CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12511|Reply: 22

Cara Menghidupkan Api dan Bahan Bakar Dahulukala di Tanah Melayu

[Copy link]
Post time 22-5-2014 04:05 PM | Show all posts |Read mode
orang2 zaman2 dahulu menghidupkan api dengan apa ye..dan demo pasang pelita guna bahan bakar ggapo? always wonder dalam kepala hotak kak timah..betul kak timah dari kampung tapi tak sempat tengok benda tu semua..kak  timah lahir minyak gas dah ada..mancis dah ada..

marilah sama2 kita hidupkan kembali khazanah bangsa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2014 04:40 PM | Show all posts
orang dulu dulu kala sebelum ada teknologi minyak pelita bagai ni bergantung kepada sumber cahaya bernama 'jamung'. Jamung ni adalah buluh atau kayu yang diikat dgn daun daun kelapa atau serat kelapa (sabut)..setiap malam, orang dulu dulu kala ni akan sediakan beberapa jamung, let say dalam 3-4 jamung..dimana satu jamung akan menyala selama 1 jam. So, dr start gelap..let say, jam 7, dgn 3 jamung..dapatlah sumber cahaya sehingga jam 10.00 sebelum tido.

So, bila start jamung pertama..gamak nak padam api tu, orang dulu dulu kala akan segera menyalakan jamung kedua dan seterusnya..

Jamung diletak diluar rumah, biasanya dekat laluan pintu utama..umah dulu dulu pun kecik je..so, cahaya yg ada dh cukup dah.

Cara menghidupkan api lak, mereka akan pakai batu yg boleh hasilkan spark (percikan api) kt benda kering..biasanya spark ni akan dikenakan kt kabu (mcm kabu bantal tu..) agar cepat menyala..dan dengan api dr kabu tu, diletakkan kt api dapur..atau kt jamung utk pastikan api hidup..so itula kaedahnya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2014 04:58 PM | Show all posts
haji_one posted on 21-5-2014 11:40 PM
orang dulu dulu kala sebelum ada teknologi minyak pelita bagai ni bergantung kepada sumber cahaya be ...

Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi haji one,
banyak dapat info hari ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2014 04:59 PM | Show all posts
lambatnya nak peringat dapur api pakai percik api macam tu ye..
jenuhlah tunggu nak makan nasik anak beranak hu hu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:38 PM | Show all posts
Sebenarnya orang dulu dulu kat tanah melayu dan juga dinegara yg lain menghidupkan api dengan menggunakan sejenis alat yg dinamakan "gobek api".Kalau kat tanah melayu bahan apinya adalah pucuk kedudur yg telah dikeringkan.Pucuk ini diletakkan didepan mata gobek dan dihentak masuk kedalam sarung gobek dan menghasilkan bara.Gobek api dikatakan telah digunakan sejak sebelum masehi lagi oleh manusia diseluruh dunia terutama dinegara negara yg bertamadun.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:40 PM | Show all posts
Nak tengok rupabentuk gobek api sila lawat laman ni:


http://tokpengulu.blogspot.com/2 ... .html#axzz33AeWtQYy

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-5-2014 02:32 PM | Show all posts
sayapghaib posted on 29-5-2014 07:40 PM
Nak tengok rupabentuk gobek api sila lawat laman ni:

terima kasih sayapghaib..
memang kak timah tak pernah
lihat gobek api ni..di awal2 70an
masa kak timah kecik, mancis je
yang kak timah mula2 kenal..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 02:33 PM | Show all posts
inilah dia erkk



