CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3908|Reply: 3

Sakit Belakang? 11 Tabiat Harian Yang Perlu Dielakkan

[Copy link]
Post time 13-9-2013 03:19 PM | Show all posts |Read mode



Rasanya semua orang pernah mengalami sakit belakang. Rasa tidak selesa bila sakit belakang. Malah, sakit belakang dan sakit tengkuk atau leher adalah kesakitan paling lazim yang memaksa pesakit bertemu doktor, selain menjadi penyebab utama kecacatan, meninggalkan kerja dan membabitkan kos penjagaan kesihatan yang tinggi.

Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan trauma serta keadaan lain seperti bebanan. Tahukah anda, kebanyakkan penyebab sakit belakang adalah tabiat harian yang anda lakukan tanpa disedari. Jadi, hati-hati okay…

Antara tabiat buruk yang menyebabkan sakit belakang:

Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.
Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.
Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
Berdiri terlalu lama.
Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
Duduk membongkok di kerusi.
Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
Memakai kasut bertumit tinggi.
Tekanan.
Pemakaian bra yang sama kerap kali.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 03:25 PM | Show all posts
pakai bra pun boleh kena sakit tulang belakang ke? hurm ok. baru tau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 03:14 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 13-9-2013 03:25 PM
pakai bra pun boleh kena sakit tulang belakang ke? hurm ok. baru tau.



Bra besi ni kalu pkai mmg x sakit blakang
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 03:35 PM | Show all posts
saya pun selalu sakit kat tulang belakang. terutama ble nak period..sakit sgt sampai susah nak bangun.. dan kadang-kadang bila bangun tdo, saya x dapat rasa tangan saya..kebas je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.035925 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list