|
1) Dinasihatkan supaya jangan makan Nasi SEBELUM jam 12.00 tengahari. Ianya dapat bertukar menjadi Gula melalui sistem badan kita. (Gula yang mempunyai kandungan pH5; merupakan persekitaran yang sesuai untuk Kanser merebak).
2) Gula – Mana-mana Pemanis Tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah gunakan Madu Asli. Atau pun gunapakai Stevia, pemanis asli Anugerah Illahi yang telah dinafikan hak penggunaannya.
3) Produk tenusu seperti Keju, Susu Segar, Mentega & lain-lain hasilan Tenusu dari protien haiwan. Ianya akan membuat tubuh menghasilkan Lendir (Mucus) terutamanya di saluran usus Perut. Sel Kanser memakan Mukus. Amat penting dijauhi juga Susu Kambing. Bertukarlah kepada Susu Soya tanpa gula atau bermaniskan hanya Stevia.
4) Seafood : seperti Ketam, Sotong & Udang. Gamat juga tidak digalakkan. Makanan ini dapat menyuburkan sel Kanser. Gamat berfungsi sebaliknya dengan konsep Kemoterapi yang membunuh segala jenis sel. Yakni Gamat menyuburkan semua jenis sel, termasuk sel Kanser.
5) Minuman : Kopi, Teh, minuman berCoklat (ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak)
6) Daging Merah WAJIB di elakkan SAMA SEKALI. Terutama daging Lembu, Kambing, Unta, Rusa & Khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan Asid.
7) Beberapa jenis Buahan dan Sayuran jenis “Sejuk yang berGetah & berAngin” seperti Tembikai, Nangka, Cempedak, Sukun & Kundur serta berberapa sayuran tertentu yang berwarna putih seperti Kobis, Timun, Lobak Putih serta Cendawan yang mampu meningkatkan keSakitan & rasa berDenyut.
8) Ikan bersisik seperti ikan Haruan, ikan Puyu, ikan Merah, ikan Gelama & sebarang jenis ikan yang berSisik. Contoh ikan tidak bersisik yang BOLEH dimakan, seperti ikan Tongkol/ Aya, ikan Bawal, Ikan Salmon, Ikan Kembung, ikan Keli, ikan Patin, ikan Tongsan & lain-lain ikan air tawar. Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam di percayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan pemangkin anti-Kanser terbaik.
9) Makanan Segera & sebarang produk makanan dalam Tin: seperti ikan Sardin, buah Laici & Jagung dalam tin, Minuman berGas serta sebarang produk yang mengandungi Bahan Pengawet.
10) Kategori makanan yang dari jenis berJeruk, Ikan Masin, telor Masin, Budu, Belacan tidak digalakkan untuk dimakan dengan banyak atau terlalu kerap.
11) Makanan yang diPanggang & diBakar seperti Sate, Ikan Bakar, Daging Bakar, Ikan Panggang & lain-lain harus di elakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan Karbon yang tinggi. Karbon sebagaimana yang juga terdapat dalam rokok adalah pemangkin Kanser. Wassalam.
|
|