CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5804|Reply: 19

dilema Temuduga SPA

[Copy link]
Post time 25-3-2015 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua member forum cari...

Sy baru je menghadiri temuduga utk skim Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil sebentar tadi.. sy dah buat preparation yg bagus utk memahami skop tugas jawatan tu..

masalahnya apa yg sy expect meleset dari realiti.. soalan2 lebih kpd menguji minda dan penemuduga seperti nak downkan sy bilamana je sy jawab dia akan cuba nak sangkal dan twist soalan tu dalam makna lain atau bahasa mudahnya dia nak cuba test samada sy yakin ke dgn jawapan sy.. dekat situ sy dah down.. dan soalan2 seterusnya sy dah tergugup sbb penemuduga dah berjaya mewujudkan perasaan 'doubt' dlm diri sy.

interview dalam 11 minit je, tak lama..

sy cuma nak tanya 3 soalan

1. pernahke ada kes org tu tak yakin dgn temuduganya sebab byk soalan dia x dpt jawab, tapi akhirnya dia dapat juga kerja tu?

2. apa kriteria terpenting pemilihan SPA? sbb latihan separa perubatan tu bertaraf sijil dan cuma guna PMR, PMR saya 7A 1B. adakah akademik juga diambil kira?

3. adakah tempoh 11 minit ketika temuduga SPA itu dikira sekejap?

sy berharap sgt dpt masuk latihan ni sebab ni adalah peluang terakhir kerana tahun depan sy dah lebih had umur.. sekian terima kasih...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Maap la miabebe nk ckp ni...

Sbnr nye dewang dah ade org lain utk mengisi jawatan tu..

Temuduga ni sesaje je dewang buat...sbb tula dewang memain bila interview tu..maap ye awk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 01:52 PM | Show all posts
miabebe replied at 25-3-2015 01:47 PM
Maap la miabebe nk ckp ni...

Sbnr nye dewang dah ade org lain utk mengisi jawatan tu..

apa maksud miabebe tentang mereka dah ada calon utk mengisi jawatan tu?

maksudnya mereka dah pun ada senarai nama utk diberi jawatan sebelum waktu temuduga lagi? kalau begitu, apa kriteria mereka utk membuat senaraipendek nama yg akan diserap dalam jawatan?

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Label TT...org DLM...

Sebelah nama kt list tu dah ade tulis nama calon yg berkabel...maaf TT I feel u...

Tp jgn putus harapan...terus kn berdoa..mana tahu Allah nk pusing 180darjah...awk dpt lak jawatan tu..xde yg  mustahil TT..insyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 01:56 PM | Show all posts
miabebe replied at 25-3-2015 01:47 PM
Maap la miabebe nk ckp ni...

Sbnr nye dewang dah ade org lain utk mengisi jawatan tu..

Tak jugak, sekarang setiap temuduga jawatan akan diaudit. Jangan main2. Tahun lepas ya banyak kes macam tu.
Dah memang tugas diorang untuk downkan kita, nak tengok cara kita handle pressure, baik atau tidak, sebab yang apply pun beribu kan. Takpe, ada rezeki ada la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dinamokiev replied at 25-3-2015 01:56 PM
Tak jugak, sekarang setiap temuduga jawatan akan diaudit. Jangan main2. Tahun lepas ya banyak kes  ...

Kalo kt private company bese interview pressure cmtu sbb nk tgk cara kita handle stress..tp gomen maybe la br wat ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2015 02:06 PM | Show all posts
miabebe replied at 25-3-2015 02:02 PM
Kalo kt private company bese interview pressure cmtu sbb nk tgk cara kita handle stress..tp gomen  ...

Private company pun xde dah macam ni, lebih kepada soalan situasi dengan cara pemikiran, kecuali company Big2 macam Price Waterhouse Coopers ke, memang lakhanat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dinamokiev replied at 25-3-2015 02:06 PM
Private company pun xde dah macam ni, lebih kepada soalan situasi dengan cara pemikiran, kecuali c ...

