CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9042|Reply: 17

KENCING BAU PETANDA PENYAKIT

[Copy link]
Post time 18-10-2013 10:47 AM | Show all posts |Read mode



“Mengapa air kencing saya berbau tengik atau meloyakan?” Mungkin soalan tersebut malu untuk ditanyakan kepada doktor, apatah lagi untuk dikongsi bersama ahli keluarga mahupun teman-teman.

Jika hendak disiasat sendiri, mungkin individu yang menghadapi ‘tekanan’ perasaan ini akan memikir semula tentang apa yang telah dimakan. Mungkinkah asparagus, kopi ginseng, petai, jering atau ubat tertentu?

Bau air kencing berkait rapat dengan faktor isipadu dan kepekatan pelbagai jenis bahan kimia yang disingkirkan oleh buah pinggang.

Secara normal, air kencing yang cair tidak akan membebaskan banyak bau yang kurang menyenangkan. Sebaliknya, jika seseorang dalam keadaan dehidrasi dan air kencing menjadi pekat, ia akan berbau kuat.

“Banyak jenis makanan dan ubat seperti asparagus atau vitamin tertentu mempengaruhi bau air kencing.

Perubahan yang terjadi pada bau air kencing adalah bersifat sementara dan tidak memberi petanda tentang penyakit yang serius,” kata pakar urologi dari Yayasan Penyelidikan Mayo, Amerika Syarikat, Dr. Erik Castle.

Namun, menurut Castle, dalam kes tertentu seseorang perlu berwaspada. Sekiranya bau yang kurang menyenangkan berlaku setiap kali membuang air kecil, ia mungkin berpunca daripada jangkitan di salur kencing.

Biasanya, air kencing yang baru dihasilkan buah pinggang dan belum disingkirkan dari tubuh adalah dalam keadaan steril dan tidak berbau, atau hanya berbau yang tidak ketara.

Namun, sejurus ia terdedah pada udara, ia diurai oleh bakteria yang mencemarinya dari bahagian luar kulit dan salur kencing.

Penyakit yang dialami seseorang juga meninggalkan kesan. Jika seseorang menghidap penyakit kuning dengan pigmen hempedu yang berlebihan dalam darah, air kencingnya akan turut mengandungi pigmen tersebut. Ia akan berwarna kuning gelap, jingga atau perang.

Kehadiran darah dalam air kencing serta penyakit porphyria pula menjadi sebab ia menjadi warna merah. Selain itu, bahan lain yang boleh mengubah warna air kencing adalah ubi bit (merah) dan juga asparagus (hijau dan busuk).

Namun, perlu diingatkan bahawa jangkitan tidak semestinya terzahir pada warna air kencing. Lebih utama adalah sama ada air kencing kelihatan keruh. Keadaan sedemikian adalah petanda jelas tentang jangkitan bakteria, atau masalah batu karang.

“Biasanya, bau air kencing adalah disebabkan oleh makanan seperti kopi, atau asparagus yang kaya asid amino bersulfur, ataupun pengambilan ubat tertentu.

“Air kencing yang pekat daripada seorang yang sihat juga berbau teruk,” kata Dr. Mary Pickett dari Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, Amerika Syarikat.

Beliau memberitahu, seseorang tidak perlu panik dengan kepelbagaian kemungkinan yang menyebabkan masalah tersebut. Apa yang lebih penting adalah seseorang itu faham mengenai kepentingan tabiat minum air secukupnya, bersenam untuk mengeluarkan peluh, serta makan makanan seimbang.

“Kesan pemeraman boleh terjadi pada air kencing yang ‘tersimpan’ dalam pundi kencing dalam satu tempoh yang lama. Kemudian, jika seseorang itu tidak mengosongkan pundi kencingnya dengan efisien, bau air kencing seperti mengandungi amonia yang kuat,” kata Pickett.

“Tetapi, bau air kencing yang seperti aroma manis buah-buahan adalah isyarat bahaya. Ia disebabkan oleh komplikasi diabetes yang dipanggil ketoasidosis,” terangnya.

