View: 3001|Reply: 10
|
Penyampai 3 Pagi Era Direhatkan Serta Merta, Fahmi Fadzil Minta SKMM Jalankan Siasatan
[Copy link]
|
|
Edited by tatod at 4-3-2025 02:54 PM
MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan secara terperinci terhadap tiga penyampai radio yang didakwa mempersenda upacara agama lain.
Kata Fahmi, SKMM juga diarahkan memanggil syarikat serta pihak pengurusan stesen radio berkenaan ke ibu pejabat untuk memberikan keterangan.
“Kami sudah menerima aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan kakitangan stesen radio mempersenda upacara agama lain yang dimuat naik dalam platform media sosial pagi tadi.
“Jadi, saya arahkan SKMM menjalankan siasatan terperinci termasuk memanggil pihak dan pengurusan stesen radio itu hadir memberi penjelasan lanjut di ibu pejabat SKMM,” katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita.
Sementara itu, Astro Audio dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga penyampai iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin.
Malah pihaknya juga menyatakan kesediaan untuk berkerjasama dengan pihak SKMM untuk siasatan lanjut.
"Kami memandang serius perkara ini dan selepas pertimbangan yang teliti, kami memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga individu tersebut dari ke udara sehingga diberitahu kelak, sementara kami menjalankan siasatan dalaman ke atas insiden ini.
"Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan penuh terhadap kesemua garis panduan dan keperluan yang ditetapkan," ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.
Sebelum ini, stesen radio Era dan tiga penyampainya tampil membuat permohonan maaf selepas tular video menyaksikan penyampainya menari seolah-olah mempersendakan agama Hindu.
Permohonan maaf itu dibuat secara terbuka dan dimuat naik di semua sosial media rasmi stesen berkenaan.
Isu ini timbul selepas salah seorang penyampai segmen 3 Pagi Era iaitu Azad Jazmin dilihat sakan meniru satu aksi tarian berkaitan keagamaan.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
terbaik laaa... lepas ni tak payah da ambil dia org da...
tak relevan da pun... |
|
|
|
|
|
|
|
tak paham..dorang joget mcm mana yg kata menghina tu? btw mmg xdgr pon radio ni apatah lagi apa2 content..rasa mcm try hard sgt radio2 skrg buat content..hotfm tu sama gakla |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Msambitious at 4-3-2025 03:08 PM
ell2026 replied at 4-3-2025 03:02 PM
tak paham..dorang joget mcm mana yg kata menghina tu? btw mmg xdgr pon radio ni apatah lagi apa2 con ...
Azad menari lepas tu sebut wel wel ( perayaan kaum india). I tengok biasa je video tu. Ok lah azad,nabil radin pun dah minta maaf. |
|
|
|
|
|
|
|
Org cerdik x kan buat benda mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
oh dah tgk kat rumah sebelah..aah nampak biasa jelah pun
|
|
|
|
|
|
|
|
ell2026 replied at 4-3-2025 03:10 PM
oh dah tgk kat rumah sebelah..aah nampak biasa jelah pun
Benda lepas kelaku antara kawan2. Yang upload tu lah yang patut di salah kan.
Tak semua benda boleh share |
|
|
|
|
|
|
|
brentikan teruslah, bukan ada etika pun masing2, gelak mcm mabok todi.. bahasa pun trash sgt |
|
|
|
|
|
|
|
cite do re mi dh ada pasal vel2 ni...masa 3 org tu cari keje dgn teropong..fahmi ni lau org hina islam x agresif mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
rarageng replied at 4-3-2025 03:35 PM
cite do re mi dh ada pasal vel2 ni...masa 3 org tu cari keje dgn teropong..fahmi ni lau org hina isl ...
Khuenst. Menyampah betul i. Da mcm ini negara depa plak bila terkena sikit sentap kemain. Bila agama sendiri kena hina xde pulak kena lebih2 |
|
|
|
|
|
|
|
Banned je. Amek dj yg berilmiah sikit.. kadang tu buat lawak, sendiri gelak. Ntah apa yg kelako x tau |
|
|
|
|
|
|
| |
|