CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2636|Reply: 0

AxRock pilih ‘jiwang, rock kapak’

[Copy link]
Post time 13-4-2013 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Dalam usaha mengekalkan lagu berirama ‘jiwang’, AxRock muncul dengan lagu mereka yang berjudul Usah Kau Kembali dan Sujud. Sesuai juga dengan nama mereka AxRock, kumpulan yang turut dianggotai oleh bekas anggota Success dan Desire-X ini memuja lagu berkonsepkan ‘rock kapak’.


Biarpun AxRock baru ditubuhkan pada 15 Januari lalu, kumpulannya yang dianggotai  Ahmad Nordi Nayan (Nodi) selaku vokalis, Zulkifli Abdullah (Key / pemain gitar utama), manakala Ridzuan Hazelan (E-One/ bass) dan Zulkafli Che Hassan (Aju/ gitar/ vokalis kedua) serta Nazaruddin Azmi (Din/ dram) ini pantas meraih perhatian. E-One dulu adalah bekas anggota Desire-X sementara Aju pula pernah bersama Success.




Hasil gigih untuk me­ngorak langkah, Nodi pernah menjuarai pertandingan Battle of The Bands sebanyak dua kali iaitu di Lanchang dan Dataran Kejad Kerayong, Pahang tidak lama dulu.

Malah, AxRock juga membuat persembahan sulung mereka ketika Pesta Belia Bersama Jabatan Pertahanan Awam anjuran Astro di Tumpat, Kelantan pada 16 Februari lalu.

“Aju tidak dapat bersama kami pada hari ini (sesi fotografi dengan RAP) kerana dia terbabit dengan persembahan di Kok Lanas, Kelantan. Kami sentiasa menghargai pembabitan Aju kerana dia sudi bergandingan menyertai AxRock.

“Kalau hendak diceritakan mengenai idea, ilham lagu Usah Kau Kembali tercetus apabila seorang wanita datang berkongsi sejarah silamnya bersama saya.

Di situ juga saya mendapat ilham untuk mencipta lirik berdasarkan kisah lampau dalam hidupnya itu,” kata Nodi.

Menurutnya, lagu kedua yang didendangkan Aju, Sujud pula adalah hasil lirik ciptaan Satri Mega, berkonsepkan ketuhanan. Ia turut memberi harapan kumpulan mereka untuk melangkah ke hadapan dan mencuri perhatian penyampai radio.

Selari dengan zaman kegemilangan rock kapak yang mahu dikekalkan, AxRock bakal menampilkan empat lagu ‘slow rock’ yang segar.

“Kalau dilihat melalui perubahan genre muzik pada zaman sekarang, ia memanglah banyak perbezaannya. Namun kami tetap sukakan lagu jiwang kerana masih ada pengikut yang ramai dan memberi perasaan yang berbeza khususnya mereka yang hangat bercinta atau putus cinta.

“Tidak kira umur, mereka yang gemar suka karaoke semestinya memilih lagu rock zaman 1990-an. Dari situlah kami mendapat inspirasi untuk mengekalkan lagu sedemikian dalam album kami,” katanya.

Menurutnya lagi, kepercayaan sesama sendiri juga menjadi pendorong untuk mengukuhkan lagi kumpulannya mencipta fenomena suatu hari nanti.

“Kami sentiasa mencari masa bersama untuk berlatih di Key Studio Record (KSR) bagi menghasilkan lagu yang berkualiti.

Bukan semua orang dapat menerima irama dan lagu jiwang pada zaman sekarang tetapi muzik dan lagu yang bagus semestinya mendapat tempat di hati pendengar.

“Harapan kami agar AxRock dapat diterima peminat tanah air dan kami akan terus berusaha untuk menjaga mutu persembahan serta nyanyian untuk peminat yang menyokong kami,” ujarnya.

Selain itu, AxRock juga bakal menghasilkan video muzik lagu Usah Kau Kembali dan Sujud di Kubang Kerian, Kota Bharu, tidak lama lagi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.037461 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list