CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 78488|Reply: 587

PUTERI GUNUNG LEDANG - Now on Theatres

[Copy link]
tingtong This user has been deleted
Post time 29-7-2003 05:48 PM | Show all posts

PUTERI GUNUNG LEDANG - Now on Theatres

Err donno ler ada ke topic lama tentang PGL tpi kalau ada pun malas nak browse gak. Sorry ek...

Saja nak tau pendapat korang tentang Tiara Jacquelina sebagai PGL? Sesuai ke tak? Suka ke tak? and why you berpendapat camtuh...

tehehehehe, ill check ur answers later key...tatatititutu.

[ Last edited by GAIA on 1-9-2004 at 01:46 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2003 07:48 PM | Show all posts
Originally posted by tingtong at 2003-7-29 17:48:
Err donno ler ada ke topic lama tentang PGL tpi kalau ada pun malas nak browse gak. Sorry ek...

Saja nak tau pendapat korang tentang Tiara Jacquelina sebagai PGL? Sesuai ke tak? Suka ke tak? and ...

For me...soklan gituh hanya boleh dijawab selepas menonton filem PG...masih awal untuk judge Tiara sebelum benar2 melihat perfomance dia....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2003 07:55 PM | Show all posts
Weh jadi mod dah ko Gaia...Tahniah!

M-
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2003 08:49 PM | Show all posts
lambat sungguh filem ni nak siap. dari bulan 1 ari tu, sampai nak bulan 8 dah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2003 09:37 PM | Show all posts
aku risau kot
Reply

Use magic Report

throughtherain This user has been deleted
Post time 29-7-2003 09:40 PM | Show all posts
harap2 cite ni boleh menaikkan kualiti filem melayu... kalau bukan cite ni aku tatau laa filem apa lagi yg boleh.. spinning gasing pon ok gaks.. tapi die cakap BI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2003 11:06 PM | Show all posts

about tiara...

tiara sesuai ker tak?...lps tgk baru leh komen...dan kejayaan/kegagalan filem nie bukan setakat bergantung pd tiara saja...apapun...kena tonton dulu...btw...aku suka ngan performance tiara dlm filem2 dier yg terdahulu...dlm filem iris irisan hati - as a newcomer...christine hakim pun puji lakonan dier...dlm filem ringgit kassorga benar2 outstanding sampai tenggelam lead actress - deanna yusof...hmmm...mmg ternanti nanti PGL nie!!!...
Reply

Use magic Report

atukglamer This user has been deleted
Post time 28-8-2003 02:08 AM | Show all posts
Originally posted by throughtherain at 29-7-2003 09:40 PM:
harap2 cite ni boleh menaikkan kualiti filem melayu... kalau bukan cite ni aku tatau laa filem apa lagi yg boleh.. spinning gasing pon ok gaks.. tapi die cakap BI

Kalau bukan pengarah Melayu mengarah filem Melayu, apatah lagi filem legenda sebegini...atuk rasa tak ke mana filem tu! Tambah pula dengar2 ceitanya ada watak boleh berjalan atas air dan atas pokok buloh. Pening atuk dibuatnya...! Jadilah macam ceita2 kat Studio Merdeka dulu...panglima pakai bakul sampah kat atas kepala!! Kek...kek...kekkk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2003 04:16 AM | Show all posts
kena tunggu citer ni siap + ditayangkan baru leh komen lelebih....
setakat yg aku tengok peview pendek tu.... erm.... ada scene cam citer hong kong ler... dasat la kot.... agaknyer la....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2003 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by atukglamer at 28-8-2003 02:08 AM:
Kalau bukan pengarah Melayu mengarah filem Melayu, apatah lagi filem legenda sebegini...atuk rasa tak ke mana filem tu! Tambah pula dengar2 ceitanya ada watak boleh berjalan atas air dan atas pokok ...

Sebenarnya kalau kita merujuk kepada pembikinan filem Sense and Sensiblity yang dibikin oleh Ang Lee kita akan dapati bahawa tidak salah seorang berbangsa asing membikin sebuah filem asing...Sense & Sensblity merupakan sebuah naskah sastera Inggeris....padat dengan nilai2 kebudayaan Inggeris....tapi Ang Lee orang cina Taiwan....ajaibnya...dia sendiri yang mengadaptasikan karya novel sastera klasik ini kepada lakonlayar filem....dan dia berjaya....sehingga memperolehi beberapa anugarah OScar untuk filem itu......

