View: 31203|Reply: 96
|
BALISTIK [ROSYAM NOR,ADI PUTRA,RITA RUDAINI]
[Copy link]
|
|
Rosyam Nor: Bajet Balistik Mencecah RM3 Juta KUALA LUMPUR, 13 JULAI 2012: Selepas 6 tahun tidak menerbitkan filem, pelakon dan penerbit terkenal, Rosyam Nor Shamsuddin atau Rosyam Nor menerusi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd bangkit menerbitkan filem Balistik. Mendapat kerjasama syarikat produksi Asia Tropical Films (ATF) yang sebelum ini banyak menerbitkan filem dari Hong Kong, produk filem terbaru Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini turut mempertaruhkan bakat seni berwibawa iaitu Adi Putra dan Rita Rudaini sebagai teraju utamanya. Menyentuh mengenai jumlah bajet yang digunakan, Rosyam Nor berharap soal wang ringgit tidak akan dibahaskan serta dijadikan isu utam, a sebaliknya ia ingin menitik beratkan kerjasama terulung antara produksi Melayu dan Cina. "Terus-terang, bajet yang disediakan untuk membuat filem ini adalah sebanyak RM3 juta. Sungguhpun begitu, kami akan berusaha mengurangkan bajet tersebut mengikut kesesuaian. "Pun begitu, saya banyak memberikan kebebasan kepada Silver untuk menentukan sejumlah bajet yang diperlukan dalam filem ini kerana ia banyak mempamerkan babak-babak letupan. "Menghasilkan babak letupan bukanlah satu perkara yang mudah. Malah, ia terpaksa menggunakan perbelanjaan yang amat besar dan mahal. Sebab itulah kos pembikinan membuat filem ini sangat besar. Setakat ini, sudah lebih 6 hari kami memulakan penggambaran dan ianya bakal berakhir pada 6 Ogos ini," katanya. Jelas Rosyam lagi, selain mempertaruhkan Adi Putra & Rita Rudaini, filem ini turut menampilkan penglibatan artis Cina tempatan yang paling popular iaitu Jack Lim. "Malah, kami turut menggunakan khidmat penasihat aksi lagak ngeri dari Hong Kong iaitu Loy Fat," katanya kepada murai.com.my. Selain penerbit, Rosyam turut menjadi tunjang utama dan memegang watak sebagai Saga iaitu seorang pembunuh upahan. Filem ini turut menampilkan pelakon lain seperti Tania Hudson, Rykarl, Jeff, Marissa Yasmin, Dato' Rahim Razali dan Gan Mei Yan.
Last edited by eddlisa_uyuk on 5-4-2013 10:34 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Balistik Gabungkan Pelakon Popular Melayu & Cina
Oleh:Editorial MH
Tarikh: 12 Julai 2012
Suhan Movies, produksi milik pelakon terkenal, Rosyam Nor kembali memeriahkan industri perfileman tempatan apabila memperkenalkan filem terbarunya berjudul, Balistik.
Balistik merupakan sebuah filem aksi yang mengangkat tema gangsterism dengan suntikan drama dan kasih sayang selain membawa mesej tersendiri kepada penonton tempatan.
Filem ini akan dibarisi oleh pelakon-pelakon popular seperti Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl, Dato' Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan.
Rosyam Nor nyata optimis dengan filem ini berdasarkan kelainan yang dibawakan selain menyambung kesinambungan di atas kejayaan filem terdahulunya iaitu Castello sebelum ini.
Sinopsis
Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).
Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.
Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.
Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.
Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.
Balistik bukan saja membariskan pelakon terkenal dengan lakonan yang hebat, malah filem ini turut mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism yang penuh drama dan air mata.
|
|
|
|
|
|
|
|
ROSYAM NOR PUJI LAKONAN ADI PUTRA
13 Julai 2012-RAMAI sedia maklum mengenai status pelakon berbakat Adi Putra yang masih menunggu pengesahan mendapatkan status Penduduk Tetap (PR) yang sudah dikemukakannya enam tahun lalu. Ia nyata berbeza dengan rakan senegara, Aaron Aziz yang membuat permohonan Ogos tahun lalu dan berjaya mendapat status itu pada Jun lalu.
“Itu hak jabatan kerajaan terbabit untuk membuat keputusan dan saya hanya ikut prosedur yang ditetapkan iaitu perlu menunggu enam tahun untuk mendapatkan taraf PR. Saya perlu bersabar walaupun sudah 10 tahun tinggal di Malaysia, nikah pun sudah tujuh tahun.
“Saya tidak kecewa atau terkilan atau cemburu kerana rezeki masing-masing. Saya masih boleh bekerja seperti biasa dan tiada siapa yang mengganggu apa yang saya lakukan sekarang.
