Korea Selatan adalah antara Negara yang mempunyai kadar tertinggi melakukan pembedahan plastik di Asia dengan teknologi dan pakar kecantikkan hebat mereka. Memiliki wajah ‘ulzzang’ atau bentuk wajah terbaik adalah pendorong untuk mereka melakukan pembedahan plastik. Sehinggakan ada terdapat rancangan realiti tv yang membuat transformasi wajah seorang gadis yang mempunyai wajah hodoh bertukar kepada jelitawan selepas membuat pembedahan plastik ini.
Tidak dapat dinafikan bagi sesetengah individu, pembedahan plastik mampu mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik, mudah diterima serta lebih yakin dengan wajah yang cantik untuk berhadapan dengan orang disekeliling. Akan tetapi ada juga kesan negatif yang akhirnya memberi kesan buruk kepada mereka yang melakukannya.
Satu lagi kes yang juga pernah menjadi perbualan ramai, apabila seorang lelaki di China menyaman isterinya selepas mendapati anak perempuan mereka yang baru dilahirkan memiliki wajah ‘hodoh’. Bagaimanapun, si isteri akhirnya mengaku bahawa telah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum berkahwin. Wajah isterinya sebelum membuat pembedahan plastik juga telah mengejutkan ramai pihak kerana begitu jauh bezanya dengan wajahnya masa kini. Betapa hebatnya kesan pembedahan plastik ini kepada mereka yang obses dengan kecantikkan.
Juga menjadi trend bagi masyarakat di Korea Selatan untuk mendapat hadiah pembedahan plastik pada hari lahir mereka. Wow! Begitu ekstrem sekali masyarakat di sana memandang isu kecantikkan ini. Walau bagaimanapun, pembedahan plastik bukanlah satu-satunya cara mereka untuk menjadi cantik. Mereka juga mengamalkan cara hidup yang sihat dan begitu menjaga kulit dengan begitu teliti. Jika dilihat, mereka banyak mengamalkan pemakanan sihat berasaskan sup, stim dan juga bakar.
Apa yang benar, definisi kecantikan sebenarnya sangat subjektif pada dasarnya. Tidak semestinya memerlukan pembedahan plastik untuk menjadi cantik dan diterima ramai. Namun, apa yang berlaku di sekeliling masa kini sedikit sebanyak telah membuka mata ramai pihak bahawa keinginan menjadi cantik akan melampaui batas sehingga terciptanya teknologi canggih yang mampu merubah wajah asal sehingga tiada siapa menyangka anda telah melakukan pembedahan plastik pada wajah.
Perubahan wajah sebelum dan selepas melakukan pembedahan plastik