Jadi bagaimana pula sekiranya org cina membikin sebuah filem epik melayu...ia tak mustahil kerana dah ada orang cina(Ang Lee) mampu membikin sebuah filem epik Inggeris....jadi...apa yang perlu disini ialah...pengarah terbabit perlu dan harus mampu memahami Sastera....Ang Lee belajar kesusasteraan inggeris dan dia tahu bagaimana nak mangadaptasikan karya klasik itu.....manakala kita masih kurang jelas dengan Saw teow Hin(betul ke ejaan) yg mengarah PGL.....Saw juga perlu dan mampu menghayati nilai2 kesusasteraan Melayu purba kerana unsur itu sangat dituntut dalam sebuah filem epik seperti PGL.....oleh itu buat masa ini masih terlalu awal juga untuk menetukan samada hasil kerja Saw berjaya atau tidak....walaubagaimanapun keadaan Saw lebih baik kerana tidak perlu menulis lakonlayar PGL sendiri...hanya perlu mengarah lakonlayar yg telah disediakan......namun itu tidak bermaksud yang dia boleh mengenepikan pengetahuan tentang kesusateraan dan kebudayaan Melayu silam....

Pernah dengar tak....ada kata-kata mengatakan Hang Tuah mampu melopat sepuluh kaki daripada permukaan tanah...bukankah ia dah menjadi terbang....A.Samad Said pernah menulis dalam MASTIKA...zaman mudanya ketika bertemu bomoh di Kg Kerinchi....si Bomoh menceritakan pendekar Zaman dahulu berlawan diatas bumbung.....melompat dari satu bumbung ke satu bumbung rumah perkampungan bagaikan burung....setelah beberapa dekad barulah beliau(A.Samad Said) dapat melihat gambaran seperti yg dinyatakan si bomoh tersebut menerusi filem Crouching Tiger Hdden Dragon.....oleh itu...dengan cerita-cerita ini....adakah masih terasa janggal sekiranya para pendekar dalam PGL bertempur sambil terbang ala2 citer cina...? ingat....Hang Tuah mampu melompat 10 kaki dari tanah.....

[ Last edited by GAIA on 28-8-2003 at 10:15 AM ]
Reply

Use magic Report

atukglamer This user has been deleted
Post time 30-8-2003 06:53 PM | Show all posts
Originally posted by GAIA at 26-08-2003 10:10:
Sebenarnya kalau kita merujuk kepada pembikinan filem Sense and Sensiblity yang dibikin oleh Ang Lee kita akan dapati bahawa tidak salah seorang berbangsa asing membikin sebuah filem asing.. ...


:stp:Nantilah atuk fikir dulu apa yang Gaia cakap tu....:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2003 11:43 PM | Show all posts
Emow Emow Emow...
dah siap ke belum filem nie ??? lamer gak dah setengah tahun harap
Reply

Use magic Report

Paja This user has been deleted
Post time 1-9-2003 11:51 PM | Show all posts

whatever it is ...

production film ni dah berjaya memusnahkan hutan lumut kat cameron highland yang memerlukan berjuar tahun untuk terbentuk! dapat green light buat film kat sana dari jabatan hutan .. dalam proses penggambaran merosakkan flora dan fauna hutan kat situ. orang yang ke hutan tu sikit ler punya jaga tak nak terpijak apa2 flora yang bernilai .. ini buat penggambaran 2,3 bulan abih ditarahnya hutan tu!! marah tul aku ....nf:

mentang husband menteri .. sesuka hati buat perangai camtu. cis!! kenapa tak filming jer kat hutan belakang rumah husband dia kat sarawak nun?!?!?! ...errr ada utan ke belakang rumah si effendi tu??!!:nana:
Reply

Use magic Report

atukglamer This user has been deleted
Post time 2-9-2003 03:50 AM | Show all posts
Originally posted by Paja at 26-08-2003 23:51:
production film ni dah berjaya memusnahkan hutan lumut kat cameron highland yang memerlukan berjuar tahun untuk terbentuk! dapat green light buat film kat sana dari jabatan hutan .. dalam proses pe ...


Betul tu, Paja!!!
Reply

Use magic Report

throughtherain This user has been deleted
Post time 3-9-2003 05:04 PM | Show all posts
kesian hutan
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2003 12:01 PM | Show all posts
abihla hutan kat m'sia ni...ntah baper banyak pokok kene tebangs ebab nak shooting filem pgl tu...aku pon tak taula nak komplen sesuwaiii ke tak tiara jadi pgl....kita tunggu dan lihat je la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2003 02:28 PM | Show all posts
Originally posted by Paja at 1-9-2003 11:51 PM:
production film ni dah berjaya memusnahkan hutan lumut kat cameron highland yang memerlukan berjuar tahun untuk terbentuk! dapat green light buat film kat sana dari jabatan hutan .. dalam proses pe ...



paja! apalah mak org ni.. marah2 ko jgnlah ckp tanah laki dia kat sarawak.. malu aku nak ngaku si eppendi no org sarawak... peh!!

habis hutan ditarah??? kalo cite ni mcm sial maunya tak rugi besar.....

pendi... pendi.. ko ngan binik ko tu sama ajek...


hohhhh!!!
Reply

Use magic Report

Paja This user has been deleted
Post time 4-9-2003 02:34 PM | Show all posts
ekekekkeek .. sekali sekala mak orang marah cok .. apa salahnya .. apalagi bila dah babitkan harta alam ... bengkek la wa .. tu semua harta anak-anak kita di masa depan .. nak kena jaga woooo!