“Selama di sini, saya tidak pernah berdepan dengan sebarang masalah. Apabila membabitkan soal kerja, saya bekerja seperti biasa mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada di negara ini.
“Saya bersyukur selama 10 tahun berada di negara orang (Malaysia) saya tidak pernah timbulkan masalah,” jelas Adi tenang.
Ditanya mengenai perkembangan terbaru permohonan PR, Adi enggan memberi komen lanjut malah menjelaskan isu pengesahan PR kepada Aaron lebih awal berbandingnya adalah susulan situasi mereka berbeza.
“Saya ingin tekankan di sini bahawa kes saya dengan Aaron adalah dua perkara berbeza. Walaupun kami dari negara sama, kami berada dalam kategori berbeza. Kes saya berbeza kerana saya berkahwin dengan rakyat Malaysia. Dan untuk memohon taraf PR perlu minimum lima tahun berada di sini,” kata Adi yang baru pulih daripada masalah rumah tangga dengan isterinya, Aida Yusof.
Baginya, selagi dia perlu menunggu untuk mendapatkan pengesahan, dia akan terus menunggu kerana soal masa bukan menjadi isu. Apatah lagi apabila melihat jumlah permohonan yang agak banyak daripada mereka yang memohon perkara sama, mungkin menjadi sebab dia perlu bersabar.
Enggan mengulas lanjut mengenai isu itu, Ady lebih selesa berbicara mengenai watak polis yang bakal digalas dalam filem terbaru terbitan Suhan Movies dan Asia Tropical Film (ATF) berjudul Balistik.
“Ini kali pertama saya memegang watak polis. Tahap intelektual watak Inspektor Nizam dalam filem ini sangat berbeza dan saya perlu tonjolkan dirinya berbeza dengan watak-watak polis yang pernah dimainkan dalam drama atau filem sebelum ini.
“Watak Nizam 'simple' tapi tatasusilanya, pembawakan dan peribadinya agak mistik. Saya lebih banyak bermain dengan dalaman untuk membawa watak ini. Filem ini adalah filem aksi yang menekankan fokus yang tinggi bukan secara fizikal seperti mana pernah dilakonkan dalam filem lain sebelum ini.
Sempat RS bayangkan kehebatan Adi Putra begini :-)
“Balistik membabitkan banyak aksi menembak. Hampir 55 peratus daripada babak ialah adegan tembak menembak menggunakan senjata,” katanya yang sudahpun menjalani penggambaran sejak dua minggu lalu.
Selain Ady, pelakon lain yang terbabit ialah Rosyam Nor, Rita Rudaini, Jack Lim, Datuk Rahim Razali, Raykal Iskandar, Tania Hudson dan Marissa Yasmin.
Pada majlis perasmian filem itu, Ady mendapat pujian menggunung daripada Rosyam malah penerbit itu sempat melabel aktor kelahiran Singapura itu penggantinya sebagai pelakon filem berkaliber di masa depan.
Ady berkata, pujian Rosyam mengenai bakat lakonannya sebelum ini sebenarnya menakutkan. Ini kerana bagi aktor itu, pujian itu bermakna dia perlu memikul satu tanggung jawab yang sangat berat.
“Saya tidak bangga apabila Rosyam memuji bakat lakonan saya tapi takut sebab sebenarnya agak sukar untuk menerima dan keyakinan orang lain. Ia juga bermakna mereka meletak harapan yang sangat tinggi pada kerja saya,” kata Ady ringkas.
Filem yang menelan belanja RM3 juta mendapat sentuhan pengarah aksi tidak asing, Silver di samping turut mendapat khidmat pengarah aksi Hong Kong, Loy Fat yang pernah bekerjasama dengan banyak filem aksi Hong Kong dan Taiwan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SIAPA 2 LELAKI ISTIMEWA DALAM HIDUP RITA? | Wednesday, 11 July 2012 02:24 |
Rita bergandingan dengan Adi Putra dalam filem 'Balistik' Pelakon Rita Rudaini berkata dia tidak boleh hidup tanpa dua lelaki kesayangannya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia setahun. Kedua putera hasil perkongsian hidup bersama suami Aidil Zafuan, 26, kini menjadi keutamaan juga kekuatan bagi ibu berusia 36 tahun ini. Meskipun hakikatnya kemerlut rumah tangga yang di hadapi bersama bintang bola sepak kebangsaan itu belum pun berkesudahan, Rita memberitahu dia menjalani kehidupan sambil membesarkan dua anaknya, sudah cukup membahagiakan pelakon drama Selamat Datang Anak-Anak Suamiku ini. . "Syukur, saya berasa gembira dengan kehidupan sekarang. Selepas menghadapi bermacam dugaan yang berat selama empat tahun ni, tapi Allah memberi saya ketenangan. Inilah saat paling bahagia buat saya apatahlagi bersama anak-anak," kata Rita ketika ditemui di majlis pelancaran filem Balistik di hotel Holiday Villa Subang, semalam.
