View: 12570|Reply: 8
|
Bengkak kelenjar tiroid
[Copy link]
|
|
TIROID merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum. Ia menghasilkan sejenis hormon yang berfungsi mengawal hal-hal berkaitan metabolisme - dari kadar degupan jantung ke kelajuan tubuh membakar kalori.
Perkataan goiter berasal daripada perkataan Latin guttur yang bermaksud kerongkong.
Goiter terjadi apabila kelenjar tiroid anda membengkak. Walaupun tidak mendatangkan ketidakselesaan, goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan, kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.
Sebelum abad ke-20, goiter lazimnya disebabkan oleh kekurangan iodin di dalam diet yang berpunca daripada tanah tempat tinggal penduduk yang tidak mengandungi iodin.
Tanpa iodin yang secukupnya di dalam diet, tiroid tidak berupaya menghasil dan membebaskan dua hormon mengandungi iodin yang diperlukan oleh tubuh anda.
Pada tahun 1920, penyakit goiter semakin berkurangan selepas garam yang sedia diiodin diperkenalkan di Amerika Syarikat.
Dr. Abd. Hamid berkata, lazimnya, kelenjar tiroid anda menghasilkan dua hormon iaitu tiroksina dan triiodotironin (T3), yang beredar di dalam aliran darah dan membantu mengawal metabolisme.
"Ia mengekalkan kadar tubuh anda menggunakan lemak dan karbohidrat, membantu mengawal suhu tubuh badan, mempengaruhi kadar degupan jantung dan membantu mengawal penghasilan protein.
"Kelenjar tiroid turut menghasilkan kalsitonin iaitu sejenis hormon yang mengawal jumlah kalsium di dalam darah,'' ujar beliau sambil menambah, kelenjar pituitari dan hipotalamus mengawal kadar hormon-hormon ini dihasilkan dan dibebaskan.
Proses ini bermula apabila hipotalamus - satu kawasan di bahagian dasar otak yang berfungsi sebagai termostat untuk sistem tubuh secara keseluruhannya, memberikan isyarat kepada kelenjar pituitari untuk menghasilkan hormon yang dikenali sebagai hormon perangsang tiroid (TSH).
Menurut Dr. Abd. Hamid, apabila seseorang mempunyai penyakit tiroid goiter, ia tidak bermakna kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon secara normal.
"Walaupun apabila tiroid anda dibesarkan, ia mungkin menghasilkan jumlah hormon yang berada di bawah paras normal, normal ataupun melebihi paras normal.
"Pembesaran kelenjar boleh menjadi serupa (diffuse goiter) atau kelenjar mungkin membesar disebabkan terdapat satu atau lebih nodul (nodular goiter),'' katanya.
Nodul-nodul ini merupakan ketulan-ketulan yang terdapat di dalam kelenjar tiroid yang normal.
Terdapat juga punca-punca pembesaran tiroid yang terjadi bukan disebabkan oleh kekurangan iodin seperti:
* Penyakit Graves: Penyakit autoimun ini merupakan punca yang paling biasa bagi tiroid terlalu aktif (hipertiroidisme).
"Dalam penyakit Graves, antibodi-antibodi yang dihasilkan oleh sistem imun merangsang tiroid untuk menghasilkan tiroksina yang terlalu banyak.
"Lazimnya, sistem imun anda menggunakan antibodi-antibodi untuk membantu melindungi tubuh daripada virus, bakteria dan bahan-bahan asing lain yang menyerang tubuh anda,'' kata Dr. Abd. Hamid.
Tambahnya, antibodi-antibodi menyerang kelenjar tiroid secara tidak sengaja dan ada kalanya menyerang tisu-tisu di belakang mata dan kulit di bahagian bawah kaki.
Para saintis tidak pasti kenapa penyakit Graves terjadi. Tiroid yang dirangsang secara berlebihan dalam penyakit Graves akan mengakibatkan pembengkakan yang tidak mendatangkan rasa sakit di kelenjar anda.
* Penyakit Hashimoto: Penyakit ini dikenali sebagai tiroiditis limfositik yang kronik, merupakan punca biasa tiroid yang kurang aktif (hipotiroidisme). Penyakit Hashimoto ini juga, jelas Dr. Abd. Hamid, merupakan penyakit antiimun dan menyebabkan inflamasi yang merosakkan kebolehan tiroid untuk menghasilkan hormon.
"Kemudian, kelenjar pituitari akan cuba untuk merangsang kelenjar tiroid anda untuk menghasilkan lebih hormon tiroid yang akan menyebabkan kelenjar tiroid membengkak.''
* Goiter multinodular: Dalam keadaan ini, beberapa nodular akan terbentuk di kedua-dua belah tiroid, mengakibatkan keseluruhan kelenjar itu membengkak. Ia terjadi apabila hormon tiroid yang biasa, rendah atau berlebihan dihasilkan.
