Pada suatu hari Abang Haron duduk di atas kerusi kayu, tiba-tiba dia terlihat satu rompakan disebuah kedai emas. Perompak2 tersebut mengacukan pistol ke arah kaunter kedai emas dan juga pengawal keselamatan kedai emas tersebut. Pelanggan kedai emas tersebut juga terketar2 ketakutan. Seorang perompak menyuruh semua pelanggan di kedai emas tersebut supaya meniarap di atas lantai. Abang Haron terus berdiri dari kerusi kayunya itu lalu memandang ke arah perompak tersebut yang kini sedang mengacukan pistol ke arahnya tanpa sedikit pun rasa takut. Perompak2 tersebut membiarkan sahaja Abang Haron yang berdiri itu tanpa menyuruhnya buat apa2 pun. Akhirnya polis pun tiba. Abang Haron tersenyum kegembiraan melihat semuanya telah selamat. Persoalannya kenapakah Abang Haron tak takut pun pada perompak2 tersebut dan kenapa perompak2 tersebut tidak menyuruh Abang Haron meniarap di atas lantai sepertimana pelanggan2 yang lain?
Note : Soalan di atas Beri ambil dari sebuah blog dan Beri telah menukarkan sedikit jalan ceritanya...tapi jawapannya sama saja...ehehhehe