Begitu juga dengan perubahan pada penghasilan garam semula jadi atau bahan kimia tubuh. Itu juga boleh mempengaruhi kekuatan bau air kencing dan membuatkan anda ingin segera keluar dari tandas selepas menunaikan hajat.

Walau apa pun yang anda bimbangkan, langkah pertama adalah dengan mengikuti ujian air kencing di klinik atau hospital berdekatan. Bukan sesuatu yang menghairankan jika keputusan ujian tersebut menyatakan bahawa anda normal, biarpun secara peribadi anda mungkin tidak selesa.

Walaupun benar ia jangkitan kuman sekali pun, seseorang tidak perlu cepat susah hati kerana masih ada penerangan dan kaedah untuk mengatasinya.

Hakikatnya, memang ada di antara kita yang mempunyai air kencing yang berbau teruk, dan ujian klinikal tidak memandang ia suatu yang berbahaya. Anggaplah ia satu daripada keajaiban kaedah semula jadi tubuh dalam menyingkirkan toksik yang tidak diperlukan tubuh.

Mungkin setiap seorang daripada kita perlu mengambil kira tentang beberapa perkara – pengambilan diet, ubat dan makanan tambahan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2013 05:43 PM | Show all posts
Minum nescafe, kencing bau nescafe.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 08:41 AM | Show all posts
bau nescafe takper lagi... ada yg makan petai 3 hari kencing bau petai mcm mano tu?
ni pun penyakit ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2013 04:23 PM | Show all posts
Knowlee posted on 20-10-2013 05:43 PM
Minum nescafe, kencing bau nescafe.

bau tengit..klu minum nescafe erkk! abg lokman x minum dah
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 08:16 AM | Show all posts
kalo mkn antibiotik kencing pn bau ubat
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 11:59 AM | Show all posts
pestol posted on 21-10-2013 04:23 PM
bau tengit..klu minum nescafe erkk! abg lokman x minum dah

hahaha... itu la... sebabnya, buah pinggang kita berfungsi sebagai penapis (sistem perkumuhan)...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2013 02:02 PM | Show all posts
hoh?? kencing bau manis??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2013 03:08 PM | Show all posts
AraBellaJuan87 posted on 30-10-2013 02:02 PM
hoh?? kencing bau manis??

cuba hidu sedut bau kencing hang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2013 03:39 PM | Show all posts
pestol posted on 30-10-2013 03:08 PM
cuba hidu sedut bau kencing hang

Hampes la ang..


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 02:48 PM | Show all posts
hehe comeyy ja sedut baw kencing sndri
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 07:43 PM | Show all posts
minum je air barli...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 10:19 PM | Show all posts
minum ape jadi ade bau ape
hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kencing tak berbau tapi berbuih plak. Tanda Penyakit ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 07:52 AM | Show all posts
biasa je kencing berbau nie. makan ubat - kencing bau ubat. minum nescafe - kencing pun sama bau nescafe. kekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 09:30 PM | Show all posts
masih kencing byk.. alhamdulilah.. tu petanda buah pinggang msh bfungsi bahaya klu buah pnggang rosak wehhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 06:13 PM | Show all posts
Knowlee posted on 20-10-2013 05:43 PM
Minum nescafe, kencing bau nescafe.

betul3x... klu yg g la white coffee kopiko tu lg kuat bau dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2014 11:19 PM | Show all posts
Air kencing yg berbau sgt hancing setiap Kali kencing petanda ada masalah. Terjadi kat anak saya masa umur nya 5 / 6thn. Pergi klinik biasa buat ujian air kencing. Pastu bg antibiotic tp x berubah. Rujuk kpd doc pakar. Buat sekali lg ujian air kencing. Doc pakar bg rawatan & katanya mujur cepat kalau dibiarkan akan rosaklah buah pinggang tu.

Nasihat saya, kalau rasa lain drp biasa segeralah dptkan rawatan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:55 AM | Show all posts
Kencing berbau biasanya disebabkan jangkitan kuman...jika serius boleh menyebabkan kencing berdarah...
Read here for mo info : http://numivitashope.com/cegah-d ... ah-dan-batu-karang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.200172 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list