Keadaan ini pada bayi adalah lebih dikenali sebagai mulas perut (kolik) 3 bulan. Keadaan ini pada umumnya berlaku selepas minggu ketiga kelahiran dan hilang selepas bulan yang ketiga. Bayi akan menangis tanpa berhenti , biasanya pada waktu petang, selama satu hinga tiga jam. Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....Punca-puncaPunca sebenar adalah tidak diketahui. Ia dianggap disebabkan oleh :-
v Kekejangan usus disebabkan oleh angin yang terperangkap.
v Ibu atau bayi yang gelisah.
v Ketidakhadaman.
v Alahan kepada makanan.
v Ketidaktoleransian laktosa.
Apa yang boleh dilakukan oleh andav Pikul dan peluk bayi
v Alihkan perhatrian bayi, dengan menukar lampin atau memandikan bayi.
v Telangkupkan bayi supaya bayi tidur dengan perutnya dibawah dan gosok belakangnya
dengan lembut.
v Berikan haba pada bahagian perut menggunakan tuala yang suam.
v Semasa pemberian susu dengan botol susu, pastikan bayi tidak menyedut udara.
v Sedawakan bayi selepas menyusu.
v Tenangkan bayi dengan memainkan muzik.
PentingRunding dengan doktor anda jika-jika mana-mana yang berikut hadir : -
v Terdapat darah dalam najis bayi.
v Darah atau hempedu berwarna hijau hadir dalam muntah bayi.
v Kehilangan selera makan.
v Bayi asyik bangun dari tidur dan menjerit akibat kesakitan.
v Kemuntahan, cirit-birit atau sembelit yang semakin meneruk.
v Demam.
Apa yang boleh dilakukan oleh doktorDoktor boleh mengesahkan samada tangisan adalah disebabkan oleh mulas perut ataupun disebabkan sesuatu yang lebih serius. Beliau boleh mempreskripsi ubat untuk mengurangkan mulas perut. Di antara ubat yang digunakan ialah : -
v Simetikon, yang membantu memecahkan buih-buih udara di dalam perut, supaya ia adalah lebih kecil dan kurang menyakitkan.
v “Gripe water” - membantu bayi sedawa.Doktor juga mungkin memberikan nasihat-nasihat yang lain bergantung kepada setiap keadaan.
Tabiat-tabiat untuk Ibu v Bersedia untuk episod mulas perut pada waktu petang dengan tidur untuk sebentar pada waktu tengahari.
v Bersabar – Bayi-bayi biasanya akan melalui fasa ini dalam 3 bulan.
v Minta bantuan saudara-mara atau kawan-kawan semasa saat-saat yang menyusahkan.
v Masa sewaktu pemberian susu bayi haruslah senyap dan tenang.
v Kongsi penjagaan bayi dengan ayahnya.
v Jangan merokok.
v Jangan memenatkan diri sendiri, minta bantuan.
|