Edited by Wakefield at 8-2-2016 09:55 AM
Biasa tengok cerita P. Ramlee Ali Baba Bujang Lapok masa zaman dulu-dulu bukan?
Tentu ingat lagi pada mantera berbunyi lucu dan catchy dalam cerita tersebut. Adapun kita mungkin rasa dialog atau mantera tersebut hanyalah dialog rekaan sahaja tanpa ada apa-apa makna disebaliknya. Namun ketahuilah apabila orang Jawa tengok scene ni, mereka      melebih-lebih dari kita yang bukan orang Jawa. Apabila ditanya kenapa, adakah ada makna disebalik mantera tersebut, ini adalah jawapannya.
Mantera untuk bukak dan tutup pintu gua beserta maksudnya:
Niat inson matek’aji Semar ngising! ~ Niat insan dengan tekad hingga Semar terberak!
Rampong ngising, Semar tilem. ~ Lepas terberak, Semar pun tidur.
Mantera yang Kasim Baba hentam kromo saat terlupa mantera asal:
Iso ngising, Semar ngising, iso ngising ~ Nak terberak, Semar terberak, nak terberak!
Iso ngising, Semar ngising, kabeh wong podo ngising. ~ Nak terberak, Semar terberak, semua orang pun terberak.
Namun, siapa pula Semar yang disebut-sebut dalam kesemua mantera ini? Pada yang belum tahu, Semar dalam mantera ini merujuk pada karektor mitos Jawa yang seringkali muncul dalam pertunjukan wayang kulit seperti dalam gambar di bawah.
Semar
|