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 03:29 PM | Show all posts
copy_paste posted on 30-5-2014 02:33 PM
inilah dia erkk

haaa yang tu lah.Saya dah lupa macam mana cara nak tempek gambau kat sini.Terimakasih sebab tolong tempek kan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 03:36 PM | Show all posts
bagus jugak buka thread nih
kalau tak tau kewujudan gobek api
gobek sirih tau ler
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 03:39 PM | Show all posts
bagi bahan api untuk pelita dan jamung pula,damar digunakan.juga minyak kelapa.Saya pernah lihat kat pasar minggu ada orang jual sejenis minyak dari sejenis pokok yg mengeluarkan minyak.Daya bakarnya agak kuat hampir sama dengan daya bakar cecair tinner.Menurut peniaga itu lagi ,pokok tersebut(nama dah lupa) jika dibakar tidak akan hangus selagi cecair minyak keluar dari kulitnya.Bila minyak sudah kering baru pokok tersebut hangus dimakan api.Minyak dari pokok tersebut sesuai untuk mengubati lecur akibat terkena api dan gigitan serangga berbisa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 10:46 PM | Show all posts
sayapghaib posted on 29-5-2014 10:39 PM
bagi bahan api untuk pelita dan jamung pula,damar digunakan.juga minyak kelapa.Saya pernah lihat kat ...

elok disimpan gobek api dengan bahan api dari damar dengan getah pokok tu,
manalah tahu satu hari keadaan darurat atau bencana dalam negara ke,
sebagai peringatan...sebagaimana kita kena simpan garam untuk masa susah....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2014 10:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Good info..pengetahuan tradisi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2014 08:13 AM | Show all posts
pcboss posted on 5-6-2014 05:03 PM
http://en.wikipedia.org/wiki/Fire_piston

http://www.ebay.com/itm/STREAMLI ... ECIAL-/150918745084

wahhh ada visual lagi..
terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 10:31 PM | Show all posts
informative,tq for your info..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2014 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sayapghaib posted on 30-5-2014 12:38 PM
Sebenarnya orang dulu dulu kat tanah melayu dan juga dinegara yg lain menghidupkan api dengan menggu ...

Gobek sireh digunakai oleh atuk nenek moyang yg nk mkn sireh pinang tapi xder gigi
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 10:00 AM | Show all posts


Kaedah ni bila pula mula diperkenalkan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 10:05 AM | Show all posts
Teringat satu filem P.Ramlee tapi dah lupa tajuk. Kisah zaman2 pendekar. Dalam filem tu ada menggunakan buluh sebagai lampu suluh. Kreatif juga org dulu2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 12:50 PM | Show all posts
Penyanyi : Pak Ku Shadat

Hai Jepun Perintah pulak 3 tahun 8 bulan
susah nak makan minum dan juga pakaian
sama orang lelaki dan juga perempuan
dimakan ubi kayu cicah dengan nisan


Hai Jepun langgaq tahun patpuluh satu
banyak orang putih lari tak tentu kalu
masuk segenap lubang kubu
karna dia takut senapang dan jugak peluru


Hai Jepun masuk ke dalam negara Siam
jambatan titi orang putih dia bom
segala gudang-gudang Jepun dia hentam
permintaan Jepun sangatlah kejam


Hai Jepun masuk jalan Padang Besaq dan Changlon
Puak Jepun datang ramai berduyun-duyun
padi beras hak kita dia rampas dia samun
banyak rakyat makan beras dengan timun


Hai pergaduhan Jepun dengan barang perniagaan
Jepun jual sangat murah mangkuk dan pinggan
bertengkaq berbalah sampai pulak pergaduhan
akhir-akhir rakyat jugak mendapat kesusahan


Hai Jalan Padang Besaq datang mari Jepun
naik kretapi asap berkelon-kelon
hukuman Jepun pulak macam penyamun
salah tak salah disepak dibalun


Hai Jepun masuk nak perintah Tanah Malaya
Cina, Siam , Melayu pakat takut belaka
kerana dia sangat keras kepala
padi hak kita dia ambik saja


Hai tahun ulaq kecil diapun masuk
bila berjumpa Jepun kepala kena hangguk
dia tak kira berperan tak kira datuk
perangai Jepun semacam dengan beruk


