CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7249|Reply: 14

Nenek Kebayan

[Copy link]
Post time 30-5-2014 03:38 PM | Show all posts |Read mode
kak timah nak tanya sikit..
apa makna dia Nenek Kebayan? Kebayan tu ape benda?
Nenek Kebayan ni sering muncul dalam cerita2 rakyat Melayu lama..
hari ni tertengok cerita Dandan Setia, berpuluh kali tengok,
hari ni baru tergerak hati kak timah nak tanya Last edited by TimahMulia on 29-5-2014 10:45 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 03:49 PM | Show all posts
nenek kebayan tu maknanya nenek yg pakai kebaya sambil jampi2 guna kemenyan. kot. hihihihi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 03:55 PM | Show all posts
iman_aly posted on 29-5-2014 10:49 PM
nenek kebayan tu maknanya nenek yg pakai kebaya sambil jampi2 guna kemenyan. kot. hihihihi..

dua dalam satu lah ni ye?
kebaya + kemenyan = kebayan
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 04:00 PM | Show all posts
Kalau watak nenek Kebayan dalam hikayat hikayat Melayu,Nenek Kebayan ni adalah orang yg menghubungkan dunia nyata dengan alam kayangan.Kalau tafsiran yg lebih logik pula nenek kebayan ni ada sangkut paut dengan Istana.Cuma nenek Kebayan ni tinggal dipinggir hutan untuk mengumpul sumber sumber hutan sebagai ubat ubatan dan juga wangian untuk pihak Istana.Kira taraf dia sama macam tabib diraja lah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 04:09 PM | Show all posts
sayapghaib posted on 29-5-2014 11:00 PM
Kalau watak nenek Kebayan dalam hikayat hikayat Melayu,Nenek Kebayan ni adalah orang yg menghubungka ...

oooo gitu ye...
tima kasih sayapghaib..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 04:21 PM | Show all posts
Kat Kedah ada sorang tua yg rapat dengan Istana.Tapi bukan nenek Kebayan tetapi bekas inang pengasuh Yang Dipertuan Agong sekarang.Dah bongkok 3,rambut putih semuanya.Tak tahulah umur beliau dah berapa.Kalau Agong pun dah 86 tahun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-5-2014 04:37 PM | Show all posts
sayapghaib posted on 29-5-2014 11:21 PM
Kat Kedah ada sorang tua yg rapat dengan Istana.Tapi bukan nenek Kebayan tetapi bekas inang pengasuh ...

nenek tu dok kat mana skang sayapghaib?
wahhh menarikk..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 04:50 PM | Show all posts
kat Alor Star.Tapi kisahnya diketahui oleh seorang kawan beberapa tahun lepas.Sekarang ini tak tahulah ada tak lagi nenek tu.Lagipun orang yg berkait rapat dengan istana kuat berahsia.maklumlah pengasuh Sultan.Itupun kawan saya diberitahu oleh jiran-jiran yg tinggal berdekatan.Apa yg mereka tahu,orang tua tu adalah pengasuh Sultan Abdul Halim.Setakat tu saja yg diorang tahu.Peliknya tentang nenek tua tu,bila keluar malam dihalaman rumahnya,beliau menggunakan pelita api semulajadi bukannya lampu elektrik.Mungkin keluar untuk mandi embut kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 05:56 PM | Show all posts
ini ambil dari kamus online.... hehehe...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 06:09 PM | Show all posts
ini jumpa dalam kosmo online:



Nenek kebayan makan daging mentah
Oleh SYALMIZI HAMID

WANITA itu digambarkan sebagai seorang yang sangat tua, bongkok dan mempunyai kulit wajah yang berkedut. Lenggok langkahnya yang dibantu sebatang tongkat kayu nampak tidak gagah.
Dikenali sebagai nenek kebayan, kisah wanita itu telah diperturunkan dari zaman dahulu hingga kini dalam masyarakat Melayu terutamanya dalam Hikayat Malim Deman dan Hikayat Hang Tuah.
Dalam kisah-kisah tersebut wanita itu menunjukkan watak baik. Dia menjadi perantara untuk manusia biasa berhubung dengan puteri kayangan dengan kuasa magis yang dimilikinya.
Dalam versi lain, nenek tua itu digambarkan sebagai seorang wanita yang memiliki rupa paras menakutkan dan gemar menculik kanak-kanak menerusi lirik lagu rakyat, Nenek Si Bongkok Tiga.
Dia juga terkenal sebagai penjaga Puteri Gunung Ledang yang mendiami gunung tersebut yang terletak di Ledang, Johor menerusi cerita-cerita legenda.
“Walaupun banyak versi cerita tentangnya, kewujudan nenek kebayan ini bukan dongeng semata-mata,” jelas seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie.

