|

Hubungan intim suami isteri bukanlah sekadar untuk kenikmatan dan keseronokan semata-mata. Sebaliknya, hubungan ini boleh memberi manfaat kepada kesihatan yang tidak diperolehi daripada bersenam. Berikut adalah berapa ‘keajaiban’ yang boleh diperolehi daripada hubungan intim:
JANTUNG LEBIH SIHAT
Satu penelitian yang dilakukan selama 20 tahun mendapati bahawa lelaki yang melakukan hubungan intim sebanyak 2 kali atau lebih dalam seminggu berisiko 50% lebih rendah terkena serangan jantung berbanding lelaki yang hanya berhubungan sekali dalam sebulan. Bagi wanita pula, mereka yang mengalami orgasme lebih berkemungkinan terlindung daripada terkena risiko penyakit jantung dan diabetes tahap 2.
MENINGKATKAN MOOD
Perubahan mood yang tidak menentu, sudah tentu akan menurunkan keinginan untuk melakukan hubungan intim. Tetapi, dengan ‘senaman’ ini, ia dapat menaikkan mood dan hormon endorfin anda. Hubungan intim yang teratur adalah anti depresi yang boleh menghilangkan tekanan.
LEBIH SENSITIF
Ini bukan bermakna anda mengalami kesakitan semasa hubungan tersebut. Menurut penelitian di University of Texas, Austin, hubungan intim akan membuatkan badan wanita lebih sensitif terhadap sentuhan dan dapat meningkatkan rangsangan. Ini kerana jaringan saraf yang dipanggil sympathetic nervous system telah mengawal seseorang itu untuk terangsang.
TURUNKAN BERAT BADAN
Menurut Patti Britton, pensyarah seksologi dari Los Angeles mengatakan seseorang yang mempunyai berat badan 68kg dan melakukan hubungan intim selama 5 minit akan membakar antara 24 kalori. Jika hubungan ini berlangsung salam tempoh 45 minit, ia telah membakar 216 kalori.
TINGKAT KETAHANAN BADAN
Kebaikan hubungan intim turut mempengaruhi ketahanan badan iaitu kadar hormon antigen imunoglobin A meningkat 30%. Hormon ini adalah perlindungan pertama kepada badan terhadap selesema dan demam.
MENCEGAH KANSER
Dalam jurnal American Medical Association mendapati lelaki yang berejakulasi sebanyak 21 kali atau lebih dalam sebulan, berkemungkinan lebih rendah terkena kanser prostat berbanding lelaki yang hanya berejakulasi sebanyak 4-7 kali sebulan.
LEBIH YAKIN
Penelitian dari University of Texas, AS mendapati seseorang yang melakukan hubungan intim akan merasa tingkat keyakinan diri lebih tinggi. Tetapi, jika anda sudah merasa diri lebih baik, hubungan intim suami isteri yang hebat dapat membantu perasaan anda menjadi lebih baik lagi.
LEBIH INTIM
Hubungan intim dapat meningkatkan kadar hormon oksitosin sehingga dapat meningkatkan kepercayaan diri terhadap pasangan. Tingkat oksitosin yang lebih tinggi juga berkait rapat dengan perasaan murah hati terhadap pasangan anda.
Perlu Tahu!
Menurut penulis buku Because It Feels Good, hubungan intim pada waktu pagi sangat baik untuk kesihatan kerana badan akan mengeluarkan hormon oksitosin yang membuatkan pasangan menjadi lebih tenang dan ikatan lebih kuat antara satu sama lain.
kredit:majalah rapi
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|