Hai hari Isnin Jepun mulai masuk Malaya
datang berduyun-duyun masuk dengan segera
Jepun marah dekat  orang putih krana berniaga
orang putih hentam kepala tauke shiba


Hai mula-mula tauke shiba menjual kuih sepit
harganya satu keping satu duit
dalam kuih sepit ada cincin kuning mengelit
dengan budak-budak habis dia kutip duit


Hai Jepun dah sampai pulak di Kepala Batas
peluru dan senapang semua dia galas
orang putih larui yang sangat deras
jikalau dapat ke tangan dia nyawa pulak rentas


Hai Jepun dah sampai pulak di Pekan Alor Setaq
Pakat takut lari terketaq-ketaq
tak kira tua muda kecik dan besaq
kita tak hangguk kepala dah kena penampaq


Hai Melayu dan Siam pakat banyak makan ubi kayu
padi dan beras habis dia sapu
siapa buat salah dia hentam dengan peluru selalu
ditanam selubang Hindu, Cina dan Melayu


Hai Jepun suruh pakat usung kayu
jika tak larat usung dia buang satu-satu
dia suruh bawak pulak dipukul dipalu
ada setengah orang mati pulak di situ


Hai selama Jepun perintah 3 tahun 8 bulan
banyaklah rakyat mendapat lagi kesusahan
susah mendapat minum dan makan
kena pakai sarung guni buat tudung kemaluan


Hai hukuman Jepun rakyat semua takut
kalu buat salah dibagi minum dipijak perut
nyawa pulak jadi naik pasang surut
terkadang-kadang nyawa terus tercabut


Hai rakyat yang salah disepak cancin
terkena sekali terberak terkencin
mata terkeluaq api hijau dan kunin
perut senak kepala naik penin


Hai Jepun dia kerah rakyat membuat jalan
kena masuk segenap ke dalam hutan
mau tak mau dia hukum paksakan
ada yang mati dengan krana kelaparan


Hai zaman Jepun takdak ada banyak sekolah
saya mengaji Quran di rumah Lebai Lah
di situ pulak tak dikira darjah
boleh baca Quran dia kata sudahlah


Hai zaman Jepun ada banyak penyakit
nyamuk tuma semua dia gigit
kudis buta cabuk di kulit
takdak kelambu secarik rabik


Hai zaman Jepun takdak pulak gores api
diplaga batu bersama dengan besi
bagi masuk habuk duduq yang kering sekali
ditepuk dipercik keluaqlah api



Hai perintahan Jepun sangatlah keras
kalu buat salah ditangkap berkas
dia suruh pulak menyangkoi batas
dia bagi minum ayaq dia jemuq panas


Hai Jepun masuk dengan serentak
barang pakaian kesemuanya takdak
perangai Jepun macam kelaku budak-budak
kita silap sikit dia pasang pulak penyepak


Hai cakapan Jepun banyaklah susah
apa dia kata kita tak paham sepatah
dia bunyi sora kruh kreh wah kruh krah
kita jawab tak jawab jadi serba salah


hai loghat bahasa Jepun bunyi macam kera
kruh kreh wah kruh krah kita kena angguk kepala
jika tak angguk dia kata korang bahasa
kena penyepak dia dah sakit tak sangka


Hai kita tak boleh pergi pulak ke sana sini
takdak kain kena pakai sarung guni
habis kesemua anak dan bini
duduk pulak di tempat yang sunyi


Hai tahun kera Jepun sudah pulang
krana dia kalah masuk menentang berperang
orang putih hantaq balik dengan kapai dan tongkang
tenggelam ayaq laut mampus terkangkang


Hai Amerika bom pulak di bandaq Toshima
banyak yang mati lagi jantan dan betina
termasuk Jepun, Hindu dan Cina
yang mana mampuih mulut ternganga


Hai habislah kisah Jepun ampunya cerita
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.246076 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list