Hihihi...sabo jela awk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2015 02:15 PM | Show all posts
dinamokiev replied at 25-3-2015 01:56 PM
Tak jugak, sekarang setiap temuduga jawatan akan diaudit. Jangan main2. Tahun lepas ya banyak kes  ...

tak sepatutnya sebab jawatan tersebut hanyalah menggunakan PMR . ia adalah utk jawatan bertaraf rendah.. bukan jawatan pegawai pun.

kalau utk jawatan pegawai yang diberi soalan uji minda, memang patut sebab mereka ada sijil ijazah dan keatas.

utk jawatan bertaraf rendah sepatutnya hanya bagi soalan berbentuk fakta-subjektif seperti "terangkan beberapa jenis vitamin" ..

kalau utk jawatan pegawai soalan tu boleh twist menjadi "apa dampak kekurangan vitamin A dan D pada seseorang yg menghidap asma tetapi aktif bersenam?"
.. soalan mcm ni menguji minda, sama ada perlu terangkan pasal kekurangan vitamin, atau cerita pasal asma, atau juga cerita pasal aktif bersenam.. bila kita jawab, penemuduga akan cuba downkan dengan mengatakan "anda paham tak soalan ni?" .. dekat situ kita dah tak tau nak jawab macam mana lagi..walhal soalan tu berbentuk subjektif dan uji minda, dan kita jawab ikut apa yg kita paham.tapi nak pahamkan penemuduga itu yg susah..

bagaimana dgn soalan2 saya nombor 1,2,3 ? mohon tuan jawabkan





Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 02:21 PM | Show all posts
ketamgoreng replied at 25-3-2015 02:15 PM
tak sepatutnya sebab jawatan tersebut hanyalah menggunakan PMR . ia adalah utk jawatan bertaraf re ...

Diorang bukan nak tengok betul atau salah, tapi nak tengok cara awak jawab dan handle soalan yang diberi,
Ramai je yang jawab salah tapi condifent, so diorang dapat.
Pernah dulu dapat soalan, terangkan maksud lambang WAU belakang 50sen. Daripada situ diorang bash lagi, nak tengok dia ni yakin ke tak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 02:30 PM | Show all posts
dinamokiev replied at 25-3-2015 02:21 PM
Diorang bukan nak tengok betul atau salah, tapi nak tengok cara awak jawab dan handle soalan yang  ...

tq.. bagaimana dgn soalan2 sy kat thread atas? adakah kalau prestasi temuduga sy tidak berapa memberangsangkan masih ada peluang utk mendapat jawatan tersebut berdasarkan kriteria lain seperti pemakaian, akademik, dan pengalaman kerja? berapa peratusankah markah temuduga berbanding kriteria lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 03:07 PM | Show all posts
lagi satu.. betul ke kata orang kalau penemuduga mengakhiri sesi temuduga dengan ayat "ada apa2 lagi awak nak cakap/tanya?" itu adalah peluang keemasan anda sebab mereka nak tolong awak.. dan gunakan peluang tu dengan ayat2 utk merayu dan minta kasihan..

tapi sy tersilap pula tanya soalan lain.sepatutnya saya merayu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 02:28 PM | Show all posts
Edited by annehuda at 29-3-2015 02:43 PM

sbnrnye dik, interviewers ni dalam 90 saat yg pertama tu die dah tau dah budak ni layak ke tak layak dpt keje die. adik boleh baca kt sini
http://theundercoverrecruiter.co ... ire-you-90-seconds/

ni antara info dr website tu

Takeaways:

