CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5332|Reply: 9

Side effect Injection Voltaren

[Copy link]
Post time 4-10-2013 12:45 AM | Show all posts |Read mode
Salam korang.

Ada tak sapa-sapa yang pernah injection voltaren untuk backpain or what so ever pain yang berkaitan urat/saraf, then korang dapat side effect. I mean, lepas inject tu, tempat kena inject tu, sakit. Okay, aku last week inject kat punggung la kan, sebab backpain, then i thought sakit lepas kena inject tempat inject tu utk sehari je, tapi sekarang sampai seminggu. pastu sakit dia menular sampai ke kaki, sampai aku tak boleh nak tegangkan kaki.

By the way, sebelum inject tu pun, memang aku backpain sampai rasa numbness and sakit menjalar dari pinggang sampai hujung kaki. tapi yang selepas inject ni, sakit dia lain macam. i thought lepas inject dah lebih okay. yela, painkiller kan, mesti la kill pain. tapi aku rasa lebih sakit.macam muscle aku bengkak. lagipun sebelum ni, penah jugak inject voltaren tapi after 15minutes okay dah. ni seminggu, makin teruk lak sakitnya.

korang jangan lahar aku lak. sebab aku dah g balik jumpa doc tanya kenapa, tapi aku tak tahu la dia faham ke tak apa yang aku try explain sebab she end up dengan bagi aku ubat saraf lak. suruh aku try amik dalam 2weeks kalau tak de perubahan jumpa dia lagi. ye la, aku try la amik med tu. sebab kan kawan-kawan, aku tanya ni kot mana tau korang pernah alami benda ni jugak ke kan.. sebab doc tu tak cakap pulak sakit tu sebab side effect inject tu. ke sebab backpain aku yang makin parah itu yang voltaren punya inject pun dah tak lut... cer share sikit pandangan korang kat aku yang sodih ni sebab asik ponteng kelas jekkk nii.. sob sob.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2013 02:46 AM | Show all posts
urm drug medical mmg ada effect..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 02:08 AM | Show all posts
penah wat mri ke x utk chk saraf kat tulang belakang tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 08:51 AM | Show all posts
Bro, aku x rasa apa yg ko alami tu disebabkan oleh diclofenac (voltaren) injection. Injection site problem is common ler tapi mcm ko cakap 'it basically localised' dan takkan merebak kepada bahagian badan yang lain. Aku berpendapat yg ko alami nie berpunca daripada masalah sakit ko sendiri iaitu 'backpain' yg menurut kata ko disebabkan oleh urat saraf. Doktor bagi ko painkiller in the first place dengan harapan sakit ko akan berkurangan, tapi perlu diingat yang ia sekadar ubat tahan sakit. Ia akan tolong 'relieve the pain' sementara tapi takkan terus eliminate problem ko sebab punca utama masalah ko iaitu urat/saraf tidak disentuh. So, that's why on your second visit, doktor beri ubat saraf. Ubat nie tolong untuk relaxkan muscle. If lepas nie still x ok, aku suggest ko dapatkan opinion daripada specialist.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 05:49 PM | Show all posts
backpain+numbness->lowerlimb... simptom lumbar spine PID dimana disc antara spine telah menekan saraf tunjang yg klu dibiarkan melarat atau buat tak tau boleh menyebabkan lumpuh.
cara paling mujarab utk periksa ialah melalui pemeriksaan MRI Lumbar. boleh tnye ngan pakar ortopedik anda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2013 01:21 AM | Show all posts
seeriesagain posted on 5-10-2013 08:51 AM
Bro, aku x rasa apa yg ko alami tu disebabkan oleh diclofenac (voltaren) injection. Injection site p ...

Haaa. itu la. aku pun fikir macam tu. sebab aku pun makan painkiller memula tapi langsung takde kesan. sebab sakit kat kaki aku paling ketara bila time baring and duduk. sakit macam urat kena tarik.

aku dah 5hari amik ubat myonal utk muscle relaxant. so far, kaki aku yang sakit sebab lepas inject tu dah baik dah.. sebab aku pun rasa aritu lepas inject muscle aku bengkak. yang tinggal cuma sakit kat bahagian punggung je la. atleast kaki aku dah okay sikit, okla tu.

sekarang aku makan painkiller cataflam dengan methycobal ubat saraf je. tunggu la macammane lagi seminggu kalau masih tak okay, memang terpaksa la aku jumpa specialist. sekarang pun, sakit lower backpain aku still ada and sakit menjalar+numbness sampai kaki tu still ada. just maybe painkiller yang aku telan kali ni reduce sikitla sakit tu. tapi still sakit la.

btw, thanks bro.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-10-2013 01:28 AM | Show all posts
aznieza99 posted on 5-10-2013 05:49 PM
backpain+numbness->lowerlimb... simptom lumbar spine PID dimana disc antara spine telah menekan sara ...

hmm.. sebelum ni pernah la jugak pegi wat x-ray 3kali. tapi takde pape. doc selalu bagi inject voltaren ngan painkiller je pun. lagipun sebelum ni 4 tahun yang lepas, aku jatuh banyak kali, sakit bukan kat lower back tapi atas sikit. dan tak kebas and sakit kaki pun. utk setahun ni je start sakit kat bahagian low back and kebas+sakit kaki.

sekarang tengah amik methycobal ubat saraf, painkiller ngan muscle relaxant je. tunggu seminggu lagi, kalau elok, maybe saraf. tapi so far, sakit still ada la. takde perubahan. sakit yang muscle bengkak lepas inject je dah kurang. sekarang nak jalan jauh susah, duduk lama susah baring pun susah. semua kebas sakit. lutut pun sakit. asal jalan mesti aku macam orang nak jatuh, lutut macam tersentak. kadang2 buku lali aku mesti terkehel sebab bila aku bangun nak berdiri/berjalan mesti badan aku senget ke kiri. normal ke tu ek?

mri ni kalau doc saran je baru boleh buat kan. nak pegi hosp swasta, aku student lagi.. huhu.

btw, thanks a lot.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 06:41 PM | Show all posts
aerolz posted on 6-10-2013 01:28 AM
hmm.. sebelum ni pernah la jugak pegi wat x-ray 3kali. tapi takde pape. doc selalu bagi inject vol ...

klu betul PID x-ray biase xleh detect sgt bro sbb bende tu bukan tulang. x ray cume nampak tulang jer sbb tu mri dibuat utk pastikan yang intervertebra disc tu x menekan saraf tunjang tu. bende ni xkan jadi terus lepas jatuh tapi bila kita banyak berjalan dgn postur yg x betul, bnyak duduk lama2, membongkok atau angkat barang, tu yg bleh jadi makin teruk. bnyk sgt makan ubat tahan sakit nnt efek bro.
bgtau je dgn dr tu yg ko nak wat mri, xyah tgu sampai dr tu sarankan. ape kate ko je yg sarankan dr tu utk order mri, sekurang-kurangnyer klu bkn PID ko bleh menarik nafas lega. xyah wat kat private, mahal wooo, beribu... kt hosp gov lagi bagus. cuma nk dapatkan temujanji tu mungkin lame sbb tu baik ko pegi skang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2013 07:47 PM | Show all posts
aznieza99 posted on 6-10-2013 06:41 PM
klu betul PID x-ray biase xleh detect sgt bro sbb bende tu bukan tulang. x ray cume nampak tulang  ...

huhu.. okay okay.. insyaallah dalam minggu depan aku pegi jumpa doktor pakar. hopefully xda la sampai lumbar spine punya masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 11:03 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.052087 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list