View: 4189|Reply: 16
|
Masyarakat China [Selesai]
[Copy link]
|
|
Masyarakat cina di kategori kan kepada empat lapisan yang membezakan antara satu sama lain.
Golongan teratas adalah daripada cendiakawan yang bijak pandai.
Golongan apakah yang berada di lapisan urutan kedua dan keempat?
Last edited by NaylaArisha on 24-12-2013 10:29 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Organisasi Sosial Masyarakat China
1. Golongan raja
- Merupakan kelas tertinggi dalam masyarakat China, merupakan sumber kesahan dan
mempunyai supreme authority sebagaimana peranan Firaun di Mesir
- Antara tugas raja di China ialah menjadi sumber undang-undang negara; segala arahan
dan perintah raja mesti dilaksanakan , menjadi ketua agama, ketua kerajaan dan hakim,
mengetuai upacara agama, melantik ketua pelbagai jenis agama dan kepercayaan, dan
juga melantik pegawai pentadbir untuk melicinkan struktur pentadbiran.
- Seseorang yang dilantik menjadi raja dipercayai mendapat mandat dari tuhan atau
syurga dan seandainya berlaku bencana alam seseorang raja itu harus ditukar samada
secara baik ataupun melalui pemberontakan.
- Pun begitu, kebanyakan tugas raja dijalankan oleh wakil-wakilnya atas nama baginda,
biasanya golongan aristokrat atau bangsawan dalam masayarakat China.
2 Golongan Aristokrat ( Bangsawan )
- Merupakan pembantu utama raja, dan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam
sistem politik dan sosial masayarakat China
- Di zaman dinasti Shang, golongan ini memonopoli penggunaan gangsa dalam bentuk
alat2 ritual dan senjata
- Sesuai dengan tarafnya, golongan ini membina rumah kediaman berhampiran rumah
ibadat yang biasanya dikelilingi oleh tembok sebagai langkah keselamatan
- Di zaman Dinasti Chao, golongan ini amat berpengaruh dan mempunyai banyak
pengikut serta tanah-tanah yang dikerjakan oleh petani sesuai dengan sistem feudal
yang diamalkan pada masa itu
10
3. Golongan yang diperintah
- Dari segi pekerjaan, masyarakat China dapat dibahagikan kepada 4 kelas dan kelas
yang paling tinggi darjatnya ialah golongan cerdik pandai yang berperanan memberi
nasihat kepada raja dan masyarakat berhubung dengan pentadbiran serta tingkah laku
- Sesuai dengan penguasaannya dalam ilmu-ilmu tertentu,maka tidak hairanlah golongan
cerdik pandai ini, terlalu dipuja oleh masyarakat.
- Golongan inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai aliran pemikiran di
China seperti confuciunisme,taoisme, legalisme moisme, dan monciusme.
- Golongan yang kedua terpenting dalam masyarakat China yang menjadikan organisasi
di sini agak unik ialah petani. Mereka dianggap kumpulan mulia kerana membekalkan
makanan yang merupakan asas kepada kehidupan manusia.
- Kelas seterusnya ialah golongan artis @ tukang-tukang yang mahir yang
bertanggungjawab menghasilkan monumen – monumen tertentu.
- Akhir sekali dalam kelas masyarakat ini ialah golongan pedagang yang diletakkan di
tangga terbawah kerana mereka di anggap penipu serta mengaut keuntungan daripada
rakyat,tidak seperti kawasan lain tetapi tidak dipandang tinggi oleh masyarakat.
- Bagi masyarakat China, selain pedagang yang dipandang rendah, satu lagi kumpulan
yang lebih hina kedudukannya iaitu terdiri daripada pelakon,pelacur serta hamba tidak
mempunyai tempat di sisi masyarakat.
- Ditinjau dari aspek kekeluargaan pula golongan pembesar dan kerabat diraja pula tidak
dibenarkan berkahwin lebih dari seorang perempuan. Golongan wanita mempunyai
kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki, hanya lelaki mempunyai kuasa
menceraikan isteri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sistem Sosial
Sistem Sosial
Masyarakat China pula pada dasarnya terbahagi kepada tiga kelas utama.Golongan pertama ialah golongan atasan yang terdiri daripada lapisan pentadbir seperti maharaja, keluarganya, pegawai bangsawan dan sida-sida.Kumpulan kedua terdiri daripada rakyat bawahan, iaitu golongan petani dan artisan.Golongan ketiga ialah golongan hamba. Kumpulan kedua dan ketiga merupakan kumpulan sokongan kepada kumpulan pertama.
Confucius pula membahagikan masyarakat China ini kepada empat kelas utama. Mengikutnya, golongan teratas ialah golongan sarjana. Mereka ini terdiri daripada pegawai kerajaan yang berpendidikan. Yang kedua ialah golongan petani dan merupakan tulang belakang kepada ekonomi China. Kumpulan ketiga ialah golongan tukang. Kumpulan paling bawah ialah pedagang. Namun demikian, strata masyarakat China ini bukannya sesuatu yang bersifat tegar. Setiap individu di China boleh menukar kelasnya kepada kedudukan yang lebih baik menerusi pendidikan.

|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 24-12-2013 10:14 AM 
Sistem Sosial
Sistem Sosial
Masyarakat China pula pada dasarnya terbahagi kepada tiga kelas utama. ...
belum tepat lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja
Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing
Golongan petani sebagi tonggak ekonomi
Golongan artisan berkemahiran dlam penguasaan teknologi gangsa
Hasilkan senjata, perisai, hisaan kereta kuda & upacara keagamaan
Golongan hamba berada paling bawah
Berfungsi sebagai tentera paksaan
Membantu kerja-kerja pemburuhan, tujuan korban dalam upacara penyembahan |
|
|
|
|
|
|
|
SISTEM PEMERINTAHAN DAN SISTEM POLITIK CHINA
(i) Sistem Beraja Tamadun China- Pada zaman Dinasti Shang dan Chou, raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkutan tentera (sistem feudal).- Shih Huang Ti, maharaja China semasa Dinasti Chin.
