Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Di kerisnya kah? Atau di tenaganya kah?
Pak Belalang menjawab "kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah bukan terletak di keris atau di tenaganya tetapi terletak pada huruf Ta kerana huruf Ta yang menguatkan Tuah, Ta - Wau - Alif - Ha : Tuah, ﺗﻮﺍﻩ." Jika ditukar Ta itu kepada Ba, bunyinya akan jadi 'Buah'.
adakah anda masih igt teka teki ini???...APA igt yer...ok soalannya dimanakah terletaknya kekuatan lori pengangkut sampah?? ha..jawab2
kekuatan lori pengangkut sampah terletak pada perkataan Sampah...sebabnya? sebabnya cuba gantikan sampah dengan perkataan ikan..jadilah lori pengangkut ikan....