CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9567|Reply: 22

SOTONG KERING LEBIH BAHAYA DARI MEROKOK.

[Copy link]
Post time 22-2-2013 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok.
Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan.

Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat

PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

Para penggemar sotong pasti kecewa apabila mengetahui makanan laut itu sebenarnya mengandungi logam sejenis kadmium yang boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat.

Kandungan kadmium tersebut juga dikatakan mampu menyebabkan peminatnya berisiko menghidapi kanser payu dara dan prostat serta berupaya mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

Pendedahan mengejutkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu turut mendedahkan bahawa makanan laut kering lain seperti tiram dan udang juga mengandungi kadmium.

Menurut persiden CAP, S.M. Mohamed Idris, hasil ujian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering agak membimbangkan malahan ada yang melebihi empat kali ganda daripada kadar dibenarkan.

“Dalam satu ujian secara rawak, enam sampel sotong kering diuji untuk mengesan kandungan kadmium. Hasilnya, lima sampel mengandungi cadmium dengan tiga daripadanya melebihi piawaian keselamatan.

“Mengikut Peraturan Makanan 1985, jumlah kadmium yang terkandung dalam makanan tidak seharusnya melebihi 1.00 bahagian persejuta,” katanya pada siding akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran dalam bateri, konduktor elektrik pembuatan aloi, pigmen dan plastik selain memantapkan baja fosfat.

Mohamed Idris berkata, selain menjadi bahan kimia pengganggu endrokrin (EDC), kadmium juga mempunyai kesan buruk ke atas organ tertentu dalam tubuh kerana kadar serapan bertambah jika kekurangan kalsium dan zat besi.

Katanya, kadmium dibawa menerusi aliran darah oleh sel-sel darah merah dan molekul protein yang besar.

“Kebanyakan beban kadmium dalam tubuh terkumpul dalam hati dan buah pinggang. Walaupun buah pinggang menjadi organ sasaran kadmium kesan-kesan lain mungkin berlaku dalam tulang dan perut.

“Ini diperhatikan melalui satu sindrom yang berlaku di Jepun di mana pesakit mengalami sakit tulang teruk serta osteomalasia (pelembutan tulang),” jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2013 04:34 PM | Show all posts
sotong kering a.k.a. sepender, sama sekali tak boleh dimakan tanpa perlu kajian makmal segala bagai








Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 04:49 PM | Show all posts
Nasib tak minat makan sotong kering
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 04:52 PM | Show all posts
Artemesiaa posted on 22-2-2013 04:49 PM
Nasib tak minat makan sotong kering

ssame la kite...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 04:56 PM | Show all posts
adam tak suka sutun.. dia bapok nyah.. adam suka pamela anderson
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 05:00 PM | Show all posts
nasib aku merokok jer xmakan sotong kering..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2013 05:12 PM | Show all posts
Btw bahan pengawet atau makanan laut tu sendiri yang ada logam2 berat ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 09:22 PM | Show all posts
mostly sea food actually mmg beracun.. tapi pada kadar yg sedikit.... so, kurang2 kan makan makanan laut...

ikan tak apaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2013 10:51 PM | Show all posts
uh...abah suke mkn...feveret dia nih...thnks ye tt for the info....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 12:08 AM | Show all posts
nmpknyer...pasni x bleh makan sotong kering....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 01:44 AM | Show all posts
Ohh i ccc... Makan sotong kering time raya jek.. Wat sambal makan ngan ketupat kuah lodeh.. Terbaikk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 01:55 AM | Show all posts
asher posted on 22-2-2013 05:00 PM
nasib aku merokok jer xmakan sotong kering..

Berita ini sangat baik kepada para perokok macam kita.... jadi kita boleh menghisap rokok semahu-mahu-mahunya sebab sotong kering lagi bahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 02:11 AM | Show all posts
makanan berawet dan x fresh mmg patut dikurangkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 02:14 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 22-2-2013 04:56 PM
adam tak suka sutun.. dia bapok nyah.. adam suka pamela anderson

fuhh... stok pamela anderson ..kat mesia ni susah nampak nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 02:15 AM | Show all posts
beracun ke tak , orang akan makan gak .... sama macam rokok...  aku suka jer sotong kering... dah lama tak makan nih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 10:29 AM | Show all posts
alamak orang rumah aku seme suka makan. aku makan gitu gitu aje. tengkiu tt for the info. kena jaga jaga gak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2013 10:32 AM | Show all posts
apaaa???
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 10:42 AM | Show all posts
dedulu masa kecik, dpt mkn sotong kering masak sambal dah rasa best sgt dah masa tu..
tu yg aku igt psl sotong kering dlm hidup aku...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 10:49 AM | Show all posts
aku tak selalu makan soton kering ni..
kalo mak masak nasi lemak harus ade sambal sotong ni hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 06:46 PM | Show all posts
orang Korea ni suka makan sotong kering, macam snack gitu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 2.021751 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list