CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2130|Reply: 2

15 Hari Perut Kempis Dengan 5 Jenis Buah

[Copy link]
Post time 19-8-2015 10:56 AM | Show all posts |Read mode

                    Mungkin ramai yang tidak percaya dengan makan amal beberapa jenis buah, perut buncit akan jadi kempis. Namun ini adalah satu rahsia dan cara yang betul untuk anda dapatkan kesan lebih cepat. Berikut 5 jenis buah diet yang efektif membantu menghilangkan perut buncit jika anda rajin makan dalam 15 hari sahaja.


        1. Tembikai        Buah kaya air ini akan membuatkan anda kerap buang air kecil, yang sekali gus membantu mengeluarkan garam di dalam tubuh badan yang menyebabkan perut kembung.


        2. Pisang        Pisang yang kaya kalium/potasium boleh mencegah terbentuk gas di dalam perut atau membantu mengeluarkan angin. Pisang juga membuat perut kenyang sehingga anda mampu kawal makan berlebihan.


        3. Avokado        Avokado kaya enzim lipase yang bagus untuk pencernaan, iaitu membantu memecah lemak dan membantu memindahkan makanan dari perut ke usus sehingga mencegah angin di dalam perut.


        4. Nenas        Buah nenas kaya enzim bromelain yang dapat membantu mencegah terbentuknya angin ketika proses pencernaan sehingga membuat perut kempis. Buah nenas juga mampu membersihkan usus dari lemak yang berkumpul dan sisa lain di dalam pencernaan kerana jenis berserat. Malah nenas juga kaya kalium yang membantu membuang air yang ada di dalam perut.


        5. Betik        Jika pencernaan bagus, perut anda tidak mudah kembung dan buncit. Kalau amal makan betik, sistem pencernaan anda tidak akan terganggu dan tahukah anda betik muda lebih banyak enzim sehingga mampu membersihkan sistem pencernaan.



        Wanita, bukan mudah kita nak tolak tepi nasi. Tambah pula kalau jenis lidah Melayu. Namun kalau anda mahu perut kempis lebih cepat, kena pastikan 5 jenis buah ini ada di dalam peti. Buah-buahan tersebut juga sangat bagus dan menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

mingguanwanita

               



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 09:29 PM | Show all posts
ermm........sy tak suka makan nenas........
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 11:44 AM | Show all posts
Nice info. Berguna ni utk diet.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.380986 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list