    33% of bosses know within the first 90 seconds of an interview whether they will hire someone.
    Having little to no knowledge of the company is the most common mistake made during interviews (see: How To Plan Ahead for the Interview).
    67% of bosses say that failure to make eye contact is a common nonverbal mistake.
    When meeting new people, 55% of the impact comes from the way the person dresses, acts and walks through the door.
    65% of bosses indicate that clothes could be a deciding factor between two almost-identical candidates (see: What To Wear To An Interview).
    The number one question most likely to be asked is: “Tell me about yourself”.
    The number one most common mistake at a job interview is: failing to ask for the job.

bab keje kerajaan kene ade orang dalam tu, yg tu selalunye kalau adik interview kt kerajaan negeri je. tu pun skrang dh tak byk kot kes mcm tu. kalau adik apply thru spa, takde dah pakai orang dalam ni. pastu utk spa ni pun dik, die mmg ketat skit pengambilannye.

bab menjawab persoalan adik tu, akak citerla ye pengalaman akak interview spa jugak utk satu jawatan m41 ni.
Interview m41 first tahun 2013, akaklah org pertama yg diinterview, mmg lama. akak pun tak ingat ape yg die tny. tp in the end, panel tu tny, ok skrang beri markah kepada diri awak sendiri. sbb masa tu akak mmg tak confident kt diri sendiri pun, pakai main jawab je ape yg terlintas dlm fikiran akak, akak cakap say beri markah 40-45 kepada saya. terus panel tu cakap, sebenarnya markah awak takdelah sikit mcm tu pun, awak sebenarnya yang dah menggagalkan diri awak. akak keluar bilik interview, masuk toilet, nangis. dan mmg akak tak dpt pun
Interview m41 jugak, awal Januari 2015, kali ni akak masuk dengan tawakkal, fikiran senang dan perasaan yg lebih tenang. confident yes, sebab akak dah ada pengalaman. tp confident utk bertemu panel la, confident nk dapat idak pun. akak interview tak lama pun, lg sekejap dr yg first. cuma kali ni akak takdelah cuak sgt, selamba giler dan less informal drpd yg first.  siap boleh salah jawab n panel betulkan, tp akak keep cool dan thanks panel tu sbb dpt belajar benda baru. last2 panel tu tny kenapa akak fail interview sblm ni? akak citer la psl kes akak tu. alhamdulillah berjaya.

jd kesimpulannye confident tu penting. tp toksahla over confident sgt dan toksahla takde confident lgsg. biasa2 je lah. bab keje kerajaan ni pun jgnla mengharap sgt. kalau dpt interview pegi je. kalau ade rezeki tu adelah. sbb yg memohon tu ramai. tak rugi pun mencuba tau sbnrnye. but since adik pun dah lepas interview, bykkan berdoa moga dapatlah, tp jgnla berharap sgt nnt kecewa plak kalau tak dpt.

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 02:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 02:50 PM | Show all posts
ketamgoreng replied at 25-3-2015 03:07 PM
lagi satu.. betul ke kata orang kalau penemuduga mengakhiri sesi temuduga dengan ayat "ada apa2 lagi ...

akak rasa mmg btul kot, sbb lepas interview kali kedua tu mmg panel tu ade tny mcm tu. tp akak ckp not really. tp akak sudahi dgn terima kasih sbb beri saya peluang ini harap sy diberi pertimbangan bla bla bla. nsb baik dpt

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 04:00 PM | Show all posts
aku penah pegi temuduga spa...
mmg dia buat mcm tu... klu kau jwab dia akan cb pusing samapai kau jd mcm tak yakin dgn jwapan kau...
dia tak tanya bnyk sangat  soalan sb ramai kan...
bg aku klu kau blh jwb soalan dan kau jwb dgn yakin kau ada peluang nak dpt...
kau tak blh jwb saya rasa.. atau tak pasti... kau kn jwb kau yakin...
betol salah belakang kira....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2015 04:09 PM | Show all posts
ketamgoreng replied at 25-3-2015 01:52 PM
apa maksud miabebe tentang mereka dah ada calon utk mengisi jawatan tu?

