[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]LONDON: Arsene Wenger percaya kemenangan 2-0 Arsenal ke atas Bayern Munich menjadi akan meningkatkan moral para pemain dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. [size=0.98em]Kedudukan Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah sebelum ini kelihatan kabur apabila tewas dalam dua perlawanan pertama kumpulan F. [size=0.98em]Bagaimanapun mereka berjaya mengembalikan harapan peminat selepas mengejutkan anak didik Pep Guardiola di Stadium Emirates pada awal pagi Rabu. [size=0.98em]Walaupun aksi tersebut dibayangi oleh aksi luar biasa penjaga gol pasukan pelawat iaitu Manuel Neuer namun Olivier Giroud berjaya memecah kebuntuan pada ke-77 untuk gol pertama Arsenal.
[size=0.98em]Tidak lama selepas itu, Mesut Ozil pula menhadiahkan gol kemenangan untuk menjadi keududukan 2-0 hingga perlawanan ditamatkan.
[size=0.98em]Arsenal bakal bertandang ke Munich pada 4 November untuk pusingan kedua peringkat kumpulan F. [size=0.98em]Wenger berkata, dia yakin para pemain dapat mengekalkan momentum kemenangan itu. [size=0.98em]"Kami bukan sahaja perlu bersaing di peringkat Eropah tetapi juga di Liga Perdana Inggeris. [size=0.98em]"Setakat ini kami berjaya menewaskan pasukan kuat dan mengekalkan momentum itu. Saya harap ia akan kekal," jelasnya.
|