View: 3013|Reply: 3
|
Logika Malam Penuh Bermisteri
[Copy link]
|
|
FILEM bergenre seram sering menjadi pilihan para pengarah untuk menggarap cerita yang didakwa mengikut selera masyarakat zaman moden kini.
Menyedari perkara tersebut, Sha- sha Sri Omar menggunakan peluang yang ada untuk turut mengeluarkan filem bergenre seram sebagai naskhah arahan dan terbitan pertamanya berjudul Malam Penuh Bermisteri.
“Memang saya masih baharu untuk menjadi seorang penerbit dan pengarah. Ini merupakan cabaran terbesar saya kerana belum bersedia untuk menjadi pengarah. Banyak rintangan dan risiko saya perlu lalui.
“Ini kali pertama saya mengarah dan harap penonton menyokong filem tempatan kita,” jelas Shasha yang sudah 17 tahun terlibat dalam bidang lakonan di Malaysia dan India.
Walaupun merupakan pengarah bukan Melayu, namun boleh dikatakan filem yang diarahkan oleh wanita ini mempunyai jalan cerita yang agak menarik.
Filem ini mengisahkan tentang seorang pelajar universiti bernama Lisa (Shasha Sri Omar), anak seorang Datuk yang tidak pulang ke rumah.
Beberapa hari menghilangkan diri membuatkan bapanya, Datuk Rahim (Rahim Razali) risau tentang anaknya lalu membuat laporan polis. Namun, setelah Lisa kembali ke rumah, dia berasa pelik mengapa keluarganya tidak mengendahkan kepulangannya.
Dari situ, bermulalah kisah yang dianggap pelik oleh Lisa sedangkan pada awal cerita, kehidupan Lisa kelihatan normal.
Secara peribadi, filem Malam Penuh Bermisteri mempunyai jalan cerita yang menarik, namun disebabkan watak utama iaitu Lisa tidak banyak berdialog, ia membuatkan jalan cerita filem ini sedikit longgar.
Pengarah kreatif melakukan kerja yang baik kerana sinematografi dan permainan sudut kamera yang menarik dan cantik mungkin dapat menarik perhatian penonton untuk kekal menonton filem ini.
Walaupun mempunyai sinematografi yang menarik, namun pengarah terlalu banyak bermain dengan syot-syot serta camera zooming yang terlalu banyak dan agak lama. Ini mungkin membuatkan penonton kebosanan untuk menunggu babak seterusnya.
Apa yang dilihat, kelemahan utama filem ini adalah pada proses dubbing yang tidak selari dengan apa yang dituturkan oleh pelakon dari mula hingga pertengahan filem.
Itu sedikit sebanyak mengganggu tumpuan penonton apabila kelihatan mulut pelakon dan dialog kelihatan lambat beberapa saat.
Bercerita mengenai kesinambungan babak Malam Penuh Bermisteri, ada antara babak-babak yang mungkin dilihat tidak berkaitan dan agak tidak logik.
Ada juga sesetengah babak yang dilihat tidak perlu dimasukkan dan kelihatan sebagai terlalu lama, sedangkan babak tersebut hanya perlu dimasukkan selama beberapa saat sahaja.
“Dalam filem ini, kami mengguna- kan sebanyak 40 peratus teknik animasi imej janaan komputer (CGI) untuk memberi kesan tiga dimensi (3D) lebih menarik kepada penonton.
“Mungkin itu antara risiko yang berani saya ambil dan ini merupakan filem seram pertama yang menggunakan teknik tersebut,” kata Shasha sambil menjelaskan, kos keseluruhan filem ini adalah RM1.3 juta.
Secara keseluruhannya, Malam Penuh Bermisteri merupakan filem yang baik untuk ditonton.
Malah, pengalaman pertama pengarahnya boleh dianggap sebagai satu projek yang berjaya memandangkan inilah kali pertama Shasha Sri Omar terlibat dalam bidang pengarahan.
Filem Malam Penuh Bermisteri ini mula ditayangkan hari ini (7 November) di pawagam seluruh negara.
Antara pelakon yang terlibat termasuk Datuk Rahim Razali, Azri Iskan- dar, Bell Ngasri serta Mislina Musta- pha.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hurm.... dia da matikan sbnrnyer??? pernah tgk cerekarama kat tv3... Liana jasmey jd budak yg ilang ke cam tu la... ayah dia x silap dato rahim razali ni gak.... n ending dia mmg gempak... rupanya ayah dia pon da mati dari awl cerita lg... time xcident... nak cari balik cerita tu tp x tau tajuk... |
|
|
|
|
|
|
|
WawaRaRa posted on 7-11-2013 04:37 PM
hurm.... dia da matikan sbnrnyer??? pernah tgk cerekarama kat tv3... Liana jasmey jd budak yg ilang ...
wah ye ke. cm best je
|
|
|
|
|
|
|
|
Jenabmurai posted on 7-11-2013 08:14 PM
wah ye ke. cm best je
best la... yg jd kakak rasanya zizie ezzett... tapi try cari2 tajuk citer tu x jmpe... hishhh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|