Ilmu hitam
Nenek kebayan merupakan manusia biasa yang gemar tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman. Dia berbuat demikian kerana gemar menyendiri akibat mengamalkan ilmu hitam untuk memperoleh kuasa.
Dia suka membantu masyarakat kampung dan golongan berkedudukan terutamanya dalam bidang perbidanan dan perubatan. Nenek kebayan dijadikan sebagai penjaga keselamatan sebahagian keluarga raja dan pembesar zaman dahulu.
“Nenek kebayan merupakan seorang bidan, bomoh dan pawang. Namun malangnya dia mengamalkan amalan syirik dalam proses perubatannya.
“Orang zaman dahulukala gemar menggunakan bantuan jin dalam upacara perubatan. Tidak hairanlah kalau nenek kebayan boleh hidup lama biarpun bersendirian di dalam hutan kerana ada makhluk lain yang berdampingan bersamanya,” jelas Shamsuri.
Menurut Shamsuri, biarpun kewujudannya tidak dapat dipastikan, namun ciri-ciri yang digambarkan oleh wanita itu menjelaskan bahawa ia mampu hidup sendirian dan mempunyai kuasa sakti kerana bantuan jin tersebut.
Jika kebanyakan warga emas mengamalkan memakan ulam-ulaman mahupun sumber alam untuk kekal awet muda, berbeza pula dengan nenek kebayan apabila dia gemar memakan daging mentah.
“Nenek kebayan makan begitu banyak kerana berkongsi hidangan dengan makhluk yang mendampinginya. Dia suka makan daging mentah dan darah,” tutur Shamsuri.

Hutan
Jelas Shamsuri, seiring dengan peredaran zaman dan kepercayaan masyarakat pada zaman ini yang lebih berpegang kepada ajaran Islam, kisah nenek kebayan kini sekadar menjadi cerita rakyat.
Namun, jin belaan nenek kebayan masih wujud di hutan kerana di situ tempat makhluk seperti itu berkeliaran.
“Mungkin di kawasan Semenanjung Malaysia nenek kebayan sudah tiada lagi kerana masyarakat hari ini sudah tidak mempercayai amalan seperti itu.
“Tetapi di rantau Nusantara ini mungkin masih ada nenek kebayan yang tinggal di dalam hutan bersama jinnya,” jelas Shamsuri.
Seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi memberitahu bahawa dia pernah ‘ditegur’ makhluk yang menyerupai seorang nenek tua ketika mengikuti program perkhemahan di sebuah kawasan di kepulauan Borneo.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Razali bersama beberapa orang kawannya berkhemah di sebuah kawasan yang berdekatan air terjun yang dilatari oleh hutan tebal.
“Setibanya saya di tempat itu, saya melihat suasananya begitu cantik seperti terpelihara. Ketika terlelap kerana penat selepas memasang khemah, saya terjaga kerana berdepan dengan mimpi aneh.
“Dalam mimpi itu seorang wanita tua yang bongkok dan berwajah hodoh menghampiri saya dan berkata bahawa dia membenarkan kami mandi di kawasan air terjun itu, tetapi kena menjaga tingkah laku.
“Sejurus kemudian saya tersedar. Begitu sukar untuk mengiakan sama ada ia hanya mainan tidur atau benar-benar pesanan yang disampaikan oleh orang tua itu,” ujar pelajar berusia 22 tahun itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0603&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz33C13OL8p
Hakcipta terpelihara




Last edited by telracs on 30-5-2014 10:12 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 06:51 PM | Show all posts
owh kiranya nenek kebayan ni suka membantu org la tapi dgn cara dan amalan ilmu yg salah? ermm patutlah tertanya dari dulu lagi, nenek kebayan ni baik ke jahat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 10:44 PM | Show all posts
pada pandangan kak timah,
nenek kebayan melayu tu baik sebab selalu
tolong anak2 raja..
nenek kebayan orang putih tu jahat
sebab kurung hansel gretel dua beradik tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
nenek ni kalo dlm ic dia tulis kebayan...pasal tu la
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 12:41 AM | Show all posts
Nenek kebayan bukan kawin dgn anak raja ke?

aku refer kpd lagu nenek si bongkok tiga..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 02:48 PM | Show all posts
nenek ni asal dari filipina laa... asyik kabayan je.. bila jumpa geng dia kat tanah melayu .... tulah asal usul dia nenek kebayan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.066888 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list