View: 3654|Reply: 14
|
Badan Dipenuhi Cacing Dek Kerana Gemar Makan Sushi
[Copy link]
|
|
Badan Dipenuhi Cacing Dek Kerana Gemar Makan Sushi
.jpg)
- Seorang lelaki China berjumpa doktor kerana sakit perut dan kulit gatal
- Imbasan mendedahkan keseluruhan badannya telah dijangkiti oleh cacing pita
- Doktor mengatakan perkara ini disebabkan oleh sejumlah besar ikan mentah yang telah dimakannya
- Kes-kes seperti ini meningkat kerana populariti sushi yang semakin melambung tinggi
China - Sushi, makanan Jepun yang biasanya disajikan bersama kepingan daging mentah, mungkin menggiurkan bagi sesetengah orang. Tapi awas, anda perlu berhati-hati apabila mengambil makanan ini.
Baru-baru ini di China, seorang penggemar sushi di sini telah berhadapan dengan satu keadaan yang menggerunkan apabila dia mendapati bahagian dalaman badannya telah dipenuhi dengan makhluk parasit, cacing pita, kerana memakan terlalu banyak sushi jenis sashimi, kepingan ikan mentah.
Doktor percaya yang sushi yang dimakan oleh lelaki itu telah tercemar. Dia kini telah dirawat di hospital di Guandong.
Kajian mendapati memakan kepingan daging mentah atau separa masak boleh mendatangkan jangkitan pelbagai parasit berbahaya kepada manusia.
Dalam kes lelaki diatas, jangkitan cacing pita berlaku setelah dia menelan larva diphyllobothrium yang biasanya boleh ditemui dalam ikan air tawar seperti ikan salmon. Dan walaupun ikan itu diperap atau pun disalai, larva itu masih hidup.
(Note : Ikan Salmon berasal dari air tawar, kemudian bermigrasi ke laut).
Masalah ini biasanya terjadi di kawasan-kawasan miskin yang mana tahap kebersihan adalah rendah. Namun, kini ia menular ke kawasan bandar kerana sashimi semakin popular dalam masyarakat.
Jangkitan ini boleh membawa maut sekiranya ia sampai ke otak - SiakapKeli.com
sumber : www.dailymail.co.uk |
|
|
|
|
|
|
|
warkah berguna utk penggemar susi |
|
|
|
|
|
|
|
Never like it raw. Kalau yg jenis makan raw oyster tu pulak camne eh. Kecacingan jugak ke |
|
|
|
|
|
|
|
meremang vulu roma tgk xray ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dah satu negara dorang,menjak 7 keturunan lagik makan sushi ni,apo nak di kato,,
|
|
|
|
|
|
|
|
seramnyaaaaa
baru nk try mkn sashimi  |
|
|
|
|
|
|
|
haiyooo.. banyaknyer kan.. mmg gatal la badan tu kan.. berdenyut2 bawah kulit |
|
|
|
|
|
|
|
habislah lepas ni takut nak makan sushi |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar fake gila...bila masa cacing pita hidup satu badan?
Salmon mmg ikan laut apa, bila menetas, terus berenang ke laut dan bila nak mengawan (dan mati) baru balik ke hulu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik i tak makan langsung sushi2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke gambar ni anyone? Ker fake je. Bukan ccing tu selalu hidup dlm usus je ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
mualian posted on 28-9-2014 12:16 PM 
Betul ke gambar ni anyone? Ker fake je. Bukan ccing tu selalu hidup dlm usus je ke..
Cerita mungkin betul sebab makan ikan dari kawasan yang tercemar....tapi gambar tu x-ray tu serious fake.
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa percaya mmg bodoh la...mana de cacing leh nampak dlm filem xray..LOL...fail big time man!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|