CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2991|Reply: 0

Berapakah Jumlah Pengambilan Air Untuk Pesakit Dialisis?

[Copy link]
Post time 20-3-2013 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Dialisis adalah satu rawatan yang biasa dilakukan, terutamanya jika anda merupakan pesakit kegagalan buah pinggang. Terdapat banyak perkara yang perlu anda ketahui jika anda seorang pesakit yang mengalami kegagaln buah pinggang, terutamanya tentang pengambilan air.

Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda tentang jumlah pengambilan air yang dibolehkan untuk pesakit yang menjalani rawatan dialisis. Harapan saya agar artikel ini dapat membantu proses rawatan dialisis anda.

Apabila buah pinggang anda semakin menghampiri kepada peringkat kegagalan dalam fungsinya, jumlah penghasilan urin akan semakin menurun. Dan pengeluaran urin akan berhenti sepenuhnya apabila anda telah menjalani rawatan dialisis melebihi 6 bulan.

Oleh itu apabila anda mengambil air terlalu banyak, ia akan menyebabkan tubuh badan akan menjadi bengkak. Selain itu tekanan darah juga akan meningkat. Pembengkakan pada tubuh badan juga akan menyebabkan bebanan pada jantung anda dan sekaligus akan meningkatkan risiko kegagalan jantung.

Pengambilan air yang terlalu banyak juga akan menyebabkan paru-paru anda bermasalah dan sekaligus menyukarkan pernafasan anda. Jadi nampakkah anda bahawa jumlah pengambilan air untuk pesakit dialisis adalah sangat penting untuk diberikan perhatian.

Jumlah pengambilan air yang dibenarkan diantara pesakit-pesakit dialisis mungkin berbeza.

Jumlah pengambilan air harian yang dicadangkan berdasarkan kepada jumlah penghasilan urin dalam tempoh 24 jam, jumlah lebihan air yang jelas kelihatan pada tubuh badan yang bengkak, jumlah berat badan yang diperolehi diantara tempoh rawatan dialisis, apakah pesakit mempunyai masalah jantung dan juga jumlah pengambilan garam harian.

Secara umumnya, jumlah biasa pengambilan garam yang ditetapkan dalam sehari untuk pesakit hemodialisis adalah antara 1000mg hingga 1200mg. Untuk jumlah pengambilan cecair pula, kebanyakan ahli nefrologist mencadangkan agar pesakit hemodialisis menghadkan jumlahnya kepada 1000 hingga 1500ml (33 hingga 50 auns).

Sebagai contoh, jika buah pinggang anda berfungsi pada tahap yang amat terhad, doktor akan mencadangkan agar anda jangan melebihi 1500ml setiap hari, atau bersamaan dengan 40 oz  atau 5 cawan.

Jika buah pinggang anda berfungsi dengan baik, doktor akan membenarkan anda mengambil air sehingga 2000ml, yang mana bersamaan dengan 67 oz atau 8 1/3 cawan.

Dialisis sepatutnya tidak dijadikan sebagai pelan untuk jangka masa panjang. Ini kerana seperti yang saya sebutkan di atas, apabila anda telah menjalani rawatan dialisis lebih dari 6 bulan, tiada lagi air kencing yang akan keluar, yang bermaksud bahawa buah pinggang anda telah berhenti berfungsi sepenuhnya.

Dalam kes sebegini, pemindahan buah pinggang merupakan jalan terakhir untuk pesakit kegagalan buah pinggang. Ingatlah bahawa dialisis tidak dapat merawat buah pinggang anda yang telah rosak itu, tetapi hanyalah membantu untuk meneruskan kehidupan anda setakat yang mampu.

Ingatlah juga bahawa air kencing yang keluar setiap hari dari tubuh badan anda itu membawa harapan yang besar dalam kehidupan. Apabila air kencing telah berhenti keluar, ia bermaksud buah pinggang anda yang sangat bernilai itu sudah tiada dan tidak dapat melakukan lagi tugasnya yang penting.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.043063 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list