View: 7489|Reply: 16
|
Masalah datang haid tidak tentu
[Copy link]
|
|
Apabila anda sedang mencuba untuk hamil, dan haid anda lambat tetapi ujian kehamilan tidak menunjukkan tanda positif, ini boleh membuatkan anda runsing dan keliru. Jika kitaran haid anda yang biasanya normal dan teratur tiba-tiba menjadi tidak teratur, atau terhenti, fikirkan apakah yang berubah dalam gaya hidup anda.
Contohnya, terlalu banyak tekanan, senaman berlebihan, penurunan berat badan dan penambahan berat boleh menjejaskan tahap hormon anda dan mengganggu aturan haid.
Ovari anda biasanya mengeluarkan sebiji telur setiap hari, kira-kira 12 hingga 14 hari selepas hari pertama haid. Jika telur ini tidak disenyawakan, lapisan dalam uterus akan luruh dan haid anda akan bermula.
Jika ovari anda tidak mengeluarkan telur sebagaimana sepatutnya, maka uterus anda mungkin tidak menerima kesemua isyarat yang diperlukan untuk memulakan kitaran haid. Kadang kala wanita terpaksa mengambil ubat untuk membantu ovari dan uterus mereka berkomunikasi supaya mereka boleh mendapat haid yang teratur.
Jika haid anda tidak datang lebih daripada tiga kali berturut-turut, dan ujian kehamilan menunjukkan negative, doktor anda perlu membuat pemeriksaan untuk mengetahui puncanya. Ada dua kemungkinan di sini:
Anda mungkin mengalami polisistik ovari
Sindrom Policistik Ovari (Polycystic ovary syndrome - PCOS) berlaku apabila sesetengah hormon dalam kadar yang tinggi merangsang ovari anda supaya menghasilkan banyak folikel. Kesemua folikel ini tidak cukup matang untuk mengeluarkan telur. Oleh kerana anda belum berovulasi, anda juga tidak datang haid. Tanda-tanda lain PCOS termasuk pertumbuhan rambut yang berlebihan di bahagian muka, dada dan bawah abdomen, jerawat, dan kecenderungan peningkatan berat di bahagian pinggang.
Anda mungkin menghasilkan terlalu banyak hormon prolaktin
Jika anda menghasilkan prolaktin pada tahap yang tidak normal, anda mungkin tidak datang haid sekali atau dua kali. Seorang wanita biasanya mengeluarkan prolaktin apabila dia sedang menyusukan, maka kerana itulah haidnya terhenti pada waktu ini. Jika anda tidak hamil atau menyusukan, tetapi keluar susu daripada puting, maka prolaktin mungkin adalah penyebabnya.
Ada sebab-sebab lain mengapa haid anda mungkin menjadi tidak teratur atau terhenti. Contohnya, anda mungkin mengalami kesan sampingan daripada ubat yang sedang anda ambil.
Jika haid anda tidak tiba, dan anda masih mendapat keputusan negatif daripada ujian kehamilan, atau kitaran haid anda terus menjadi tidak menentu, jumpalah doktor.
|
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 2-9-2013 02:13 PM
ada sesiapa yang mengamal kan ambil pil ini??
http://www.biolife.com.my/v/default/productdetails? ...
kalau nak ambil apa2 pil make sure u tanya nasihat doctor. datang haid x tentu ni mmg ada belaku.. ada sampai igt pregnant ke aku ni (padahal belum kawin)
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu pernah makan pil pencegah kehamilan untuk betulkan balik cycle period
doktor kata time tu period x tentu sebab stress sgt, luaran mmg nampak okay tapi stress tu effect dalaman |
|
|
|
|
|
|
|
saya sudah lama alami masalah ini.. mkn jamu then ok..jd lagi.. minta ubat ngan doctor, hanya 4 hari je haid dtg.. lepas tu kembali xde.. dah beberapa bulan.. risau dan runsing. lepas ni akan jumpa doctor.. |
|
|
|
|
|
|
|
makanlah jintan hitam or habatus sauda. |
|
|
|
|
|
|
|
glump posted on 2-9-2013 07:23 PM
makanlah jintan hitam or habatus sauda.
terima kasih atas share info
|
|
|
|
|
|
|
|
sbelum ni period sgt teratur..tp after period ms bln posa n bln ni, period sy lwt 7-10 ari..dh la dtg skit2 jer...setompok gitu every day.mlm langsung xde..1-2 ari je.pastu dh abis..riso la..huhuuh |
|
|
|
|
|
|
|
lipan_bara posted on 4-9-2013 06:01 PM
sbelum ni period sgt teratur..tp after period ms bln posa n bln ni, period sy lwt 7-10 ari..dh la dt ...
ada ya dtg skit2 ish saba je la kan.. ni la wanita
|
|
|
|
|
|
|
|
ct_farra posted on 5-9-2013 12:15 AM
boleh cuba mkn vitamin ini... insha allah dpt membantu..
klik sini : https://www.facebook.com/pho ...
terima kasih ada jual produk apa lg?
|
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 5-9-2013 05:36 AM
ada ya dtg skit2 ish saba je la kan.. ni la wanita
rs cam nk cek je kt klinik..tp malu..nnt dia scan perut ker erk?klu ada baby kt dlm syok gak.hehe..n itu yg diharapkn sgt..
|
|
|
|
|
|
|
|
lipan_bara posted on 5-9-2013 11:41 AM
rs cam nk cek je kt klinik..tp malu..nnt dia scan perut ker erk?klu ada baby kt dlm syok gak.hehe. ...
ok la da kwin. klu yg belum kwin xdtg2 period pastu scan ada kanak2 dalam perut mampos
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalam,
Since dah jumpa topik ni..sy nak tanya juga..nak cari pakar atau gynea perempuanlah kat pj ke shah alam..yg berpatutan...
sy period mmg teratur..lewat 2-3 hari tu biasalah pd sy..tp dah almost 5 mths x dtg...nak kata peggy, sy dah ikat dah..sy berumur 37..takut la kan...igt nak g check up gak..
pernah gak jadi dlm 12thn lepas...tp ms tu mmg x ikat lg..bila g check up kat klinik biasa, lepas urine test,dr kata sbb hormon..& dia bg pills.
Ingat nak g check up betul2 umur dah meningkat ni risau gak...
tq in advance.
|
|
|
|
|
|
|
|
sy nk sgt untk menambah ank yg ke 3...
tp piyed sy ari 1-3(ada dtg heavy) 4-5(stop) 6-12(piyed spotting)
dulu sy guna DPO (cucuk 3 bln)..da sthn lebih sy stop...skrg merancang untk preggy..
tu yg smngat nk betoikan piyed..sy skrg wat rawatn d klinik dl..kena mkn pil perancang
selama 3 bln tanpa henti..kalau piyed x ok jg baru amik darah check hormon...
huuuhhhh...letih nye... |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh cuba GLA shaklee.. Dua kali ganda epo.. Kaya omega 6 yg berfungsi mengawal selia hormon.. Period tidak teratur selalunya berpunca dari hormon. Hormon tidak stabil ada banyak faktor. Salah satunya ialah masalah berat badan. Saya cadangkan GLA Shaklee. Sbb sy jugak ada masalah ni.malhamdulillah oeriod kembali ok. Doctor juga sarankan suplemen ni..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|