View: 2132|Reply: 1
|
Badan Cepat Berbau? Hindari 4 Makanan Ini
[Copy link]
|
|

Menggunakan minyak wangi hanya sekadar mampu menutup bau yang kurang enak, tetapi tahukan anda dengan mengelakkan beberapa pemakanan, tubuh anda tidak akan cepat keluarkan bau badan yang busuk. Rujuk info ini dulu...
1. Daging Merah
Kalau makan daging, kunyah kena lebih sebab daging agak sukar untuk dicerna, silap-silap boleh sembelit jika main telan dan kurang minum air. Daging yang tidak dicerna ini boleh jadi racun pada tubuh yang akan dilepaskan dalam bentuk peluh. Keringat inilah yang akan buat tubuh badan anda cepat berbau.
2. Bawang Putih
Suka makan bawang putih? Selepas ini anda kena fikir balik sebab bawang putih memang penyebab utama bau mulut dan juga bau badan. Bawang putih akan menghasilkan gas sulfur yang diserap ke dalam aliran darah dan dikeluarkan pori-pori melalui peluh.
3.Makanan Segera
Jangan tak tahu, makanan bergoreng dan pelbagai makanan segera juga penyumbang besar kepada tubuh badan cepat berbau terutama ketiak. Selain itu sajian yang mengandungi gula halus juga sukar untuk dicerna dan ini menyebabkan makanan tersebut lekat di bahagian usus.
4. Produk Tenusu
Memang produk tenusu sangat bagus dari segi memberikan zat kepada tubuh badan tetapi jika terlalu banyak diambil ini boleh menyebabkan bau mulut kerana produk-produk ini sangat tinggi protein. Bakteria yang melekat di bahagian usus menjadi gangguan kepada proses pencernaan. Ini menyebabkan isitem perpeluhan terganggu dan hasilnya peluh cepat keluar dan berbau busuk.
Bagaimana ya wanita-wanita? Anda selesa dengan bau badan jika berada di tempat orang ramai? Haaa... untuk menjaga kesihatan yang lebih baik anda perlulah kawal pemakanan yang diambil. Moga beberapa info ini membantu anda untuk mengelakkan daripada cepat berpeluh dan badan berbau.
mingguan wanita
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak elakkan badan berbau, elakkan dari makan bawang terutama bawang yg dihiris........kalau dah diblend dgn bahan lain takpe........ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|