CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12407|Reply: 1

Cirit Birit

[Copy link]
Post time 26-2-2013 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.

Gejala-gejala
Komplikasi
Punca-punca cirit-birit
Punca-punca kronik
Apa yang dapat dilakukan oleh anda
Bayi
Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan


Gejala - gejalav Peningkatan kekerapan membuang air besar.
v Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan
    abdomen.
v Terdapat angin atau kentut yang melampau.
v Kehilangan selera makan.
v Adakalanya demam.
v Adakalanya terasa mual dan muntah.
v Sakit otot.


Komplikasi
Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.
Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
v Kehilangan 5-10% berat badan.
v Gelisah dan mudah tersinggung.
v Mata terbenam.
v Ketidakhadiran air mata.
v Mengalami kekeringan mulut dan lidah.
v Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
v Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.

Pada dehidrasi yang teruk, pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
v Kehilangan lebih dari 10% berat badan.
v Keletihan dan mungkin hilang sedar.
v Mata adalah terlalu terbenam.
v Ketidakhadiran airmata.
v Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
v Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
v Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil
     beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali.
v Kekurangan jumlah air kencing.


Punca-punca cirit-biritv Meminum air yang tercemar.
v Memakan makanan yang tercemar.
v intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
v Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.


Punca-punca kronikApabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti :
v Penyakit  gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
v Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
v Penyakit-penyakit usus.
v Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-
     jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa
v Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
v Kecacatan penyerapan
v Selepas pembedahan
v Fistula dalaman
v Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
v Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
v Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
v Kanser
v Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik.
v Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
v Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu
    dan salur gastrousus.
v Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary tract
     condition, appendicitis etc.
v Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.
v Organic neurological diseases –e.g. intracranial disease.


Apa yang dapat dilakukan oleh anda
Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.
v Minum banyak air.
v Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
v Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
v Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau
     pisang yang dimasak.
v Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk
    dihadam.
v Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding
    dengan doktor anda.
v Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.


Bayiv Teruskan penyusuan bayi.
v Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral
    selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.
v Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
v Mantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
v Runding dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah,      atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis.


Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan
v Memeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan
     mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dll.
v Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral.
v Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan
     tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan
     organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.
v Ingatlah bahawa walaupun cirit-birt dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, ia
     tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi.
v Tabiat kebersihan makanan yang baik.
v Cuci tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum
     menyediakan dan mengendalikan makanan.
v Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas.
v Sediakan makanan di kawasan yang bersih.
v Tudungkan makanan yang telah dimasak.
v Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang
     telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.
v Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2013 09:45 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.132995 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list