View: 1589|Reply: 0
|
Nigeria enggan hilang pemain
[Copy link]
|
|
Pasukan Nigeria menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi Uruguay di Stadium Roberto Santos. Pertembungan kedua pasukan berlangsung di Stadium Arena Fonte Nova.
NIGERIA yang bermula dengan langkah kanan pada aksi pembukaan apabila membelasah Tahiti 6-1, mengharapkan kejayaan sama berulang ketika menentang Uruguay, esok.
Bagi Nnamdi Oduamadi kejayaan itu sudah cukup menaikkan semangat pasukan, namun mereka enggan meletak sasaran terlalu tinggi menjelang aksi kedua Kumpulan B Piala Konfederasi.
“Nigeria di tangga teratas kumpulan sekarang, dan kita akan beraksi seperti mana yang dirancang dan diarahkan jurulatih. Tunggu sajalah perlawanan nanti,” katanya.
Sementara itu, Jurulatihnya, Stephen Keshi berharap tiada lagi kecederaan menimpa pemain mereka selepas empat pemain terpaksa direhatkan pada perlawanan pertama.
Penyerang Victor Moses, Kalu Uche dan Emmanuel Emenike terpaksa diketepikan sebelum perlawanan bermula lagi sementara pemain tengah Ogenyi Onazi hanya duduk di bangku simpanan akibat kecederaan pada lutut ketika aksi menentang Tahiti, Isnin lalu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|