Adakah anda atau ahli keluarga anda salah seorang pesakit nefrotik sindrom? Mesti banyak perkara yang anda nak tahu tentang nefrotik sindrom.
Dan diantara perkara yang perlu anda ambil perhatian apabila disahkan sebagai nefrotik sindrom, ialah soal diet. Dalam artikel ini, saya kongsikan dengan anda sedikit info berkaitan dengan diet untuk pesakit nefroitk sindrom.
Diet Untuk Pesakit Nefrotik Sindrom diet yang rendah protein antara yang dicadangkan untuk pesakit nefrotik sindrom
Satu pelan diet yang terancang, mampu untuk menggantikan protein yang hilang dan memastikan pengambilan dan penggunaan protein yang cekap melalui penyediaan kalori yang mencukupi.
Perubahan diet juga boleh membantu mengawal hipertensi, edema dan hiperlipidemia, dan juga melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang.
Protein: Diet yang tinggi kandungan protein adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menggalakkan kerosakan pada nefron, yang menjadi punca utama berlaku penurunan pada fungsi buah pinggang. Kehilangan protein dikalangan pesakit nefrotik sindrom, adalah disebabkan oleh peningkatan katabolisme, bukan disebabkan pengurangan dalam sintesis protein, oleh itu diet rendah protein yang boleh menurunkan tahap katabolisme, berkemungkinan lebih bermanfaat.
Jumlah optimum pengambilan protein di dalam diet perlu untuk menghalang protein katabolisme dan perkembangan penyakit buah pinggang dari berkembang menjadi bertambah teruk.
Satu cadangan yang biasa ialah 0.6 gram protein per kilogram dari jumlah berat badan yang ideal, penyesuaiannya bergantung pada kadar penurasan glomerulus, atau GFR, dan status pemakanan, ditambah gram untuk menggantikan jumlah protein yang keluar melalui air kencing.
Diet vegetarian adalah diet yang biasa akan dicadangkan untuk menurunkan paras lipid. Diet ini juga menawarkan satu cara penyediaan yang mudah, dan tidak berlebihan kandungan protein.
Natrium(sodium) dan cecair: Jumlah pengambilan natrium dihadkan kepada 1-3 gram setiap hari adalah jumlah yang dicadangkan. Cadangan ini bertujuan untuk mengawal edema dan hipertensi. Ubat diuretik juga boleh digunakan. Sekatan untuk pengambilan cecair pula tidak sesuai melainkan jika telah berlaku kegagalan buah pinggang.
Lipid: Diet yang mengandungi rendah kandungan lemak tepu dan kolestrol, dan digabungkan pula dengan kehilangan berat badan yang berlebihan, adalah diet yang dicadangkan. Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Kebanyakan doktor atau pakar kesihatan mencadangkan supaya menghadkan pengambilan kolestrol kurang daripada 300 miligram setiap hari dan pengambilan lemak kepada 30 peratus daripada kalori. Bagaimanapun kajian telah membuktikan bahawa cadangan-cadangan pengambilan diet di atas hanya membawa kepada penurunan asid lemak yang minimum.
Diet vegetarian yang rendah lemak adalah lebih berkesan untuk pengawalan asid lemak dan biasanya akan membawa kepada pembalikan penyakit atherosclerotic. Ubat untuk merendahkan kolestrol boleh digunakan sebagai tambahan jika diperlukan.
Satu kajian yang dilakukan selama 8 minggu ke atas 13 lelaki dan 7 wanita yang mempunyai hiperlipidemia dan nefrotik sindrom, menunjukkan bahawa diet vegetarian dapat mengurangkan kolestrol, trigliserida dan fosforus.
Tenaga: Pengambilan kalori yang betul sepatutnya dapat mencapai dan mengekalkan berat badan ideal dan mengekalkan keperluan protein yang mencukupi. Makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks sepatutnya boleh menyediakan keperluan kalori yang mencukupi.
Makanan tambahan: Pesakit yang mempunyai nefrotik sindrom selalunya akan rendah vitamin B dan zat besi. Dan keduanya dapat diperolehi melalui pengambilan makanan tambahan. Sebagai tambahan, apabila satu bahagian penting dari serum kalsium adalah pengikat protein, ia cenderung untuk menjadi rendah apabila serum protein dikurangkan.
Tiada perubahan rutin yang diperlukan untuk pengambilan potassium, tetapi kehilangan potassium yang disebabkan oleh hiperaldosteronisme sekunder mungkin memerlukan penggantian.
Nilai-nilai klinikal di bawah perlu diberikan perhatian dan dipantau: - Serum albumin dan jumlah protein
- Protein di dalam urin
- GFR
- Diet protein, lemak dan kolestrol
- Berat harian
- Serum lipid
|