CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34377|Reply: 0

3 Ujian Mudah Untuk Mengesan Penyakit Buah Pinggang

[Copy link]
Post time 21-3-2013 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Tahukah anda bahawa Di Malaysia, lebih 12,000 pesakit buah pinggang kronik yang sedang menjalani dialisis berada dalam senarai menunggu untuk pembedahan pemindahan buah pinggang – jumlah yang terlalu banyak jika dibandingkan dengan organ yang diterima.

Malah ramai lagi termasuk anda sebenarnya sangat berisiko untuk mendapat penyakit buah pinggang. Dan yang paling mendukacitakan ialah kebanyakan dari mereka ini tidak tahu tentang risiko tersebut.

Sebagai blog bahasa melayu perintis tentang penyakit buah pinggang, artikel kali ini saya ingin kongsikan dengan anda, pembaca setia saya, 3 ujian mudah yang boleh dan patut anda lakukan untuk mengesan apakah anda mempunyai penyakit buah pinggang atau tidak.

Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi telah dikenalpasti sebagai punca kedua paling tinggi menyebabkan berlakunya kerosakan buah pinggang. Tekanan darah tinggi juga boleh berlaku disebabkan oleh penyakit buah pinggang. Kesimpulannya tekanan darah tinggi boleh menjadi sebab atau akibat.

Jika bacaan tekanan darah tinggi anda ialah 140/90 atau lebih, maka anda dikatakan mempunyai tekanan darah tinggi. Jika anda mempunyai diabetis atau penyakit buah pinggang, bacaan yang disyorkan ialah bawah daripada 130/80. Adalah penting untuk anda memastikan agar tekanan darah anda terkawal bagi mengurangkan risiko anda mendapat penyakit buah pinggang, jantung, penyakit saluran darah dan strok.

Urinalisis

Urinalisis adalah satu ujian untuk memeriksa sampel air kencing anda bagi melihat jumlah protein, darah (sel darah merah dan putih), dan perkara-perkara lain. Protein dan sel darah merah atau putih sepatutnya tidak ditemui di dalam air kencing anda. Jadi sekiranya wujud protein atau sel darah merah/putih, ini menunjukkan mungkin buah pinggang anda bermasalah.

Mempunyai kandungan protein adalah tanda-tanda awal yang menunjukkan buah pinggang anda bermasalah, terutamanya jika anda mengidap diabetis. Beberapa ujian lain juga boleh dilakukan untuk melihat kehadiran protein di dalam urin.

Salah satu ujian tersebut ialah menisbahkan kandungan protein kepada kreatinin. Kaedah ini adalah yang paling tepat untuk mengukur jumlah protein di dalam air kencing. Sekiranya keputusan ujian menunjukkan 200mg/gm atau kurang, maka ia adalah normal.

Sebaliknya jika keputusan menunjukkan 200mg/gm atau lebih, maka ianya dikira tinggi. Satu lagi ujian, iaitu albumin yang dinisbahkan kepada kreatinin, adalah sesuai kepada mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit buah pinggang, mereka yang mempunyai kencing manis, tekanan darah tinggi, atau sejarah keluarga yang mengidap diabetis, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang

Nilai yang menunjukkan kurang daripada 30mg/gm adalah normal untuk ujian albumin yang dinisbahkan kepada kreatinin, jika sebaliknya maka ianya dianggap tinggi dan mungkin salah satu dari tanda-tanda penyakit buah pinggang.

Dengan melakukan salah satu dari ujian ini, anda tidak perlu untuk mengumpul sampel air kencing selama 24 jam.

GFR

GFR dianggarkan daripada keputusan ujian serum (atau darah). Ianya dilakukan untuk menilai sebaik mana buah pinggang anda mengeluarkan sisa-sisa buangan yang tidak diperlukan daripada badan.

Ianya adalah cara terbaik untuk melihat fungsi buah pinggang anda. Ujian serum (atau darah) tidak sesuai untuk melihat fungsi buah pinggang. GFR dikira menggunakan serum kreatinin dan juga faktor-faktor lain, contohnya umur dan jantina.

Pada peringkat awal penyakit buah pinggang GFR mungkin berada pada tahap yang normal. Nilai 60 atau lebih adalah normal (GFR akan berkurangan mengikut usia). Jika nilai GFR adalah kurang dari 60, berkemungkinan ia menunjukkan buah pinggang anda bermasalah.

Cuba berbincang dengan doktor anda tentang ujian GFR. Sekiranya anda berisiko untuk mendapat penyakit buah pinggang (mempunyai diabetis, tekanan darah tinggi, atau sejarah keluarga yang mempunyai diabetis, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang), anda perlu mengetahui jika anda mempunyai penyakit buah pinggang.

Cuba bertanya kepada doktor anda tentang ketiga-tiga ujian ini. Ia sepatutnya dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini kerana jika anda mempunyai penyakit buah pinggang diperingkat awal, ia boleh dirawat dengan segera. Ingat, penyakit buah pinggang perlu dirawat pada peringkat awal bagi mengelakkan ianya bertambah teruk.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.297540 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list