View: 33093|Reply: 6
|
Shuk lagi pentingkan kawan, Fara Salleh nak cerai!
[Copy link]
|
|
Sudah tidak mampu mempertahankan rumah tangga, isteri Shuk Sahar iaitu Fara Salleh sudah memfailkan penceraian terhadap pelawak berkenaan pada awal Februari lalu.
Fara, 33, berkata, dia memfailkan permohonan bercerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Segamat, Johor dan sedang menunggu tarikh sebutan kes.
Susulan itu, Fara berharap Shuk dapat memberi kerjasama bagi menamatkan kemelut rumah tangga mereka yang tidak berkesudahan.
"Saya sudah selesaikan semua urusan penceraian dan sedang menunggu tarikh daripada mahkamah.
Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada November 2023 selepas melalui pelbagai kontroversi.
"Besar harapan saya Shuk akan beri kerjasama dan 'kawan-kawan' dia tak ganggu dalam proses penceraian ini," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Fara memberitahu dia nekad bercerai selepas langsung tiada usaha daripada Shuk mempertahankan perkahwinan mereka.
Fara juga memberitahu antara faktor utama dia mahu bercerai kerana Shuk lebih mementingkan kawan-kawan berbanding dirinya.
"Dia langsung tak tunjuk usaha mempertahankan hubungan kami dan disebabkan itu saya nekad mahu bercerai.
"Apa saya nampak dia lebih pentingkan silaturahim dengan kawan-kawan berbanding diri saya dan bayi dalam kandungan," jelasnya yang sedang hamil lima bulan.
Tambah Fara, mereka juga sudah sebulan tidak tinggal sebumbung atau berkomunikasi.
Sebelum ini, Fara meluahkan rasa bengang terhadap Shuk yang didakwa mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Fara gagal mempertahankan rumah tangganya bersama Shuk.
Fara mendakwa Shuk terlalu mementingkan kawan-kawan berbanding dirinya.
Malah tahun lalu, Fara ada meminta cerai kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya itu.
Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk atau Muhammad Shukri Mohammed Sahar, 39, pada November 2023.
Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Si syuk mmg x nk kawen ngn ko pun kan.. Ko je la yg terhegeh2... Ni nk cerai ak rase mmg si syuk tgh tggu2... Dah ada ank mmg syuk x dpt lari la dr pompuan ni.. Ntah apa lagi drama dia lepas ni
Naseb la ko syuk x de keje cr keje |
|
|
|
|
|
|
|
Terai2 la boh minyak senyonyong kat Fattah Amin ka, Samsul Yusof ka lepas ni. |
|
|
|
|
|
|
|
berpisah lagi baik dari ko duk bising2 macam ni.... memalukan |
|
|
|
|
|
|
|
Kikikiki i yakin tu smua taktik shuk je sbb nk lari dari ko. Lebih mudah kalau ko yg minta cerai. Pompuan gila |
|
|
|
|
|
|
|
Dia org segamat ke, malu iolsss selaku org segamat |
|
|
|
|
|
|
|
Too loud ye pompuan ni. Camne la jantan ni boleh tegila2kan pompuan ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|