maksudnya mereka dah pu ...

masa aku interview spa dlu ada satu minah nie...
dia mmg tak tau lansung kot...
dia masuk dlu dri aku...
yg best nya bila dia kluar dri bilik tu dia rilex ja...
bila tanya dpt jwb ka tak...
dia ckp bnyk yg dia tak blh jwb pon... dia tak tau apa pon...
tp blh senyum ja dia ckp dia ada cable kat dlm tu...
yg interview tu kwn abng dia... so dia confirm dia akan dpt jwatan tu...
klu tak salah aku mmg dia dpt jwatan tu...
itu la kelebihan cable pada jaman tu...sb tak rmi orng blh pakai cable...
tp skrng dah rmai yg pki cable... so game dia lain plk...
dia tengok sapa punya cable lg besar....
klu setakat pakai utp cat 5 or cat 6 jgn harap la...
sb skrng orng dah pakai fiber... klu wireless pon dah paki 3G LTE or 4G...

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 10:13 AM | Show all posts
Edited by dalima at 6-4-2015 10:27 AM
lima_kupang replied at 29-3-2015 04:09 PM
masa aku interview spa dlu ada satu minah nie...
dia mmg tak tau lansung kot...
dia masuk dlu dr ...

Waa, ada jugak ya mcm tu? Ada connection tu 1 hal, boleh pulak cerita kat calon yg lain.

Aku dulu bila dpt keje,  ada la mulut2 tanya ada cable ke? Memula mcm pelik sbb bkn sorang yg tanya. Tp lama2 dah faham la lumrah bekerja masa tu. Ye lah, bukan senang nak dpt keje. Walaupun masa interbiu jawapan yg aku bg utk 1 soalan tu tak berapa nak betul, dgn tak malu aku confident je goreng janji aku tak duduk senyap atas kerusi tu. hahaha. Balik rumah fikir sejenak, baru perasan jawapan yg aku bagi tu kira agak terpesong dari motif soalan yg diberi. Masa tu fikir habislah, confirm kena reject. Alhamdulillah dpt juga keje tu walaupun masa dpt result tu calon simpanan je.




Ada juga kawan cerita dia pergi interview utk naik pangkat, panel tanya soalan pun macam nak tak nak. Lps tu panel2 bgtau  yg mereka dah ada calon2 yg berjaya dptkan jawatan tu, jadi interview tu dibuat untuk cukupkan syarat je. Bayangkanlah perasaan kawan aku masa tu. Rezeki dia bkn di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 11:04 AM | Show all posts
dalima replied at 6-4-2015 10:13 AM
Waa, ada jugak ya mcm tu? Ada connection tu 1 hal, boleh pulak cerita kat calon yg lain.

Aku d ...

ada jugaki yang mcm tu... nak buat mcm mn...
orng dulu dah create generasi yang jenis2 pakai cabel nie...so dia kan terbawak2 smpi selagi tak ada perubahan...
masalah nya yang dok pakai cabel nie... klu yang dpt jawatan tu yg orngnya bagus... blh buat kerja...
klu yang pangkat tinggi siket tu blh buat dasar yang bagus2 tak pa la...
nie yang masuk pakai cabel tu ada yg jenis kaki mengulor....kerja cukup datang tunjuk muka...
dah tu tak tau nak buat keputusan....
maka terbitlah nanti dasar2 kerajaan yang merapu2...
lps tu menyusah kan rakyat...
ramai yng suka masuk gomen ni... secure... tak payah nak pikir cabaran kerja aakan datang...
risiko nak hilang kerja...kena pecat sangat2 tipis disamping senag buat loan...
sebab tu ada yg sanggup pakai cabel n ada yang sanggup suap untuk nak masuk gomen...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 09:35 AM | Show all posts
Kalau melalui SPA susah nak kabel2 ni. 95% bergantung pada diri sendiri jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.225343 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list