CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2351|Reply: 1

Virus HSV kekal selamanya

[Copy link]
Post time 18-9-2013 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Jangkitan herpes genitalis ialah penyakit kelamin disebabkan virus HSV (Human Simplex Virus) yang dijangkiti melalui hubungan seks dengan individu yang membawa kuman virus itu. Virus HSV ada dua iaitu HSV1 dan HSV11.
HSV1 dipercayai dijangkiti melalui sentuhan kulit mukosa mulut individu yang ada jangkitan itu kepada individu sihat seperti kanak-kanak atau orang dewasa.

Tidak hairan jika kanak-kanak kelihatan mengalami gelembung kecil di kulit bibir yang menyakitkan dan biasa dikenali sebagai ‘cold sore’ atau ‘ kudis sejuk’ atau kayap mulut.

HSV11 pula dijangkiti melalui hubungan seks. Ada kemungkinan juga HSV11 berjangkit daripada mulut ke mulut dan HSV1 berjangkit ke anggota kelamin melalui seks oral.
ANTARA simptom HSV jenis 1 ialah gelembung cecair sama ada putih atau kuning di bibir akibat sentuhan dengan individu yang ada jangkitan.


Apabila jangkitan terserlah, bahagian bibir atau anggota kelamin terasa sakit dan beberapa hari kemudian akan muncul gelembung kecil mengandungi cecair putih kuning.

Kadangkala individu terkena jangkitan akan demam seketika dan selepas itu baru berlaku kemunculan gelembung.

Cecair dalam gelembung kulit ini mengandungi kuman virus HSV dan jika bergesel boleh menjangkiti tempat yang digesel seperti mata atau kepada pasangan atau sesiapa saja.

Apabila jangkitan reda dan mula sembuh, virus akan menyerap ke dalam urat saraf dan menetap di dalam badan dan boleh muncul semula pada masa depan.

Bagi sesiapa yang menghidap HSV, jangkitan itu akan kekal selama-lamanya walaupun ia tidak ‘kronik’ seperti peringkat awal jangkitan.

Apabila sistem daya tahan penyakit badan kuat, virus itu mula dihapuskan sistem pertahanan dalam badan. Jarang jangkitan HSV hilang daripada badan, iaitu kuman HSV tiada lagi dalam badan.

Bagaimanapun, oleh kerana perkara ini jarang berlaku, kebanyakan pakar masih kekal dengan pendapat bahawa jangkitan kuman HSV akan kekal selama-lamanya walaupun ia tidak muncul atau aktif.

Begitupun, jangkitan boleh berlaku lagi jika terkena jangkitan baru melalui hubungan kelamin atau seks rambang. Jangkitan HSV ada rawatannya.

Ubat pembunuh kuman virus seperti Zovirax sangat mujarab, tetapi rawatan ini perlu dikendalikan doktor.

Jangkitan HSV tidak mengganggu sistem reproduktif, iaitu ia tidak menyebabkan kemandulan atau mengakibatkan masalah kesuburan.

Namun, ia boleh menyebabkan keguguran janin jika ketika wanita itu hamil peringkat awal dan terkena jangkitan atau jangkitan dalaman menjadi aktif, ia boleh mengancam ketumbesaran janin dan menyebabkan keguguran.

Untuk maklumat pembaca, ramai individu tidak tahu mereka pembawa kuman HSV dalam darah mereka kerana tidak pernah ada simptom.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 11:22 AM | Show all posts
mgkin lpas ni tokek ak. diburu scara komersial smula tok dptkan ubat HSV plak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.046093 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list