CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2122|Reply: 0

Ubat Generik

[Copy link]
Post time 16-10-2013 02:47 PM | Show all posts |Read mode


Apa itu "Ubat Generik"?
Ubat generik adalah ubat alternatif yang mirip kepada ubat berjenama asal (inovasi). Ianya serupa dengan ubat berjenama asal dari segi dos, kekuatan, keselamatan, cara pengambilan dan penggunaannya.

Apakah kebaikan menggunakan ubat generik berbanding dengan ubat berjenama?
Kos. Ubat generik dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan ubat berjenama yang mengandungi kandungan yang sama.


Kenapa ubat generik lebih murah?
Pembuat ubat generik tidak perlu menampung kos yang tinggi untuk penyelidikan yang mendalam kerana pembuat ubat asal berjenama itu telah pun berbuat demikian. Oleh itu, harga ubat generik adalah lebih murah. Ubat berjenama biasanya dilindungi paten (patent protection) untuk jangkamasa 20 tahun. Dalam tempoh ini, hanya pembuat asal diberikan hak untuk menjual ubat itu. Selepas tamatnya perlindungan paten itu, pembuat ubat yang lain boleh memohon untuk menjual versi generik ubat yang sama. Pembuat ubat generik dapat menjual ubat yang sama pada harga yang jauh lebih rendah kerana mereka tidak perlu menampung kos penyelidikan ubat itu. Selain daripada itu, selepas pembuatan ubat generik dibenarkan, terdapat saingan yang lebih daripada pelbagai pembuat ubat generik yang sama. Ini memastikan bahawa harga ubat itu tetap rendah. Lebih daripada 50% daripada ubat-ubat yang digunakan di hospital-hospital kerajaan adalah ubat generik.

Adakah ubat generik selamat diambil?
Ya. Semua ubat generik mengandungi ramuan aktif yang sama dengan ubat yang berjenama. Ubat-ubat ini berfungsi dengan cara yang sama dalam badan kita serta memiliki risiko serta faedah yang sama. Semua ubat perlu didaftarkan dengan Lembaga Kawalan Ubat (sebahagian daripada Badan Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan) sebelum ia boleh dipasarkan, dimana ubatubat ini mesti mematuhi piawaian kualiti, keselamatan dan keberkesanan. Agensi ini bertanggungjawab memastikan kawalan kualiti ubat-ubat dalam pasaran melalui ujian-ujian yang dijalankan secara rambang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.029335 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list