View: 3036|Reply: 12
|
Serai Mampu Merawat Banyak Penyakit??
[Copy link]
|
|
Serai, salah satu perisa yang paling biasa dalam masakan Thai dan Vietnam, mempunyai banyak manfaat kesihatan yang berpotensi termasuk mengurangkan kolesterol dan mencegah kanser. Perubatan tradisional dari seluruh dunia telah menggunakan serai untuk merawat cirit-birit dan melegakan demam. Serai adalah tebal, rumput berkayu dengan rasa limau sedikit masam dan pahit. Anda boleh menggunakan serai untuk minuman teh atau menambah kepada kari, sup, stews dan sos.
Mencegah kanser
Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, satu pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.
Ubat gangguan pencernaan
Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
Detoksifikasi
Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.
Sistem saraf
Minyak asiri (minyak esensial) serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.
Menurunkan tekanan darah
Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.
Sebagai analgesik
Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi, jika seseorang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit-sakit, teh limau berserai pasti dapat membantu.
Pelembap kulit
Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Di antara manafaatnya ialah; mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.
Kesihatan wanita
Pengambilan teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual.
Segar dan sejukkan badan
Meminum segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar dan menyejukan badan.
|
|
|
|
|
|
|
|
oh. sesuai ke untuk pedih ulu hati? |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 13-9-2013 03:48 PM
oh. sesuai ke untuk pedih ulu hati?
kalau ko ada pedih ulu hati, cuba kurangkan santan dlm diet, insyallah |
|
|
|
|
|
|
|
mamiayu posted on 13-9-2013 04:08 PM
kalau ko ada pedih ulu hati, cuba kurangkan santan dlm diet, insyallah
urm, pantang larang certain coklat, makanan pedas, masam, milo nescafe xboleh langsung, nutella xboleh langsung.. perut akaun membuang melalui mulut.. yang boleh buah buahan, nasi, lauk pauk, minuman tertentu..
cm air sirap bandung masa open house, aku sendiri yang muntah.. sebab ada susu pekat.. mmg xngam sangat..huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 13-9-2013 04:15 PM
urm, pantang larang certain coklat, makanan pedas, masam, milo nescafe xboleh langsung, nutella xb ...
banyak betul pantang ko ni adam, anyway harap ko tabah mengharungi nya |
|
|
|
|
|
|
|
mamiayu posted on 13-9-2013 04:21 PM
banyak betul pantang ko ni adam, anyway harap ko tabah mengharungi nya
kurang tido, makan xjaga, jd kesihatan cmni jelah.. muntah tak de pe. tp badan akan rasa lemah sikit. tu je..
|
|
|
|
|
|
|
|
info yang bagus. tq for sharing |
|
|
|
|
|
|
|
munchkin posted on 13-9-2013 04:34 PM
info yang bagus. tq for sharing
serai ni biasa nya masak ayam merah letak sebatang sedap oh. tmbah wangii
|
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 17-9-2013 03:13 PM
serai ni biasa nya masak ayam merah letak sebatang sedap oh. tmbah wangii
saya suka makanan yang ada serai...masak lemak cili api etc..nyumms
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat satu cerita drama bersiri..yg ahmad fauzee berlakon..
tiap2 hari dia bg anak dia minum air rebusan serai...dia pun minum sekali..
anak dia komplen la tiap2 hari kena minum...trus ahmad fauzee ni ckp..bgus , utk awet muda... |
|
|
|
|
|
|
|
raihaneem posted on 18-9-2013 01:53 PM
teringat satu cerita drama bersiri..yg ahmad fauzee berlakon..
tiap2 hari dia bg anak dia minum a ...
ada tajuk cita tu x?
|
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 19-9-2013 01:05 PM
ada tajuk cita tu x?
tak ingat tajuk
tgh search...tak jumpa..
cerita ttg rumah banglo besar (rumah british ) ...cantik, ahmad fauzee ni dok bg sewa kat org...
byklah penyewa...
tp endingnya..sbnrnya tu bukan rumah dia..tu milik kerajaan,,tp dia suka hati ja bg sewa..
tp best la citer tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
serai ni elok utk hilangkan gigi kuning tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|