"Kalau nak pergi mahkamah tu, dah rasa macam nak pergi shopping," tambahnya sambil memberi gambaran betapa bahagia hidupnya sekarang.
Demi memastikan anak-anak tidak terabai, Rita menetapkan waktu kerjanya hanya sehingga jam 10.30 malam. Sementara sepanjang dia keluar menjalani penggambara, Rayyan dan Arjuna akan ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh.
"Allhamdullillah pihak produksi memahami keadaan saya. Kalau shooting, mereka memberi pelepasan pada saya jam 10.30 malam. Setiap hari ada pengasuh yang menjaga mereka mulai jam 9 pagi.
"Kalau misalnya saya shooting di luar Kuala Lumpur, saya akan membawa anak-anak sekali dan kami akan menginap di hotel. Kami jarang duduk di rumah. Kalau ada masa lapang, kami bertiga akan keluar bersiar-siar," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, berkongsi pengalamannya semasa mengerjakan umrah baru-baru ini, Rita memberitahu sepanjang di tanah suci Mekah, dia tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga dan
"Saya berdoa pada Allah seandainya dia (Aidil) baik untuk saya, dekatkanlah dia kepada saya. Sekiranya buruk untuk saya, jauhkanlah daripada saya",
Berkawin Dengan Pembunuh Upahan .
Sementara itu, menyentuh mengenai kerjaya, Rita sekarang sibuk menjalani penggambaran filem Balistik. Dalam filem aksi-drama itu, Rita memengang watak Salina yang merupakan suami kepada seorang pembunuhan upahan Saga (lakonan Rosyam Nor). Mereka dikurniakan anak, Rykarl. Namun berlaku konflik dalam rumah tangga mereka sehingga menyebabkan Salina ditinggalkan Saga. Enam tahun kemudian, Salina muncul dalam hidup Saga dan Rykarl. Bagaimanapun Salina sudah berkahwin dengan seorang inspektor polis bernama Nizam (lakonan Adi Putra) yang juga merupakan teman baik Saga sewaktu kecil.
"Selama ini saya bukannya tidak mahu berlakon filem ataupun tidak ditawarkan. Ada tawaran cuma saya memilih. Tapi apabila Rosyam tawarkan watak ni pada saya, saya percaya padanya. Sebab sebelum ini jikalau saya berlakon dalam drama terbitan produksinya, saya tahu ada sesuatu kelainan yang diberikan pada watak yang saya jiwai", jelasnya apabila diminta mengulas kenyataan dia kerap digandingkan bersama Rosyam baik dalam drama-drama dan kali ini pula menerusi filem terbitan syarikat pelakon yang mendapat gelaran 'Hero Malaya' itu.
|
Last edited by jue7269 on 5-4-2013 12:03 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
wah pas ni bole meroyan ngn inspektor nizam plak |
|
|
|
|
|
|
|
check in....sarjan moller masuk nih
nk jumpa inspektor nizam
|
|
|
|
|
|
|
|
check in...
inspektor nizam nak buat report... |
|
|
|
|
|
|
|
Semua nk jd inspektor nizam, sp plak yg nk jd Saga? X pun Salina (mesti ramai yg nk jd) |
|
|
|
|
|
|
|
jue7269 posted on 5-4-2013 12:26 PM
Semua nk jd inspektor nizam, sp plak yg nk jd Saga? X pun Salina (mesti ramai yg nk jd)
iols jadi salina lar kak jue..boleh feluk2 abam nizam
|
|
|
|
|
|
|
|
cikuzz posted on 5-4-2013 12:31 PM
iols nak repot kecurian hati la uols...
sapa curik hati uols.... inspektor nizam ke abam nal?
|
|
|
|
|
|
|
|
cikuzz posted on 5-4-2013 01:31 PM
buat mase ni abam nal lar xleh lawan la ade abam wahyu pun.... tapi tatau la pasni abam nizam la ...
hahaha.....abam nal always no.1
|
|
|
|
|
|
|
|
cikuzz posted on 5-4-2013 12:27 PM
iols jadi salina lar kak jue..boleh feluk2 abam nizam
Amboi....hangpa mmg gatai....
|
|
|
|
|
|
|
|
..check in...check in...tinggg tonggg.....ooohh...padan la tinggalkan iols sorang2 terapung2 kat sungai tu....kat sini tuanya uols menyenah....dengan abam nizam kena tukar pakai apron la kot you alls...apron mini tu...dengan garters...perghh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|