pendi tu kan .. mentang ler dia menteri pertanian .. kiranya senang aaa tiara tu dapatkan green light buat shooting kat hutan lumut tu. chisss .. geram sungguh aku!!
Reply

Use magic Report

Paja This user has been deleted
Post time 4-9-2003 02:40 PM | Show all posts
Berita Harian, March 13, 2003
Krew filem Puteri Gunung Ledang dituduh rosak hutan
Oleh: Syamsi Suhaimi

CAMERON HIGHLANDS: Tinjauan di lokasi penggambaran filem Puteri Gunung
Ledang di sekitar Gunung Brinchang, di sini mendapati pokok dan kawasan
berkenaan dirintis untuk penggambaran, termasuk membina pelantar khas
daripada kayu.
  Sepanjang laluan 100 meter menuju set penggambaran pula becak dan
berlumpur dengan beberapa batang pokok dicantas bagi memudahkan krew
keluar masuk.
  Beberapa tangga kayu dibina di laluan curam yang turut memusnahkan lumut
dan pokok paku pakis, tumbuhan herba serta orkid liar.
  Tinjauan oleh sekumpulan wakil media semalam juga mendapati kabel wayarelektrik yang membekalkan kuasa daripada sebuah jana kuasa turut diikat
pada beberapa batang pokok di sepanjang laluan menuju ke set penggambaran.
  Selain itu, krew penggambaran memasang beberapa set peralatan seperti
besi dan kayu dengan mengikatnya pada beberapa pokok, menyebabkan
keindahan semula jadi hutan lumut itu tercemar, manakala pokok orkid dan
herba yang tumbuh liar dicabut sesuka hati.
  Presiden Persatuan Pencinta Alam Cameron Highlands (Reach), Ramakrishnan
Ramasamy, berkata sejak hutan simpan Hulu Bertam dan Batu Gangan dibuka
untuk kunjungan pelancong kerana keindahan semula jadi hutan lumut,
tindakan krew penggambaran menggunakan hutan itu sebagai lokasi dianggap
yang terburuk pernah disaksikannya.
  Beliau yang sering berkunjung dan sedang menjalankan kajian mengenai
orkid liar yang dianggarkan 30 spesis di sekitar hutan itu terkejut dengan
kerakusan memusnahkan keindahan semula jadi yang jarang dilihat di mana-
mana tempat di seluruh dunia.
  Sementara itu, syarikat penerbit filem, Enfiniti Productions Sdn Bhd
(Enfiniti) mendakwa tidak terbabit memotong beberapa pokok di sekitar
Gunung Brinchang di sini bagi tujuan penggambaran.
  Sebaliknya, syarikat itu mendakwa ia dilakukan pihak tertentu yang cuba
mensabotaj syarikatnya kerana krew penggambaran tidak membuat sebarang
penggambaran di lokasi yang didakwa berlaku pemotongan pokok sejak sejak
lima hari lalu.
  Pengurus Produksi dan Lokasi Enfiniti, Razaq Sahibjahn, berkata pihaknya
hanya memulakan penggambaran dua hari lalu bersama kira-kira 80 krew dan
mematuhi garis panduan, termasuk membersihkan semula lokasi seperti sedia
kala selepas penggambaran tamat.
  Beliau mendakwa mendapat kelulusan dan permit bagi kerja penggambaran
sekitar hutan simpan Hulu Bertam dan Batu Gangan daripada pejabat Pegawai
Daerah Cameron Highlands serta Jabatan Perhutanan Pahang.
  Bagaimanapun, ketika diminta menunjukkan permit itu, beliau memberialasan salinan permit sudah dihantar ke setiap agensi kerajaan terbabit,
termasuk media selepas kontroversi penggambaran filem itu ditimbulkan.
  Beliau yang menganggap isu itu sudah selesai berkata, pihaknya sudah
memberi keterangan kepada pegawai Jabatan Perhutanan Pahang yang melakukan
pemeriksaan mengejut di lokasi itu Isnin lalu.
  Ketika pemeriksaan, beberapa pegawai jabatan itu merekodkan jumlah pokok
yang ditebang dan tahap kemusnahan. Sebanyak sembilan pokok bersaiz antara
8 cm hingga 4.5 cm ditebang bagi memudahkan kerja membawa masuk peralatan
serta membina laluan sementara ke lokasi penggambaran.


p/s: tapi ...... menteri besar pahang cakap hanya 3 pokok sebesar lengan jer yang dipotong dan perkara ni tak sepatutnya dijadikan isu. alahaiiii .. takan nak kondem syarikat bini member kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2003 04:47 PM | Show all posts
:agr: :agr: :agr: :agr: eeemm...

mintak2lah filem ni tak laku.... biar depa rugi......

amin........... :agr: :agr: :agr: :agr:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.052365 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list