* Nodular tiroid yang tunggal: Terjadi apabila seketul nodul terdapat di mana-mana bahagian kelenjar tiroid anda. Kebanyakan nodular adalah bukan kanser (benigna).
* Kanser tiroid: Kanser tiroid jarang terjadi berbanding nodular tiroid benigna. Satu bahagian tiroid anda akan kelihatan membengkak.
* Mengandung: Sewaktu sedang hamil, hormon gonadotrofin korionik manusia (HCG) mengakibatkan kelenjar tiroid membesar.
* Inflamasi: Tiroditis merupakan satu keadaan di mana tiroid anda membengkak. Terdapat beberapa jenis tiroditis yang boleh menyebabkan kelenjar tiroid anda membengkak.
"Kadangkala ia akan mendatangkan rasa sakit yang akan menjadi lebih perit apabila anda menelan atau meletakkan sebarang tekanan kepadanya,'' kata Dr. Abd. Hamid.Beberapa jenis tiroiditis dikaitkan dengan hipertiroidisme.
Dr. Abd. Hamid menasihatkan: "Jika anda mengalami bengkak di bahagian depan leher iaitu di bahagian atas dan di antara tulang selangka, ini menandakan kelenjar tiroid anda mungkin membengkak.
"Segeralah berjumpa doktor untuk memastikan sama ada tiroid anda yang menyebabkan leher membengkak dan mengapa ia berlaku.''
Dengan memeriksa leher anda, doktor akan memastikan tahap serta kawasan di mana kelenjar anda membengkak. Dalam beberapa kes, doktor mungkin dapat berasa kehadiran nodul-nodul di leher anda.
Simptom-simptom goiter
* Pembengkakan kelenjar tiroid yang akan menyebabkan leher membengkak
* Rasa perit di kerongkong
* Batuk
* Suara menjadi parau
* Sukar menelan
* Sukar bernafas
Pesakit juga mungkin mengalami tanda-tanda lain bergantung kepada punca asas penyakit goiter berlaku.
Diagnosis
* Ujian hormon: Ujian darah boleh menentukan jumlah hormon yang dihasilkan oleh tiroid dan kelenjar pituitari. Jika tiroid tidak aktif, tahap hormon tiroid menjadi lemah.
Dalam jangka masa yang sama, tahap TSH akan ditingkatkan kerana kelenjar pituitari akan merangsang kelenjar tiroid untuk menghasilkan lebih banyak hormon tiroid.
Goiter sering dikaitkan dengan tiroid yang terlebih aktif yang melibatkan tahap hormon tiroid yang tinggi di dalam darah dan tahap TSH yang lebih rendah berbanding normal.
* Ujian antibodi: Beberapa punca goiter termasuklah penghasilan antibodi yang tidak normal. Ujian darah akan memastikan kehadiran antibodi di dalam tubuh anda.
* Ultrasonografi: Transducer, satu alat seakan tongkat diletakkan pada leher anda. Gelombang bunyi akan melantun melalui leher dan bahagian belakang anda, membentuk imej di skrin komputer.
Imej-imej yang dipaparkan akan mendedahkan saiz kelenjar tiroid anda dan sama ada kelenjar tersebut mengandungi nodul- nodul yang mungkin tidak dapat dikesan oleh doktor secara fizikal.
* Skan tiroid: Anda akan menerima isotop radioaktif yang disuntik pada pembuluh darah di bahagian dalam siku semasa berbaring di atas meja, dengan kepala didongakkan ke belakang manakala satu kamera khas akan memaparkan imej tiroid anda pada skrin komputer.
Rawatan
Bergantung kepada saiz pembengkakan, simptom-simptom dan punca-punca asas ia berlaku. Doktor mungkin mencadangkan anda melakukan mana-mana prosedur berikut:
* Pemerhatian: Jika goiter kecil dan tidak mendatangkan masalah dan tiroid berfungsi secara normal, doktor mungkin mencadangkan anda untuk tunggu dan lihat sahaja perkembangannya.
* Ubat-ubatan: Jika anda mempunyai hipotiroidisme, hormon tiroid akan digantikan dengan levotiroksina yang akan menghilangkan simptom-simptom hipotiroidisme dan juga pembebasan hormon perangsang tiroid daripada kelenjar pituitari anda, di mana ia sering kali mengecilkan saiz goiter.
Untuk kelenjar tiroid yang mengalami radang, doktor akan mencadangkan pengambilan aspirin atau kortikosteroid. Bagi goiter yang dikaitkan dengan hipertiroidisme, ubat bagi menormalkan tahap hormon anda diperlukan.
* Pembedahan: Satu pilihan yang boleh dilakukan jika anda mempunyai goiter yang besar dan mendatangkan rasa tidak selesa atau sukar bernafas atau menelan.
Atau, di dalam beberapa kes, jika anda mempunyai goiter nodular yang menyebabkan hipertiroidisme semua atau sebahagian daripada kelenjar tiroid akan dibuang (tiroidektomi).
