View: 5305|Reply: 6
|
Fakta tentang Jeragat dan Kulit
[Copy link]
|
|
- Sejenis penyakit kulit.
- Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag;
- Seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
- Melasme - tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
- Skin Tag - Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher.
- Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor.
- Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim.
- Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat.
Kulit
- Kulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.
- Kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat.
- Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.
- Vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit.
- Asid lemak (EFAs) penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan kulit, penting bagi mengatasi masalah kedutan dan kering.
- Kandungan air penting untuk kelembapan kulit.
- Kulit manusia terbahagi kepada dua lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.
- Secara saintifik, kulit mengawal suhu badan, menyimpan air, lemak dan vitamin D.
- Kulit yang terdedah pada cahaya matahari menghasilkan pigmen melanin yang berlebihan untuk melindungi daripada pancaran UV sehingga menyebabkan pigmentasi.
- Masalah tekanan seperti eczema akan merosakkan kulit.
Penjagaan kulit
- Kulit harus dibasuh, dilindungi dengan krim pelembap dan pelindung matahari.
- Lindungi kulit daripada sinaran matahari dari jam l2 tengah hari sehingga 4 petang.
- Gunakan krim tabir suria dengan SPF15 dan ke atas.
- Jika bersolek, gunakan kosmetik dengan pelindung sinaran matahari SPF15 dan ke atas.
- Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.
- Gunakan krim pelembap untuk mencegah kekeringan kulit.
- Cahaya matahari yang mengandungi sinaran UV mempercepatkan proses penuaan dan pigmentasi, elakkan kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada tak krim utk cpt hilang jeragat |
|
|
|
|
|
|
|
dinosour_27 posted on 20-4-2013 10:53 PM
ada. pm saya
mengelupas tak???
|
|
|
|
|
|
|
|
pm akakk jgk, krim jeragat ehh |
|
|
|
|
|
|
|
setau aku jeragat ni mmg takkan ilang. kalau pakai krim2 tu semua cuma utk lighten kan sikit jeragat tu |
|
|
|
|
|
|
|
betul tp lama kelamaan akan hilang .experience mak chek la. Mak chek ni isteri tentera so dulu main panas pasal aktive sangat . muka dia memg jeragat setompok pas tu mcm2 krim dan benda yang dia guna . mula-mul Olay , pas tu dia pakai krim kunyit ini product mmg bagus chek habaq mai dari india . mmg kunyit -kuning muka tu sat dia tonyok mlm-mlm , chek pun ada pakai juga sikit, he..he..he... pas tu skrg ni dia pakai apple stem dan mmg lama kelamaan hilang dan kulit dia pun dah lembab sikit. skrg dia rekomen kat kenkawan pakai benda yg sama ...alhamdulillah... chek ada gak cuba alhamdulillah jeragat tu makin kurang dah..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|