akan merasa lemah untuk melakukan kerja-kerja harian.

         AYURVEDIC LUQMAN  boleh membantu mengurangkan atau menyembuhkan masalah tulang belakang dengan rawatan oiling pada tulang belakang. Walaupun rawatan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 1 bulan untuk menampakkan keberkesanannya tetapi pengalaman telah membuktikan bahawa rawatan ini benar-benar berkesan memulihkan masalah tulang belakang pesakit yang datang mendapatkan rawatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 10:20 PM | Show all posts
najwa88 posted on 22-2-2013 06:18 PM
salam nak tanya saya ada masalah sakit belakang sampai ke peha...punca hari tuu tido kat hotel masa  ...

As salam semua,saya dah lama ada masalah sakit belakang...dn sy dah ke dr luqman di usj,tapi tiada ezeki sy kot..x bkesan walau hampir 6 bulan menjadi pesakitnya.... sehingga lah sy membuat rawatan terapi katil ceragem,baju jed panas dari korea...ini atas bantuan kawan2 yg ada masalah sama spti sy yg mengesyorkan mencuba. rawatan ini...

Alhamdulillah sy sembuh...kpd yg menderita spti sy cuba cari katil ini,sy bukan iklan,cuma bkongsi utk kebaikan kita yg sengsara selama ini...skrang sy smakin pulih...mudah mudahan sy dn kwn2 di luar sana menemui apa yng dicari2 selama ini....Alhamdulillah sy x jadi operation tulang belakang....setelah 2 bulan mjadi pengguna katil ini...wslam
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 10:56 PM | Show all posts
rauqah posted on 1-3-2013 10:20 PM
As salam semua,saya dah lama ada masalah sakit belakang...dn sy dah ke dr luqman di usj,tapi tiada ...

wassalam.blh sy tahu mcm mana nak cari katil n harga dalam brapa erk/..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 11:01 PM | Show all posts
najwa88 posted on 1-3-2013 10:56 PM
wassalam.blh sy tahu mcm mana nak cari katil n harga dalam brapa erk/..

wsalam,try google ceragem..ada bnyak branch...sy guna ni area bangi...harga kena cek dgn pnjual,,sy pengguna sj...wslm..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2013 07:22 PM | Show all posts
najwa88 posted on 1-3-2013 10:56 PM
wassalam.blh sy tahu mcm mana nak cari katil n harga dalam brapa erk/..

harga dalam tahun 2010 yang saya beli dulu dlm 10K
cuba you google company ni...
KORIM (M) SDN BHD
dulu company ni  kat pandan perdana
tel no. 03-92749196....
takut dia orang dah pindah...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.061922 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list