Pembedahan juga merupakan rawatan untuk kanser tiroid. Anda juga mungkin perlu mengambil levotiroksina selepas surgeri dilakukan, bergantung kepada jumlah tiroid yang dibuang.
* Iodin radioaktif: Dalam beberapa kes, iodin radioaktif digunakan untuk merawat kelenjar tiroid yang terlalu aktif yang diberikan secara oral dan akan sampai di kelenjar tiroid melalui saluran darah dan memusnahkan sel-sel tiroid.
Rawatan ini akan mengecilkan saiz goiter tetapi ia juga akan menyebabkan kelenjar tiroid tidak begitu aktif. Anda mungkin memerlukan penggantian hormon sintetik tiroid levotiroksina sepanjang hidup.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus thread ni. Saya ada goiter dari 2005. Bila buat blood test TSH normal. Makin lama makin membesar goiter. Last year masa buat x-ray untuk peparu doktor perasan trachea dan senget sebab goiter bagi tekanan. So ni planning nak buat operation. |
|
|
|
|
|
|
|
cik_kambing posted on 15-5-2013 09:11 AM
Bagus thread ni. Saya ada goiter dari 2005. Bila buat blood test TSH normal. Makin lama makin membes ...
mcmtu sekali ya kesannya........
saya lak ada masalah hyperthyroid. x nampak bengkak kalo tgk pada leher tapi tahun lepas doktor bagitau ada biji di tiroid tu jadi doktor suruh operate. masih belum ada kekuatan nak serah diri......... |
|
|
|
|
|
|
|
dhafir posted on 15-5-2013 04:38 PM
mcmtu sekali ya kesannya........
saya lak ada masalah hyperthyroid. x nampak bengkak kalo tgk p ...
Ada tak rasa cepat nak marah orang, nervous, debor2? Saya memang cepat rasa 'rimas'. Salah sorang kawan saya dia dulu gitu jugak, lepas tu dapat tau ini semua kesan thyroid yang tak normal, so lepas operate dia lebih bertenang katanya.
Ada amik ubat tak nak bagi level hormon thyroid tu normal balik?
|
|
|
|
|
|
|
|
sy pon ade masalah ni.. tp peringkat baru.. bengkak kecil.
metabolism sgt rendah..
doktor bagi makan ubat selama setahun.. test lagi, now normal.
sy skrg amalkan pemaknan sihat.. so far belom ade tanda2 untuk jadi semula.
|
|
|
|
|
|
|
|
cik_kambing posted on 16-5-2013 09:53 AM
Ada tak rasa cepat nak marah orang, nervous, debor2? Saya memang cepat rasa 'rimas'. Salah sorang ...
saya ada komen di thread pasal tiroid ni tapi bila cari macam dah tak jumpa je.... saya mmg ada semua simptom2 yang awak ckp tu. saya kesan sakit ni bila selalu tersedar dari tidur,marah tu jangan cakaplah kalau boleh nak marah je. saya mula kena sakit ni pada tahun 2009. sekarang dah terkawal tapi masih ada follow up di PPUM. makan ubat 'carbimazol' selama 18bln kmudian ok. bila mengandung hormon haru biru semula kena makan ubat 'PTU' pulak. pahit sgt ubatni.. masa mengandung tulah doktor suruh buat detail scan di leher,ambik sampel tisu sebab bila scan nampak salur darah yang banyak di tiroid. itu tanda kanser biasanya mengikut teori doktor. tapi result sampel tu menunjukkan bukan kanser. saya juga kena buat ujian jantung, ECG kalo x salah dan 1 lagi ujian untuk jantung yang mana sy lupa namanya tapi memang detail scannya untuk tengok jantung saya ok atau tidak. hasil result jantung ok juga.
tapi di tiroid saya tu mmg ada sesuatu / biji. jadi doktor sarankan untuk buang semua tiroid tu. masa saya mengandung tu jika sampel tisu adalah kanser sy kena czer untuk lahirkan baby pada usia kandungan 7bulan dan mulakan kimoterapi. tapi Alhamdulillah semua tu tak perlu cuma sekarang saya masih lagi follow up di PPUM untuk 6 bulan sekali. sekarang saya tak makan ubat dan saya rasa kurang ok. terfikir juga untuk serah diri untuk buang tiroid. |
|
|
|
|
|
|
|
sleepy_fish posted on 16-5-2013 12:24 PM
sy pon ade masalah ni.. tp peringkat baru.. bengkak kecil.
metabolism sgt rendah..
sehari makan ubat carbimazol berapa biji? semoga sihat ya
|
|
|
|
|
|
|
|
sy x ingat nama ubat tu.. tapi kene ambik half shj. da lama da actually in year 2005. sy consume ubat tu selama setahun. |
|
|
|
|
|
|
| |
|