CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1266|Reply: 0

Usah takut kesan kanser

[Copy link]
Post time 12-3-2013 08:03 AM | Show all posts |Read mode
Kanser payudara antara ancaman kepada wanita selepas kanser pangkal rahim, malah penyumbang utama kepada kadar kematian khususnya wanita berusia lebih 40 tahun.


Bagi setiap 100,000 wanita di dunia, 127 orang menderita kanser payudara manakala 25 kematian disebabkan kanser itu.


Di Malaysia, satu daripada 20 wanita berisiko mendapat kanser payudara.

Penyanyi era 80-an, Salamiah Hassan berkata, dia mengetahui dirinya menghidap kanser payudara ketika berusia 30 tahun.

“Saya hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu masyarakat sekeliling bersimpati. Anak saya pun tidak tahu sehingga mereka mengesyaki sesuatu.

“Satu ketika, selepas rawatan kemoterapi, saya terus masuk ke bilik tanpa berkata apa-apa kerana kesan daripada rawatan itu menyebabkan saya muntah.

“Dari situ anak-anak tahu saya melawan penyakit itu,” katanya.

Ketika itu timbul perasaan takut dan sedih, malah makin menebal selepas dia mengakses segala maklumat di Internet atau buku mengenai serangan kanser payudara.

“Pun begitu, melalui pembacaan, saya mendapat kekuatan dan bersedia meneruskan rawatan pemulihan,” tambah Salamiah yang popular dengan lagu Gelombang.

Katanya, bagi melawan kanser payudara, dia perlu kuat semangat dan membuang aura negatif.

“Jangan berputus asa dan selagi kita bernafas, selama itulah kita perlu berusaha menentang penyakit berbahaya ini agar sihat kembali.

“Minda perlu sentiasa positif dan bersemangat, apatah lagi ketika menjalani rawatan,” katanya.

Menurutnya, kanser payudara yang wujud dalam badannya dikenal pasti apabila terdapat ketulan yang tumbuh di bawah ketiak dan membesar dengan pantas sehingga menyebabkan tangannya kebas dan mendapat demam panas.

Apabila yakin dirinya mempunyai tanda kewujudan kanser, Salamiah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

“Menjalani rawatan pemulihan amat memenatkan kerana kesan kemoterapi menyebabkan saya muntah, rambut gugur, ulser di mulut selain tiada selera makan.

“Ia adalah pengalaman yang menyakitkan, namun keadaan itulah yang perlu saya tempuhi untuk pulih sepenuhnya daripada kanser,” kata wanita berusia 61 tahun ini.

Perkara yang menguatkan dirinya untuk meneruskan rawatan apabila doktor memaklumkan kansernya masih pada peringkat awal (tahap satu) dan peluang untuk sembuh adalah tinggi.

Justeru, Salamiah menyeru wanita di Malaysia berani dan membuang rasa takut melakukan pemeriksaan awal.

Sesuatu yang merugikan jika setiap wanita terus meletakkan persepsi melakukan pemeriksaan awal melalui beberapa kaedah terkini seperti mammogram menyakitkan.

“Lakukan pemeriksaan awal untuk mengetahui tahap kesihatan diri dan langkah yang harus diambil selanjutnya.

“Jika terdapat tanda yang meragukan di tubuh, segeralah mendapat rawatan,” katanya.

Salamiah yang sudah pulih sepenuhnya daripada serangan kanser payudara mendakwa, adakalanya dia lupa dirinya pernah menghidap kanser melainkan jika terbaca di dada akhbar mengenai penyakit kanser.

“Saya masih menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan tahap kesihatan baik,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.035287 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list