View: 2889|Reply: 2
|
Teruja Sebab Gelongsor Terpanjang Di Dunia Sudah Ada Di Pulau Pinang..
[Copy link]
|
|
Memang sesuai dengan gelaran sebagai taman tema air terbaik di Malaysia, Escape Theme Park Penang sememangnya menjanjikan sesuatu kelainan buat semua pengunjung yang datang kesini.
Taman Tema yang terletak Teluk Bahang Pulau Pinang bakal mempunyai gelongsor air terpanjang di dunia. Hebat, bukan?
Berukuran sepanjang satu kilometer, pengunjung yang ingin menaiki tarikan tersebut perlu menaiki puncak bukit setinggi 420 meter. Mengah juga tu kalau panjat sendiri, tapi baca dulu penerangan di bawah!
Jika sebelum ini, Action Park di Vernon New Jersey, United States merupakan pemegang rekod gelongsor air terpanjang di dunia, mungkin selepas ini tidak lagi.
Gelongsor air sepanjang 1 km yang akan terbina di sini bakal memecah rekod dunia sedia ada.
Menurut pengasas taman tema ini, pengunjung akan diangkat menggunakan chairlift ke ketinggian 420m untuk ke tempat permulaan.
Gelongsor ini akan merentasi Jalan Teluk Bahang dan berakhir di dalam kolam mandi taman tema tersebut.
Buat masa sekarang, gelongsor ini masih dalam pembinaan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Disember 2018.
Sebenarnya bukan hanya gelongsor terpanjang yang menjadi tarikan utama di sini, ada juga tarikan lain seperti Gravityplay.
Ha! Rasa teruja tak? Sabar ya. Tahun depan baru boleh cuba. Tunggu! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Seronoknyee
Berape lah agaknye harga tiket masuk? |
|
|
|
|
|
|
| |
|