CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7605|Reply: 12

Tekanan darah tinggi

[Copy link]
Post time 26-2-2013 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Hipertensi (atau tekanan darah tinggi) menggambarkan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah. Apabila tekanan darah diukur, terdapat 2 bacaan. Tekanan yang lebih tinggi, tekanan sistolik, adalah tekanan darah pada arteri semasa jantung sedang mengepam darah. Tekanan yang lebih rendah, dipanggil diastolik, adalah tekanan darah pada arteri  semasa otot jantung sedang berehat di antara dua denyutan. Apabila tekanan darah yang tinggi dikesan, ia biasanya memerlukan rawatan sepanjang hayat.


Jenis-jenis Hipertensi
1. Hipertensi Primer – Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca  peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah :-
    v Sejarah hipertensi dalam keluarga.
    v Kegemukan.
    v Pengambilan garam dan alkohol yang melampau.
    v Merokok
    v Tekanan yang melampau.

2. Hipertensi Sekunder – Bentuk ini, seperi yang digambarkan oleh namanya, adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/penyakit-penyakit yang lain seperti:-
    v Penyakit-penyakit Ginjal.
    v Penyakit-penyakit  Endokrin.
    v Disebabkan Ubat.
    v Kecacatan kelahiran.
    v Punca-punca lain.

Komplikasi-komplikasi
Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dimantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti :-
    v Strok – yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah.
    v Jantung – salur darah yang membekalkan otot-otot jantung disekat sepenuhnya.
    v Kegagalan jantung – jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukupnya.
    v Kerosakan Ginjal.
    v Kerosakan Mata.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapat hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut :-
    v Tekanan diastolik melebihi 90mm Hg.
    v Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari.
    v Tercungap-cungap.
    v Pandangan yang kabur.
    v Pendarahan di hidung yang sering berulang.
    v Sakit kepala yang berterusan.
    v Pening

Rawatan
Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.
Gaya Hidup yang sihat
    v Elak dari menjadi gemuk.
    v Kurangkan pengambilan garam, lemak dan gula.
    v Makan makanan yang seimbang dengan melebihkan bahagian buah-buahan, sayur-
        sayuran dan bijirin – bijirin.

    v Hadkan pengambilan minuman beralkohol kepada 1-2 minuman sehari.
    v Senam selalu tetapi jangan melakukannya secara melampau.
    v Belajar untuk beristirehat.
    v Periksa tekanan darah anda selalu. Jika umur anda melebihi 40 tahun, lakukannya
        setahun sekali atau lebih kerap jika hipertensi telahpun dikesan.

Tabiat-tabiat Untuk Diikuti
v Ingat untuk mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor
    anda.

v Baca label-label pada makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam.
v Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup
    yang sihat.


Elakkan
v Makanan yang tinggi lemak dan garamnya.
v Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium (sila tanya pegawai
    farmasi anda)

v Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda (sila tanya pegawai farmasi
    anda)

v Merokok.
v Miniman beralkohol.
v Kekurangan senaman.
v Kerisauan.
v Khuatir untuk berbincang dengan doktor anda mengenai gejala-gejala penyakit atau
    masalah-masalah berkenaan ubat-ubatan.

Ingat
Untuk selalu berunding dengan doktor anda
    v Sebelum memulakan perubatan untuk tekanan darah tinggi anda.
    v Mengurangkan atau meningkatkan sukatan-sukatan ubat.
    v Menukar perubatan anda.
    v Memberhentikan perubatan tekanan darah anda.

Jika anda mempunyai hipertensi, runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang lain memandangkan ia boleh saling tindak dengan rawatan perubatan tekanan darah tinggi anda.

Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi dengan sempurna.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2013 09:47 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 09:47 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 09:48 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 09:48 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 09:48 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-2-2013 09:48 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 09:49 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2013 09:49 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 09:49 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 09:49 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 09:50 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 06:42 PM | Show all posts
tuk kawal tekanan darah tinggi boleh amalkan supplement Garlic Complex dari Shaklee atau Garlic Tech dari Revell.
Produk berasaskan bawang putih amat baguz tuk tekanan darah dan kolestrol. sebiji sehari slpas makan cukup tuk amalan berterusan.
untuk info boleh klik di link di bawah. saya sendiri amalkan dan utk dpt ambil berterusan dan menjimatkan maka saya pon jadi ahli. saya berikan pada mak saaya dan dan adik saya yg ader migrain. harga pon murah dan mampu milik.

http://dzrevell.blogspot.com/search/label/GARLIC%20TECH - produk revell

http://dzladyzwardrobe.blogspot.com/search/label/GARLIC%20COMPLEX
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.567218 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list