- Baginda menghapuskan sistem feudal dan digantikan dengan sistem provinsi/wilayah (36 buah) yang diketuai oleh gabenor.- Dalam menghadapi bahaya serangan penceroboh Tartar secara besar-besaran, baginda telah membina tembok besar negeri China (Wan Li Chang Cheng).
- Jasa besar ini dikatakan tidak menjadikan orang China terhutang budi kepada Shih Huang Ti kerana kesalahan yang dibuat oleh baginda, iaitu "pembakaran segala buku".- Peristiwa pembakaran buku dan membununh 400 orang orang sarjana pada tahun 213 SM dianggap sebagai peristiwa pencabulan pusaka intelektual mereka.
Peristiwa Pembakaran Segala Buku
- Semasa Dinasti Han (206 SM - 220 SM), Sistem Peperiksaan Awam diamalkan untuk perlantikan pegawai-pegawai kerajaan baru dan terbuka kepada semua rakyat yang layak.- Pemimpin-pemimpin wilayah tidak diberi kuasa yang luas supaya kerajaan pusat menjadi teguh dan tidak dicabar.- Liu Pang, pengasas Dinasti Han, memperkenalkan satu Hukum Kanun (hukuman bunuh ialah bunuh, hukuman mencederakan orang ialah dicederakan, dan hukuman mencari ialah dibayar denda sebanyak yang dicurinya).
Liu Pang, pengasas Dinasti Han.
(ii) Sistem Politik China
-Doktrin sistem politik China banyak dipengaruhi aliran falsafah legalisme dan aliran - Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan keterbitan dalam masyarakat.
-Aliran Konfusianisme merupakan himpunan idea yang bersifat berpandukan etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik.
(iii) Konsep Pemusatan Kuasa- Aliran legalisme menekankan pemerintahan bercorak pemusatan kuasa ditangan seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang.
-Aliran Konfusianisme menegaskan bahawa urusan pemerintahan adalah soal yangbersifat etika dan kepimpinan melalui teladan (paternalistik).
Perbezaan antara Aliran Confusianisme dengan Aliran Legalisme
(a) Matlamat untuk Negara dalam Pendekatan yang Berbeza- Dalam aliran Konfusianisme, kerjasama antara pemerintah dan rakyatmerupakan kunci kepada segala kejayaan dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.
- Dalam aliran legalisme, segala aktiviti ekonomi, sosial, dan politik harus bertumpu kepada negara, bukan individu.
(b) Kegemilangan Sejarah Lampau- Dalam aliran legalisme, mengambil masa silam sebagai model adalah tidak tepatdan setiap zaman memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza.
- Dalam aliran Konfusianisme, pendidikan yang bertunjangkan tradisi zaman silam, dijadikan sebagai panduan berguna untuk membina keseimbangan dalam hubungan mereka dengan pemerintah, ahli keluarga dan juga dengan anggota masyarakat yang lain.
(c) Memupuk Kesetiaan Kepada Raja- Falsafah legalisme mengambil pendekatan undang-undang untuk memastikan rakyat memberi ketaatan kepada raja.
- Konfusianisme menekankan unsur-unsur moral dan etika bagi memastikan rakyat memberikan ketaatan kepada raja.
(d) Mengekalkan Disiplin Rakyat- Legalisme menggunakan kuasa tentera dan kekerasan. Contohnya Dinasti Chin.
- Confusianisme mengambil pendekatan birokrasi dan kebijaksanaan para sarjana (Dinasti Han). |
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 24-12-2013 10:19 AM 
Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja
Golongan pembesar ...
Nak dua jer..
ikut susunan yang betul
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 24-12-2013 10:19 AM 
Nak dua jer..
ikut susunan yang betul
2. golongan pembesar
4. golongan hamba
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 24-12-2013 10:21 AM 
2. golongan pembesar
4. golongan hamba
Golongan pembesar tu dah masuk dalam golongan cendekiawan bijak pandai..
cuba lagik..
golongan hamba tu dia ada pecahan
try lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 24-12-2013 10:12 AM 
Organisasi Sosial Masyarakat China
1. Golongan raja
hahaha..miaw nie.....segala mak nenek dia tepek....
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 24-12-2013 10:24 AM 
Golongan pembesar tu dah masuk dalam golongan cendekiawan bijak pandai..
cuba lagik..
susah nya 
|
|
|
|
|
|
|
|
Nyatakan susun lapis organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang
F1 - Lapisan paling atas ialah golongan raja dan pembesar
F2 - Diterajui oleh raja
F3 - Golongan pembesar memiliki tentera dan senjata gangsa
F4 - Menggunakan keistimewaan untuk menundukkan golongan bawahan
F5 - Golongan bawahan ialah golongan petani dan artisan
F6 - Petani membentuk sebahagian penduduk kawasan luar bandar
F7 - Artisan mempunyai kemahiran dalam teknologi gangsa
F8 - Golongan paling bawah ialah hamba
F9 - Perhambaan merupakan ciri utama Dinasti Shang |
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 24-12-2013 10:25 AM 
susah nya
hihi

|
|
|
|
|
|
|
|
akula203 posted on 24-12-2013 10:25 AM 
2 petani
4 pedagang...
betul ke...??? hahaha...thanks to miaw....
|
|
|
|
|
|
|
|
da tengok skema spm pun salah gak...
tipu la skema jawapan spm tu  |
|
|
|
|
|
|
| |
|