Coklat lawan penyakit alzheimer
COKLAT mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan manusia.
COKLAT mungkin boleh menyebabkan kegemukan, tetapi makanan ini sebenarnya mempunyai pelbagai nilai khasiat tersendiri. Selain baik untuk jantung, kulit serta otak, coklat juga mampu menangani penyakit alzheimer dan sindrom Parkinson. Satu kajian saintifik mendapati, coklat mengandungi polifenol antioksida yang berperanan memastikan sel-sel otak sentiasa aktif dan berfungsi. Menurut pakar pemakanan dari Universiti L'Aquilla, Itali, Annamaria Cimini, kandungan polifenol dalam makanan itu membantu sel-sel saraf berkembang dan memulihkan sel yang mati disebabkan amalan pemakanan yang tidak sihat. “Polifenol ini bukan sahaja bertindak sebagai antioksida, tetapi juga mengaktifkan sel hampir mati ,” jelas Cimini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0505&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_02.htm#ixzz2TX4X4G8t
Hakcipta terpelihara
|